Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Followers
Wednesday, 30 December 2009
Air Barli Lemon
ERrrrmmmm.... sedaPPP, segaRRRR dan berrrrrkhasiat.perghh.. macam iklan kat tv je..huhu..
Jom minummm..
Saturday, 26 December 2009
Sup Sayur Campur
Sedapnya hirup kuah sup panas2 di kala cuaca yang sejuk2 ni...slrppp!!
Wednesday, 23 December 2009
Mee Udang (resepi 2)
Mee udang memang dah byk kali buat, tapi kalini cuba resepi lain pulak. Resepini daripada Che Iza (myresipi). Thanks Che Iza, mmg sedap mee udangni, langsung tak membazir, laku sampai habis!
Mee Udang
che'iza@myresipi.com
Bahan-bahan ( 3-4 org )
1/kg mee kuning - saya guna spagetti
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
1 sb petis - saya ganti dgn kiub pati ikan bilis
3 sb sos tomato
1 sb sos cili
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng
Cara-cara
1.Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jg buang....
2.Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3.Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah 4.Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5.Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
6.Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....
Tuesday, 22 December 2009
Ikan Pari Bakar
Bakar biasa2 jer..perap ikan ni ngan garam, serbuk kunyit, air asam jawa dan pes cili sikit. Balut ngan aluminium foil (sbb xde daun pisang) pastu bakar dlm oven.Ikan ni kena cuci betul2, saya guna air lemon dan tepung untuk cuci ikan ni. Mak saya ajar guna tepung(+air sikit) untuk cuci ikan/ayam (selain drp guna asam).
si penjual ikan kat pasar tu potong ikan ni kecik-kecik bebenor..hmmm..hantam je lah labuu..
Saya suka air asam yang ada kerisik, memang best. Selain daripada pekat, rasapun lain dari lain..tak caya cubalaa.. (boleh cicah daging bakar/daging rebus juga)
Air Asam
Bahan-Bahan:
Asam jawa (agak2 je nak banyak mana, rendam kejap dlm sedikit air panas, amik jusnya)
1 biji limau kasturi/lemon/limau nipis (amik jusnya)
5-6 tangkai cili padi(boleh tambah ikut suka)- hiris halus
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 inci belacan
1 sk kerisik
1 sb gula
1 sk garam
Cara:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, tekan2 dgn menggunakan garfu hingga semua bahan nampak sebati.Nak guna cara apapun xkisah, janji sebati dan tergaul semua bahan tu..selamat mencuba...
Friday, 18 December 2009
Mufid @ 2 Bulan
Sebelum masuk 2 bulan dia dah belajar2 senyum bila diagah..Sekarang dah terer dah senyum dan gelak. Selain senyum, mufid suka ngences dan buat buih dengan air liur dia..abes basah leher baju..huhuu..tak caya, tengokla gambar kat bawahni..
(orang tua2 kata masa ngandung, mengidam nak makan sesuatu tapi tak dapat)..rasanya tak betul.. sebab kebanyakan budak2 memang macamni..sapa rasa betoi angkat keyboard!! heeee...
syayer bowink takda keje....
tengokla syayer buat apa?
tomotnya..anak sapalah nie?
Ishhh3x...amik tisu lap sendiri..
hahaaa.. mama wat lawakla pulak, tak gelak kang kecik ati..
Jom gelak sama2. haahaahaaa....
Adoila..penat gelak, mama ni kelakar sungguh.. ;p
syayer dah penat gelak, saya nak minum kopi plak...huwaaaa..
Thursday, 17 December 2009
♥Baby Bread Pudding™
♥Baby Bread Pudding™ (Kak Fida @ Myresipi)
Bahan-bahan ( 6 keping )
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
mangkuk muffin - disapu majerin
Cara-cara
1.Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
2.Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
3.Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
4.Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
5.Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
6.Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
7.***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.
saya letak hirisan kurma dan kepingan badam je sbg eksesorinya.. makan seketoi nak lagi, seketoi nak lagi..
Cuma yang lecehnya Muaz pulak tak suka kurma n badam tu, dia nak makan kita kenalah korek segala eksesori tu. Siap kata lagi kalau ada kurma sedap sikit (ni ayat taknak bagi mama dia marah, pandai tu nak cover), tapi kalau takde kurma lagi sedap katanya..
