Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Followers
Saturday, 30 January 2010
Lepat Pisang
Pagini kami bekpes ngan kuih yang dah lama tak makan. Ha jangan tak tau, lepat pisang la..walaupun kat mesia kuih ni orang tak pandang, tapi kat sini boleh masuk dalam list kuih idaman kalbu tau..huhu..Terima kasih kepada kawan hubby yang bagi daun pisang, nanti bagi lagi tau..ngeeeee.. (kita tukar daun pisang ngan kuih..heheh)
Teringat kat mak bila makan kuihni. Dulu2 selalu tolong mak buat kuihni tapi sejak tak sihat mak pun dah tak buat kuih-muih. Semoga mak cepat sembuh, nanti saya pulak nak buat kuih-muih untuk mak. Dulu tak pandai lagi, sejak duk jauh ni la baru pandai sikit (sikit aje..;p).
Sebenarnya saya buat lepatni main lenyek dan campak je, pastu bungkus. tapi sebab nak rekod dalam blog kan kenalah ada resepi yang cantik gitu (biarpun kuih saya tak cantik). Jadi saya dapatlah resepi lepat yang saya berkenan ni sebab simple iaitu resepi drp kak MadihaA. Terima kasih ye kak..sayapun ikut stail akak boh serbuk santan, sedap lemak je. Kalu mak saya pulak letak kelapa parut kat tengah2 tu..tapi saya takde kelapa parut. So, ada sapa2 yang baru nak berjinak2 ngan kuih ni, cubalah resepi ni yer..
Lepat Pisang
sumber: Kak MadihaA
Bahan2
7 biji pisang berangan (or apa2 pisang yg sesuai utk buat kuih)
1 ½ ~ 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk santan
2 sudu besar gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis) -saya campur sikit gula melaka
½ sudu kecil garam halus
Daun pisang secukupnya ~ dilayur sebentar
Cara Menyediakan
1. Campurkan pisang, garam & gula & lenyek pisang hingga hancur.
2. Campurkan dengan tepong gandum & serbuk santan & gaul hingga hingga rata.
3. Sudukan 2 ~ 3 sudu besar adunan ke atas daun pisang & balut hingga kemas.
4. Kukuskan kuih selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Wednesday, 27 January 2010
Rojak Buah (moden)
Kuah rojak dah lama tersimpan dalam peti ais sampai sayapun terlupa kewujudannya. Mula2 nak makan ngan anggur hijau dan epal hijau je. Dah siap campur epal dan anggur tu nampak tak menarik pulok sebab dua-dua kaler sama jer... (tu dia aih..nak makanpun nak berkaler2, heheh..) takpalah layan jer la..buah2pun kalau dibiarkan dalam petiais tu nanti busuk pulak. Maka, sayapun campurla buah stroberi dan aprikot pulak dalam rojak tu. Aprikot tu sebenarnya tak best nak makan gitu2 sebab tak berapa manis, jadi elokla kurojakkan..huhu..
Kuah rojakni agak cair sikit (yg ni bukan jenama mak bee). Sebenarnya saya je yg suka layan makan2 macamni, hubby mmg tak berapa suka. Muaz pulak, bau kuah rojak ni jer dia dah tutup hidung. Hmmm...tak biasa makan macam tu lah gamaknya.. Ok gakla, so mama buleh melantak rojakni sowang2..muwakakaa..
Akhirnya, buah-buahan 'mat saleh' ni dah kena simbah ngan kuah belacan..ha.ha..
***Kalau ikutkan buah2 kampung lagilah sedap buat rojakni, tapi kat sini buah kg susah kit nak dapat..jd guna buah yg ada ajelahh..
Monday, 25 January 2010
Mufid @ 3 bulan
mufid dah pandai main tumbuk2 ngan abang muadz...iyaahgggg..bedebushhhh...
suka hisap jari.... kalau bagi puting tak pandai nak hisap pulak..
sedapnya jari dia.....rasa macam ayam goreng kot kata abang muadz..
pantang ada masa terluang, mesti nak hisap jari diaaaa...
dah pandai sembang2 .. sapa nak sembang ngan mufid meh la...
dah siap nak kuar ngan mama jalan2 ngopee ngan cik kiah...
