Followers

Wednesday, 30 April 2008

Rojak Buah



Wallla...sedapnya meratah rojak buah ni...semangkuk tak cukup tambah lagi..wakaka.
Kuah rojak bukan yang dibuat sendiri ye, import frm mesia ni, jenama mak bee.Buah-buahan pula tak kisah, baling je buah yang ada..ngeeee..
sedap..sedapp...nak tambah lagi ni, jommm.

Tuesday, 29 April 2008

Ayam Madu BBQ

Saya buat nasi ayam yg sempoi saja hari ni.
Resepi ayam pula, saya amik resepi sherry mz (myresipi). sedap resepi ayam ni. terima kasih pada kak sherry.



Ayam Madu BBQ - sherry mz

Bahan-bahan ( sekeluarga )
12 ketul kepak/peha ayam
4 sudu makan madu
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
Garam secukup rasa
Cara-cara Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
Panggang/bakar seperti biasa.
Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.

Monday, 28 April 2008

Jelly Karamel Susu

Memandangkan cuaca dubai dah mula panazzzzz, tekakpun rasa kering jer. Lidah ni plak mulalah rasa gatal, bukan gatal per, gatal nak merasa makanan yang sejuk2 dan nyaman2gitew (baper kali sejuk, baper kali nyaman daa...)
Belek punya belek, tenung punya tenung..terjumpalah resepi ni kat myresepi. Nampak menggiurkan dan bahan2nya pun memang ada kat umah. Senang dan cepat buat jelly ni. Tak sangka, si muaz mat cerewetpun suka, siap suruh buat lagi. Resepi ni oleh yani, sedapp..t.q yani.



Jelly Karamel Susu - Yani

Bahan-bahan ( 6 cups )
2 1/2 cawan(500ml) susu segar
115g gula
10g gelatin
6~7 biji walnut

Cara-cara
Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. kacau dan ketepikan.
Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak dgn api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedlm periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat. Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1~2 minit.
Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
Masukka susu dan gula yg lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul
Masukkan adunan ke dalam cup pudding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais
Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi.

Thursday, 24 April 2008

Pajeri Nanas



Pajeri ni patutnya buat kering2 sikit tapi saya buat dah terlebih kuah sikitla. Tapi tak apalah pajeri ni sedap kalau dimakan keesokan hari atau selepas diperangat (dipanaskan) banyak kali, so kuahnya otomatik akan jadi pekat nanti..

Pajeri Nanas (kakliza)-tq

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri. ri

Wednesday, 23 April 2008

My First Brownies


Brownies ni saya buat taklah cantik sangatpun. Nak dikatakan menjadi atau tidak saya sendiripun taktau sebab nilah pengalaman pertama buat brownies. Samalah macam topping tu jugak, rasa-rasanya macam terlembik sikitla..huwaaa(3x)


Resepinya saya copy n paste frm FP Mamasya, tq

Fudge Brownies.
Sumber : http://members.tripod.com/~chocolate fantasy ; Fp Mak Lang..tq..

Ingredient
1 cup butter, melted
1 cup cocoa
2 cups sugar
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)-saya guna choc chip sbb anak2 tak suka nuts

Method

Mix cocoa in well with the melted butter. Add sugar, vanilla,
and eggs, mixing well. Add flour, baking powder, salt, and nuts
or chocolate chips. I actually prefer the chocolate chips!! Pour mixture
into a greased 9 by 13 inch pan. Bake in a preheated 350F oven for
25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do
not want to overbake!
Nota : Maklang bakar dengan suhu 180 selama 40'.

Sumber : cikgu sue; Fp Mak Lang

Bahan
1 cup sugar
1 cup water
1 cup susu cair-saya guna 1 tin susu cair
½ cup coco powder
½ cup corn flour
2 egg yolk-saya tak letak
Secubit garam
¼ cup marjerin

Cara
Kacau semua bahan hingga pekat dalam periuk, lastly letak marjerin ¼ cup.
Nota : kata cikgu sue dia tak letak pun egg yolk…kalau nak choc.fudge yang kental, guna susu cair sepenuhnya.