Monday, 14 December 2009
Ayam Bakar Lada Hitam Dengan Madu
Cuma untuk yang sdg berpantang tu tak payah letak sos tiram, marjerin pula tukar minyak zaitun. Walaupun ubah sikit resepi tapi rasanya tetap sedap pada tekak sayalah..
Sayur2 tu terpulang masing2, saya celur jer, stimpun boleh..
Sedap makan panas2, sori yer yg ni versi rentung sikit, tapi bukan isi yg rentung, kulit jer.. Sengaja buat rentung sikit sebab dua2 orang dalam rumahni suka makan pesen rentung punya..kahh3.
Wednesday, 9 December 2009
American Chocolate Cake
Kalau tengok resepi kekni lebih kurang jer bahan2nya mcm kek coklat yg lain tu, tapi heran yer kek yg ni sedap sgt..huhh bahaya betul bg bot bot kecil..ahakss..
Resepi kek ni saya copy frm fp Mamasya, thanks yer..
Mmg sungguh simple dan mudah nak buatpun..sapa nak cuba, resepi ada di bawah yer.. cubala cubalaaaa....keh3
American Chocolate Cake
Sumber : mamasya
BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder
* 2 tsp baking soda*
2 eggs 1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min bergantung pd oven masing2...
Untuk topping pula saya ambil resepi dr resepi kek yg sy buat sebelumni, sng n simple je topping ni.
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten (jenama lainpun ok)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk
Tuesday, 8 December 2009
Sambal Tempoyak Ikan Bilis
Resepi ni daripada Myresipi tapi saya copy dr fp Rahaniss, terima kasih ye..Nama asal dlm resepini tempoyak masak, pepandai je aku tukar, minta maaf byk2.
Tempoyak Masak
Sumber : myresepi
Bhn
15 sudu besar tempoyak
4 biji cili besar - xde
4 biji cili api - saya gantikan dgn cili kering
sehelai daun kunyit - xde
sebatang serai
sedikit garam
segengam ikan bilis yang dah siap disiang
Cara-cara
tumbuk cili besar dan cili api.tak payah lumat sangat pun takpe
daun kunyit dihiris halus-halus
serai dititik
campurkan tempoyak,cili besar dan cili api,serai,daun kunyit dan ikan bilis.kacau rata-rata...tambah air skit jika kering sangat...
masak atas api kecil selama 1 ke 2 minit je.dah siap!..sedap dimakan dengan ikan goreng atau ayam goreng atau ulam.
Friday, 4 December 2009
Mee Ladna
Terima kasih kepada penyumbang resepi iaitu minami133. minta maaf kerana tukar dan tambah sana sini.
Kueh teow ladna
minami133@myresipi.com
Bahan-bahan ( 2 org )
kueh teow (saya guna spagetti)
3 ulas bawang putih dicincang kecil2
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
sekeping dada ayam - sy guna daging
lobak merah
kobis bunga
2 sudu besar tepung jagung
cili padi
kobis - sy guna capsicum
air
garam dan secubit ajinomoto
*sy tak guna ajinomoto, tp tmbh lada hitam (tumbuk)
buah tomato -dibelah ikut suka dan fish ball(sy tambah)
Cara-cara
1.panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
2.Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
3.masukkan lobak merah terlebih dahulu.
4.bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
5.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.
Salmon Lada Hitam
Masa dalam pantang haritu selalu sangat letak lada hitam dalam masakan, terbawa2 pulak sampai sekarang. Memang bagus jugak kalu diamalkan..boleh memanaskan badan..tambah2 di musim sejuk ni kan.. Jom tengok resepi mudah ni.
Bahan-bahan:
Sekeping ikan salmon
2sb minyak zaitun
1 sb lada hitam *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
* bahan ini ditumbuk lumat
sedikit garam
sedikit minyak zaitun untuk membakar
Cara Menyediakannya:
Lumurkan ikan salmon dengan semua bahan di atas, perapkan 15 minit atau lebih.
Panaskan non stick pan, tuangkan sedikit minyak zaitun ke dalam pan tersebut dan letakkan ikan salmon, bakar sampai masak, sambil di balik2kan ikan tersebut supaya rata masaknya.
*Untuk sayur-sayuran pula, celur @ stim jer sayur kesukaan masing2..(saya guna brokoli, bunga kobis dan karot)
*Kalau rajin buat sos lemonpun sedap makan ngan salmon ni, tapi saya tak rajin nak buat, lain kali kalau rajin, saya buat sos lemon pulak..hehee..