Ermmmmmm.....beshhhnya selimut ngan kain batik mama ni...zzzz... (penat lepas balik dari jalan2 ngan mama)
Mufid ngan Abang Muadz yang rajin jaga adiknya...
Sunday, 24 January 2010
Sup Makaroni
Malam tadi hubby request buat sup. Sayapun bergegas gi dapur masa hubby balik keja semalam..(bagus punya bini, hubby dah balik keja baru gi dapur..kuikui..) Masa duk fikir nak buat sup tu, tiba2 teringatla resepi sup makaroni yang copy daripada blog Kak Nor Secubit Garam,resepi asal drp Masz73. Terima Kasih untuk kedua2nya, memang dah lama gak copy resepini.
Bukan apa, sejak dua menjakni saya rehat sikit sebab malam tak payah masak, encik hubby still on diet lg, nak kempiskan perutla. Saya pulak, dah takde kawan nak makan dinner kadang2pun malam tak makan nasik jugakla, tapi sebelum maghrib tu saya makan nasik siap2(woo..mana buleh saya tak makan, nanti berkeroncong perut takleh tido oo..haha..) Sup makaroni ni memang best dan sangatlah mudah untuk menyiapkannya.Dahla mudah, bahan2pun tak susah, kebetulan bahan2 utamanya ada di rumah. Sapa yg nak try, kat bawahni resepinya, tak rugilah cuba..senang sangat.
Sup Makaroni
Bahan2
Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral , sayapun..
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil
bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging, sayapun..
2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak
sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang dan daging
Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
Segengam cili padi
garam
1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam dan jus limau kasturi - kacau
Cara Penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih dan bebola setengah masak
Masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Friday, 22 January 2010
Kek Epal Dari Syurga
Ishh3.....nama kek ni memang sungguhla kontroversi dan gempak gitu..menarik dan tertarik mendengarnya. Teruja nak menerai ni lepas tengok kekni kat umah Kak Zai. Lagipun saya memang jarang buat kek yang ada buah, asyik duk buat kek cekelat jer manjang...maklumla hantu kek cekelat ada dlm rumahni.
So, malam tadi, sayapun buatla kekni, senang sikit sbb semalam cuti, jadi ada hubby boleh tengokkan Mufid. Saya buat dua bekas (tapi 1 adunan je) senang sikit..satu bekas dah selamat malam tu jugak..heheh..(saya ngan hubby yg pulun makan, Muaz makan sepotong je, dia ni minat yg ada cekelat je) dan satu bekas lagi saya nak balas tupperware kawan saya yg dah berkurun kusimpan dlm kabinet..huhu..sian kat kawan saya tu, apalah teruk betulla saya ni kan..
Gambar tak berapa elokla sebab masa duk amik gambarni Mufid pulak pulun teghiak..haiyaa Mufid pulak disalahkan...ish3
KEK EPAL DARI SYURGA
sumber: Alex Goh -copy drp blog K.Zai, tq
Bahan-bahannya
Bahan A
250 g butter
230 g gula halus
Bahan B
5 biji telur
Bahan C
120 ml yogurt
Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat
Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana - sy guna yg kaler kuning sbb tu x nmpk
1/2 tsp serbuk kayu manis - x bubuhpun
Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.
Salad Buah
Saya letak yogurt stoberi, campur dengan buah-buahan dan gaul sebati, siapp....Terpulanglah nak guna buah apapun asalkan sesuai..jgn guna buah kelapa sawit sudahh..hu..hu..
Tuesday, 19 January 2010
Nasi Goreng Kampung
nampak tak dua buah helikopter hijau sedang mendarat di atas pergunungan tu..? hik3..
Monday, 18 January 2010
Mangkuk Antik mak (2)
Haa.. ni dia mangkuk antik lagi. Mangkukni sama juga dengan mangkuk dalam entri yang lepas. Bezanya cuma corak jer... Ada dua beradikni je yang tinggal, dulu2 tak taulah ada berapa, lupa nak tanya mak.
