Followers

Wednesday, 14 April 2010

Ikan Merah Kukus Taucu

Assalamualaikum....

Menu lunch saya harini ialah ikan merah kukus taucu. Masa post entrini masih pagi lagi kat sini, tapi saya dah siap masak untuk lunch. Memang setiap hari, (kecuali hari cuti) memang macamni, pukul 7 pg dah kena masak nasi dan lauk untuk bekal my hubby merangkap untuk lunch diri sendiri jugakla. Sebelum jam 8.30 pg mesti kena siap dah semua. Sejak duk Dubai macamni lah rutin saya di hari kerja. Alaaa..masak sempoi2 jer pun..kekeke.. Walaupun kelam kabut sikit, tapi seronok juga sebab siap masak awal, lepastu boleh rilek2 depan laptop.. takpun bersantai2 atas katil ngan Mufid. Sejak ada Mufidni, memang bagus jugak masak pepagi, sebab kalau sy tak buat camni, alamat tak sempatla kot, diani suka berkepit ngn mama, tidurpun sekejap2 jerr..ishh2... buat keje sekarangni dah jadi macam lipas kudung!

Ok, resepini saya ambil daripada Trymasak. Resepi asal menggunakan ikan senangin. Sebenarnya saya kukus dua jenis ikan iaitu bawal putih dan ikan merah. Bawal putih tak sempat posing sebab dah selamat masuk dalam tipuware hubby bawa pi keja. So, yg tinggal ikan merahla, posing solo uuuu...  



Ikan Senangin Kukus Taucu

Ingredients

1) Ikan senangin (1 ekor)
2) Taucu (2 sudu besar)
3) Bawang putih (2 ulas)
4) Bawang merah (2 ulas)
5) Halia (1 inci)
6) Serai (1 batang)
7) Serbuk lada sulah (1/2 sudu kecil)
8) Air - untuk mengukus
9) Garam (sedikit)
10) Minyak untuk menumis

Directions

Pertama sekali, gaul rata ikan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan air ke dalam kuali dan masukkan pengukus.
Setelah itu, letakkan ikan di atasnya. Susun hirisan halia di atas ikan. Kemudian bahagi dua serai yang telah diketuk dan susun juga di atas ikan.
Tutup kuali dan kukus kira-kira 15 minit hingga ikan masak.
Sementara menunggu ikan masak, hiris nipis cili merah, potong kasar daun bawang dan mayang bawang merah serta bawang putih.
Kemudian, hancurkan tauhu sedikit menggunakan sudu.
Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah. Setelah bawang merah layu, masukkan taucu dan kacau sehingga kering.
Selepas itu, masukkan air, kacau sebentar dan biarkan hingga air kering sedikit.
Kemudian, curahkan bahan-bahan tumis tadi ke atas ikan dan akhir sekali taburkan cili merah serta daun bawang.
Tutup kuali dan kukus sebentar. Hidanglah ikan bersama kuahnya.



6 comments:

  1. seleranyaaaa!!! sesuai utk daku yang dah start bertambah gemuk ni..

    ReplyDelete
  2. ngencesssssssssssssssssssssss dakuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. paij188> dpt idea nk buat ni pas baca komen fairus haritu lah yg kta ikn kukus boh taucu ni sedap,pagi td terus godak resepi dan buat..mmg sodapla..

    Jasmeen> jaga2 kakmeen, basah baju tu kang..ekeke..

    ReplyDelete
  4. Salam kak Zaiy,
    Bestnya nampak ikan tu! saya suka yg berkuah canmtu. :)

    ReplyDelete
  5. salam kak zaiy..
    wahhh sedapnyaa nampak ikan dia posing dlm kuah taucu tuu..rasa cam nk cuit skit rasa! sedapnyaa dah lama x mkn ikan...asyik2 ayam...daging..puas cemuh dah! psst pegaga pun ada?? waduh2 lumayan laa org2 dubai mkn skrg ni bila laa pegaga tu nk menjala sampai ke cardiff erk??

    ReplyDelete