Kepada rakan-rakan dan para pengunjung yang dikasihi, sudi-sudikanlah melawat ke blog baru saya . Blog ni bukan blog pengganti blog ini ye, tetapi blog yang diwujudkan untuk memperkenalkan rumah keluarga kami yang dijadikan sebuah homestay. (Setakat ni blog masih dalam proses memasukkan gambar-gambar yang seterusnya).
Pahit manis, suka duka.. adalah rencah kehidupan insan di dunia. Segalanya akan menjadi KENANGAN yang TERINDAH buat diriku dan insan-insan tersayang dalam menempuh kehidupan ini...
Followers
Friday, 17 June 2011
Pengumuman : Blog Baru
Kepada rakan-rakan dan para pengunjung yang dikasihi, sudi-sudikanlah melawat ke blog baru saya . Blog ni bukan blog pengganti blog ini ye, tetapi blog yang diwujudkan untuk memperkenalkan rumah keluarga kami yang dijadikan sebuah homestay. (Setakat ni blog masih dalam proses memasukkan gambar-gambar yang seterusnya).
Thursday, 9 June 2011
Sepetang di Halaman Tok...
Inilah kawan dia... sepanjang masa kucingni ada di sini. mungkin kucingni suka budak-budak kot. Nasib baik mufid dah kurang takut dengan kucing. Sebelumni dia akan menjerit bila ternampak kucing.
Fikir-fikir..nak cari apa pulak lepas ni..
Tuesday, 7 June 2011
Balik Kampung
Sekarangni cuti sekolah, jadi saya curi-curi masa jugalah untuk update sedikit cerita, bukan cerita masak-masak ye(Sekarang nak ambil gambar makanan pun sudah tidak rajin macam dulu lagi...huhu..)
Awal cuti sekolah hari tu, kami sekeluarga pulang ke kampung saya. Bertolak jam 9 pagi, sampai di rumah kakak di Selama lebih kurang pukul 2.30 petang. Anak perempuan kakakku bertunang pada hari tu. Jadi, kami sampai jer terus makan. Balik sekejap je..4 hari..alahai tak puas langsung nak melepak dengan mak. Apakan daya, hubby cutinya sikit.. Layan jer lah gambar dak Mufid ni yer...
Sekarang kalau nak berjalan jauh, mama kena duduk kat belakang ngan mufid sebab lenguh nak meriba budakni kalau duduk di depan.. (tambah-tambah lagi kalau dia tidur..huh).
Ni, buat muka boring ke apa ntah la... panjang tul muncung dia, sedepa mak oiii...
Seperti biasa, singgah sebentar di Hentian R&R Tapah untuk makan dan berehat. Lepas makan, layan Mufid ngan Abang Muadz main kat taman sekejap.
Dah selamat sampai di rumah tok. Mufid tak masuk ke dalam rumah terus, dia ronda-ronda dulu di laman tok yang banyak pokok-pokok bunga tu..
Bersambung.....