Sebelum balik haritu, dah siap pesan kat mak simpan leklok mangkukni, saya nak buat koleksi. Wah3...cik kiah kena sedia almari khas la nampak gayanya nanti..huhu..
Friday, 15 January 2010
Mangkuk Antik mak (1)
Mangkukni, sejak sy lahir lagi mmg dah wujud dah. Mak saya kata mangkukni pemberian ayahnya (tok sayalah tu), kenapa ayah pulak ye, biasa mak yg bg brg2 mcm ni. Sebabnya ialah mak saya cuma ada ayah, ibunya meninggal sejak dia kecil lagi..itulah ceritanya.. Masa saya kecik2 dulu mak guna mangkuk ni untuk letak adunan kuih bahulu sebelum diceduk masuk dlm acuan. Saya ingat lagi..itulah kegunaannya. Sekarang mangkuk ni duk dlm gobok je la..
Tengoklah, cat pun dah nak tanggal kan, tu maknanya usia mangkukni tersangatlah tua.
Saya pun lupa mangkukni buatan jepun atau china. nak chek balik jauh la nak kena balik kg..huhu..sape yg tau leh la bgtau yek..
Monday, 11 January 2010
Ayam Goreng Berempah Serai
Resepini sy copy drp umh k.ummi kuantan, asalnya drp Love2Cook kat MyR. Thanks to both. Makan panas2 best ni, ratah2 gitu pun laju jek..moh layann..
Ayam Goreng Berempah Serai
Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang byk utk menggoreng
Cara-cara:-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Selamat mencuba! ;)
Saturday, 9 January 2010
Nasi Jagung
Nasi Jagung
zara_klate@myresipi.com - tq
sesuai dimakan bila² mase.. dgn lauk peberet masing²..
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi - saya guna beras biasa je
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *
-sy tambah kismis
Cara-cara
1.basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2.panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3.masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4.stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5.stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
6.***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.
Friday, 8 January 2010
Satay Buah..
Makan je la satay buah ni, satay jugak kann....huhu..
Sebenarnya ni la 'jajan' muaz masa cuti sekolah baru2ni.
Tanda mak dia malas nak ke dapo....
senangkan buat satayni.. takyah kipas2, takyah panas2.. eheeee..
jom makan, amik sorang satu!
Thursday, 7 January 2010
Perasmian Gilang-gemilang Burj Khalifa
Ada rakan2 yg minta nak tengok gambar2 upacara perasmian bangunan tertinggi di dunia baru2 ni. Jadi saya upload di sini beberapa keping gambar tersebut, Gambar2 ni bukan saya yang snap sendiri ye, tapi saya dapat melalui emel. Saya tak pergi pun masa hari kejadian tu. Yelah, masa hari kejadian tu orang berasak2, ada yg sampai bertolak2 uuu.. ku tak sanggup nak berasak2 gitu plus bau yg mcm2 ada sudahla tentu..Apa taknya kat dubaini bukan ada pak arab je, pak bangla, pak paki, pak khan, pak thambi, pak pinoy, pak segala macam pak ada d sini, dah tentu mcm2 bau keluar, bau beriyani, bau unta, bau kari, bau kambin, bau tempoyak.....fenin..haha...
Lenguh jugak nak dongak kepala kalau nak tengok puncak dia..
Mulanya dikenali sebagai Burj Dubai, sekarang tukar nama Burj Khalifa pulak.. Ermmm..ada sebab tu tukar nama, kalu nak tau, google sendiri ye..hihi..
Secara peribadinya, saya suka lagi rekabentuk bangunan KLCC.
Walaubagaimanapun, saya berbanggalah juga kerana sebuah negara islam berjaya membina bangunan yg tertinggi ni walaupun tengah nazak berhutang sekarang ni, ahakkkss..
Nazak2 pun bunga api memang tak kalah, abih berapa juta tak taula buat bakar duit tu. Kesian kat negara2 Islam yang miskin dan sedang dilanda masalah peperangan yg tak berkesudahan..renung2kanlah..