*** saya tak guna topping yg ni, tapi guna topping kek coklat aritu yg masih simpan kat peti sejuk.


Monday, 21 April 2008

Mee Udang Sempoi

Mee udang sempoi ni dah selalu sangat buat..muaz memang suka makan mee macam ni. kali ni buat ikut bahan yg ada jer..
Resepi dah ada kat entry yang lepas, tapi saya paste lagi sekali kat sini..



MEE UDANG SEMPOI (rahaniss fp)

Bahan Kuah

Kulit dan kepala udang secukupnya - basuh bersih, rebus dan blend - tapiskan dan ambil airnya
1 - 2 senduk cili blend - ikut kepedasan masing²
5 ulas b. merah - kisar
2 ulas b. putih - kisar
3 sudu besar sos tiram
1 botol tomato sup
3 sudu besar sos cili
udang - anggaran dalam 30 ~ 40 ekor -
1 senduk minyak - untuk menumis

1. Panaskan Minyak, tumis bahan kisar sampai perang, masukkan cili blend dan biar sehingga naik bau.
2. Bila dah naik minyak masukkan air rebusan udang tadi , sos tiram, sos cili, tomato sup. biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan udang.
3. Biarkan seketika dalam 4-5 minit....dah masak.
4. Boleh jugak kalau nak teruskan masukkan sayuran...jika suka

Bahan Mee dan hiasan

Mee kuning - dicelur
Telur rebus - belah 4
Tauhu - goreng dan potong nipis
Sawi - potong dan celur
Kentang rebus - potong nipis²
Tomato - potong nipis
Daun sup n daun bawang....

Mee Udang Sempoi



MEE UDANG SEMPOI (rahaniss fp)

Bahan Kuah

Kulit dan kepala udang secukupnya - basuh bersih, rebus dan blend - tapiskan dan ambil airnya
1 - 2 senduk cili blend - ikut kepedasan masing²
5 ulas b. merah - kisar
2 ulas b. putih - kisar
3 sudu besar sos tiram
1 botol tomato sup
3 sudu besar sos cili
udang - anggaran dalam 30 ~ 40 ekor -
1 senduk minyak - untuk menumis

1. Panaskan Minyak, tumis bahan kisar sampai perang, masukkan cili blend dan biar sehingga naik bau.
2. Bila dah naik minyak masukkan air rebusan udang tadi , sos tiram, sos cili, tomato sup. biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan udang.
3. Biarkan seketika dalam 4-5 minit....dah masak.
4. Boleh jugak kalau nak teruskan masukkan sayuran...jika suka

Bahan Mee dan hiasan

Mee kuning - dicelur
Telur rebus - belah 4
Tauhu - goreng dan potong nipis
Sawi - potong dan celur
Kentang rebus - potong nipis²
Tomato - potong nipis
Daun sup n daun bawang....

Sunday, 20 April 2008

Vadai


Vadai (Rinn Chan)-tq

Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Rendam kacang dal selama lebih kurang 4jam. Toskan hingga kering
2. Kisar kacang dal hingga halus. Tidak mengapa kalau terdapat sedikit kacang yang tidak hancur.
3. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul rata.
4. Leperkan di atas tapak tangan yang dilaskan dengan plastik yg disapu dgn sedikit minyak. Ini utk
mengelakkan dari melekat.
5. Susun di atas dulang yg beralas dengan plastik yg disapu sedikit minyak.
6. Goreng di atas api yang sederhana besar.

Saturday, 12 April 2008

Sotong Bakar



Sotong bakar saya agak kering sket sebab terlupa nak renjis-renjis sikit masa bakar tu..

SOTONG BAKAR (princessharyati)

Bahan-bahan;
Sotong
olive oil
serbuk kunyit
rosemary kering (saya tak boh)
garam
*serbuk ketumbar
*serbuk jintan

*bahan yang ditambah


Cara-caranya;
Gaul semua. Pastu bakar siap. Yang oren tu ulam carrot di potong memanjang.

