Hijau itu ketenangan... Jom cuci mata..
Kenangan Terindah
Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Followers
Friday, 7 December 2012
teRApi
Hijau itu ketenangan... Jom cuci mata..
Musim Bunga
Aduhaii..terasa rindu sangat nak berblog macam dulu-dulu. Sedar tak sedar.. setahun (lebih) sudah blogni tak berupdate.. Bayangkan entri terakhir saya ialah pada bulan Ogos 2011. Ini bermakna sudah setahun lebih blog ni terbiar usang...huhuh.... Bukan tak rindu nak berblog, nak bersua dengan rakan-rakan blogger yang masih diingati.. nak berbicara dan nak berkongsi.. Tetapi masa.. Ya, masa sangat membataskan saya untuk berbuat demikian (ye ker tu? ~ pinjam jap kata-kata Mufid). Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog terutamanya yang sudi menjadi followers walaupun tuan rumah duk sunyi sepi..hehehe...
Jadi, sementara cuti sekolah masih bersisa ni, biarlah saya sapu-sapu sawang ni dulu.. Nasib baikla ingat lagi cara-cara nak buka balik blog sendiri..hahaha.. Takde cerita istimewapun sebenarnya. Sekadar nak cuci mata tengok bunga-bunga yang sedang berkembang.. Bunga-bunga dan suasana kehijauan boleh menjadi terapi. Damai jer hati apabila pandang pokok-pokok hijau dan bunga-bunga yang sedang berkembang..
Ini jer spesies pokok berbunga yang ada pun. Pokok ni memang cantik sangat apabila berbunga.
Dalam sejambak tu, ada kuntum-kuntum yang berwarna putih, pink cair dan pink pekat.. Tapi, bila dah semakin lama..ia akan bertukar menjadi warna pink pekat yang sangat cantik.
Sesiapa yang belum tahu, nama pokokni antaranya ialah akar dani, ranggoon creeper atau drunken sailor.
Berdasarkan sumber daripada Wikipedia Bahasa Melayu:
Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.
Tak sangka, pokok hiasan yang cantikni ada banyak sangat kegunaan dari segi perubatan.Bunga akar dani ni juga sangat harum baunya terutamanya pada sebelah malam. Tak rugi kita menanam pokok-pokok di sekeliling rumah kita. Saya suka pokok dan suasana kehijauan.. alangkah seronoknya jika ada halaman yang luas kannn..ermmm..berangan...
Wassalam.. Jumpa lagi......
Wednesday, 17 August 2011
Puding Karamel
Bulan puasa ni bertambah-tambah sibuk rasanya. Setiap hari masak yang ringkas dan mudah jer. Selebihnya kalu rasa nak makan yang canggih-manggih tu beli ler jawabnya. Saya buat puding karamel ni pun sebab feberet Muaz tiap kali berbuka. Tiap2 hari asyik order kat bazar ramadan jer. Sepotong rm2.50 sekarang ni. Mama pun cuba godek sendiri. Alhamdullillah menjadilah.. Resepi ni ringkas dan sangat senang untuk orang yang baru nak mencuba.. Terima kasih kepada Feqah. Saya copy paste dr blog Kak Zai, Teratak Impian...tergoda tengok dessert Kak Zai yang semenya mabeles tu..tima kacih untuk semua. Pudingni Muaz ngan mama je yang perabis..papa tak suka pudingni. Mufid plak apa makanan yang lembik2 dia tak layan..
Ini resepinya...
Puding Karamel Feqah
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.
Friday, 17 June 2011
Pengumuman : Blog Baru
Kepada rakan-rakan dan para pengunjung yang dikasihi, sudi-sudikanlah melawat ke blog baru saya . Blog ni bukan blog pengganti blog ini ye, tetapi blog yang diwujudkan untuk memperkenalkan rumah keluarga kami yang dijadikan sebuah homestay. (Setakat ni blog masih dalam proses memasukkan gambar-gambar yang seterusnya).
Thursday, 9 June 2011
Sepetang di Halaman Tok...
Inilah kawan dia... sepanjang masa kucingni ada di sini. mungkin kucingni suka budak-budak kot. Nasib baik mufid dah kurang takut dengan kucing. Sebelumni dia akan menjerit bila ternampak kucing.
Fikir-fikir..nak cari apa pulak lepas ni..
Tuesday, 7 June 2011
Balik Kampung
Sekarangni cuti sekolah, jadi saya curi-curi masa jugalah untuk update sedikit cerita, bukan cerita masak-masak ye(Sekarang nak ambil gambar makanan pun sudah tidak rajin macam dulu lagi...huhu..)
Awal cuti sekolah hari tu, kami sekeluarga pulang ke kampung saya. Bertolak jam 9 pagi, sampai di rumah kakak di Selama lebih kurang pukul 2.30 petang. Anak perempuan kakakku bertunang pada hari tu. Jadi, kami sampai jer terus makan. Balik sekejap je..4 hari..alahai tak puas langsung nak melepak dengan mak. Apakan daya, hubby cutinya sikit.. Layan jer lah gambar dak Mufid ni yer...
Sekarang kalau nak berjalan jauh, mama kena duduk kat belakang ngan mufid sebab lenguh nak meriba budakni kalau duduk di depan.. (tambah-tambah lagi kalau dia tidur..huh).
Ni, buat muka boring ke apa ntah la... panjang tul muncung dia, sedepa mak oiii...
Seperti biasa, singgah sebentar di Hentian R&R Tapah untuk makan dan berehat. Lepas makan, layan Mufid ngan Abang Muadz main kat taman sekejap.
Dah selamat sampai di rumah tok. Mufid tak masuk ke dalam rumah terus, dia ronda-ronda dulu di laman tok yang banyak pokok-pokok bunga tu..
Bersambung.....
Friday, 27 August 2010
Ada yang RiNdu MuFid ker?
Sejak dah balik Mesia ni mama suka sangat2, sebab dia dah tak payah nak masak teruk2 (elehh..macamla dulu tu teruk sgt kan..ngeee..)Sekarang, mama rajin masak di kedai. Bulan puasani pulak banyak bazar ramadan kan. Lagila mama suka. Kalau ada sape2 yang rindu kat mufid tengokla gambar mufid ni. Sekarang mufid dah 10 bulan. Mufid dah boleh berjalan, tapi belum boleh lepas tangan lagila... Ok lah, mufid nak pegi main pulak..tata semua..jumpe lagi..
Kena repair dulu ni keter ni, nanti tak boleh balik raya, susah kita...
Dinasour oren ni abg muaz punya..lama dah, tapi elok lagi. Keter ni pun abg muaz punya.
Pi main joh2la..nyibuk jer Dino neh..
Sape yang bulat? Mufid ker Dino?
Mufid memang suka buat aksi terkojut badak macamni.
Jom kita balik raya ngan keter ni nak..