Pancaran bunga api masa malam perasmian Burj Khalifa, 4Jan 2010.
Gabungan bunga api dan dancing fountan di kaki Burj Khalifa sungguhla cantik sekali.
Sebenarnya banyak lagi gambar2 yg cantik, sape yg teringin nak tengok bolehla google kat image ya..
Monday, 4 January 2010
Ayam Panggang Berempah
Berbalik kepada citer makan2 pula....
Ayam panggang berempah Kak Liza ni saya dah pernah buat dulu, boleh klik SINI. Kami makan laukni masa cuti tahun baru aritu. Konon2nya nak masak spesel sikitla hari tu sebab cuti. Kalau hari keja memang tak sempat dan malas nak masak gini(heheh macamla aku pulak yg keja..kuikui).Bukan apa, kalu hari cuti, huby leh tolong tengokkan dak kecikni. Inipun amik masa berejam nak siap sebab selang-seli ngan iklan ngan budak kecik yg sat-sat nak kopi..ngeee.. Nasib baik ayamni dah siap perap malam sebelumnya.. Apapun sedap, makan ngan nasi jagung..thanks k.liza.
Kaki ayamni berkaki ayam sebab tu saya pakaikan alumminium..khakhaakhaa..
penuh satu badan ayam kena lumuq ngan sos lada hitam..
bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan] - saya guna ayam kecik, 900g je..
bahan mesin
10 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula
1 s/b minyak
garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad
SOS LADA HITAM
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
Saturday, 2 January 2010
Dadih Strawberry
Tak tau nak membebel apa, terimalah pantun 2 kerat ni,
Dadih
Sumber ; FP Haniss, tq Haniss..
Bahan;
10gm agar² strip
1 liter susu (fresh milk atau full cream)- saya guna susu strawberry
5 cawan air
3/4 cawan gula
2-3 helai daun pandan
Caranya pula:
1. Masak agar² dengan air dan daun pandan sehingga mendidih, masukkan gula ..kacau dan kemudian masukkan susu tadi.
2. Biar hingga mendidih sekali lagi, buang daun pandan dan tuang kedalam bekas kecil.
3. Suamkan dulu pastu baru sejukkan lam peti ais.
4. Siap dimakan.
Nota: boleh tambah apa² perasa jika suka.
Boleh jugak guna susu perasa strawberry atau coklat jika nak dadih perasa² tersebut.
yang ni buat hari lain, boh susu strawberi lbih..sbb tu kaler dia lain sikit..
sila..sila...amik sudu, cedokla sendiri yaa...ehhheeeee..
Kari Kepala Ikan Merah
Saya buat ikut resepi sendiri yg sempoi jer, tak payahla letak sini.
Resepi kat bawahni saya copy frm my resepi, nampak mcm best je, bila2 nanti nk try buatla stail princessharyati @ yatt ni. Minta izin tepek dulu resepi kat sini, nanti bila2 nk buat boleh terus rujuk yg ni..tq.
Kari kepala ikan merah
princessharyati@myresipi.com
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 kepala ikan merah
3 biji terung di belah 4
Sedikit rempah halba campur
Sedikit serbuk kas kas (kalu tak letakpun tak pe)
1 batang Kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
Daun kari
3 ulas bawang merah di mayang halus
1 biji bawang besar warna merah di mayang halus
2 cawan santan
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu basar tomato puri
1 asam keping
Garam secukup rasa dan serbuk perasa
1 inci halia di hiris halus
Minyak masak
Cara-cara
1.Panaskan minyak letak halba, daun kari,kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang.
2.Letak serbuk kari ikan, serbuk cili masak sehingga naik bau (sehingga garing)
3.Kemudian tambah sedikit air dan tomato pure serta serbuk kas-kas masak sehingga garing
4.Tambahkan santan , susu cair dan sedikit air, kacau. selepas 4 minit masukkan kepala ikan.
5.Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.
6.Siap untuk di santap