Tuesday, 8 April 2008

Ayam Percik Bakar

Resepi ni amik dr blog sifu yang menetap di dubai gak. Aritu masa p umah dia makan ayam ni lawan ngan nasi tomato dan dalca..Fuh, memang sedap ya amat!!. Balik umah pun asyik duk teringat ayam ni jer.kalau umah yat dekat dah tentu kuketuk pintu umahmu ari2.. Tak leh jadi ni, kena buat sendiri la nampaknya. Tapi yang ni tak sama ngan Yat sebab takdak alas daun pisang tu. Yat, terima kasihla sudi jemput kami makan2 yer.. Cuba..jangan tak cuba wei...Saya copy paste dr blog beliau,


Ayam saya ni kering sikit sbb lupa plak nak renjis2 dipilis..kui3.. jgn ikut mcm saya tau!


AYAM PERCIK BAKAR - princessharyati

Bahan-bahannya;
ayam di potong mengikut suka

bahan blend ;

blend (1)
jintan manis
jintan putih
biji ketumbar

blend (2)
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan-bahan lain;

santan
cili boh (cili kering yang telah di belnd)
kunyit serbuk
tepung beras
garam
gula
serai (dititik)
asam keping

Cara-caranya;

Masukkan santan, cili boh, kunyit, serai, blend 1 dan kedua ke dalam periuk , masak seketika. Setelah mendidih masukkan garam gula, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam separuh masak kemudian angkay dan letak ke dalam dulang pembakar. Bakar ayam sehingga masak, renjis dengan sedikit minyak dengan mengunakan daun kunyit apabila ayam sedang di bakar. Siap untuk di hidang..

Monday, 7 April 2008

Acar Tomato



Bahan-bahan:
Buah tomato, bawang besar, cili padi, belacan bakar, jus lemon/limau/asam jawa, garam, gula.
Cara:
Hiris tomato, bawang besar dan cili padi nipis2 kemudian gaulkan dengan semua bahan. Siap!!..Senang baitu..

Chocolate Chips Muffin






Inilah hasilya..muffin coklat chips kak Liza yang dibuat malam tadi. Dapat 30 biji muffin yang buncit2.. ..sedaap!!

CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
[30 biji muffin]

Bahan A
1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.


Thursday, 3 April 2008

Kek Karot



Kek Karot
Sumber : leen omar (Rnet)

Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik (saya guna tepung gandum jer)
1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder (lupa nak masukkan, padahal beriya2 beli)
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar.
1st lime juice
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lembut/gebu. Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.Kisar hingga halus dan sapukan pada kek.

Tuesday, 1 April 2008

Bihun Goreng Bur Dubai




Bihun Goreng Bur Dubai
Bahan-bahan:
1 paket bihun (saya guna 1paket setengah, sbb bihun sini sepaket 200g je)
isi ayam (saya tak letak sbb takde stok)
udang } agak2 ler
1 sb pes cili
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3sb sos cili }
3sb sos tomato }
4sb sos tiram } bahan2 ni boleh ditambah @ dikurang ikut citarasa sendiri
4sb kicap pekat }
kiub pati ayam (saya guna separuh kiub jer)
taugeh
kubis, karot, sawi - dipotong kecil2
tauhu (potong kecil dan goreng kekuningan)-optional
minyak utk tumis
secubit garam (jika perlu)

Cara-cara:
1. Rendam bihun sehingga lembut.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi.
3. Masukkan pes cili, kacau sebati diikuti sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap pekat.
4. Masukkan ayam, biarkan sebentar supaya ayam lembut.
5. Masukkan udang, diikuti karot.
6. Masukkan bihun dan kacau.
7. Apabila bihun dah hampir masak, masukkan sawi dan taugeh.
8. Kacau hingga semua bahan bercampur sekata, kalau kering sangat tambahla air.
9. Rasa manis masinnya dan kalau ok bolehlah diangkat. Semasa menghidang, taburkan bawang
goreng dan daun bawang/daun sup, cili potong kalau suka.

***Saya ni suka bihun yg kalernya hitam2 sket, sape yg tak suka hitam tu bleh la kurangkan kicap & sos tiram..pepandaila ejas yer.