Assalamualaikum...
Salam ceria di hari Ahad ini. Apa khabar kawan-kawan, tentu sibuk dengan pelbagai aktiviti di hari minggu ini. Di sini Ahad ialah hari kerja. Dua minggu kebelakanganni saya agak sibuk sikit. Jadi, minta maaf banyak2 kepada kawan2 kerana tak sempat nak mengunjung balas dan menjawab komen. Apapun terima kasih kerana sudi bertandang ke sini..
Ok, kembali kepada entri saya kali ini. Satay gorengni sebenarnya ialah projek hari Jumaat bebaruni. Hari cuti, masak cengginilah..boleh makan bersama. Tapi, hari Jumaat saya tak masak beriya sangat padahal hari lainpun sama jer, kui..kui..kui... Hajat nak keluar jalan2 cuci mata di hari itu maka saya masak simple jer gini. Buat satay gorengni senangla sangat sebab ayamnya saya dah siap perap sehari sebelum tu. Jadi, tinggal nak goreng ajer.. Gorengpun sekejap jer sebab isi ayamni dah nipis2 kan. Lepas goreng, saya cucuk dengan lidi, barulah nampak macam satay giteww kan.. tengokla lidi sataypun bersih suci sebab tak kena minyak, tak kena asap weh..ekeke~
Sebelumni pernah buat satay bakar dalam oven, tapi kurang sedap (bukan sebab resepinya) tapi sebab kering sangat bila dibakar dalam oven tu. So, isi ayam tu tak rasa lembut dan juicy. Terima kasih kepada kak fida, kerana share resepini. Inilah kali pertama saya makan dan buat satay goreng..memang sedap, mudah dan cepatlah.. Lain kali boleh buat lagi. Jomla, cuba!
♥Satay Goreng™
kak fida@myresipi.com
Satay yg tk perlu dicucuk dan dibakar,hanya menggoreng aje tetapi rasa tetap same.Sesuai utk juadah hari lebaran dan juga rumah terbuka.
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu, 2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar 1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
1.Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman. 2.Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit). 3.Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
4.Untuk kuah satay - http:/www.myresipi.com/top/detail/5464
Dapat juga makan satay tanpa perlu berkipas dan berpanas..yeayy..!