Followers

Saturday, 28 February 2009

Mee Udang Tomato dan Award Dari Kak Zai

Rumahku didatangi tetamu tak diundang..
Tetamu yang buat saya menci sangat sebab baru beberapa hari lepas buat keje mengemop lantai ni...adussss... debu ohhh debu, awat hang mai tak habaq? kalau habaq siang-siang bolehla kututup tingkap rapat2, seal segala lubang-lubang yang ada..huk (3x)

Sebenarnya semalam memang perasan jugak langsirku berterbangan ditiup angin..ingatkan angin biasa sepoi-sepoi bahasa..rupa2nya ribut pasir yang melanda. patutlah bangun pagi tadi terdengar sliding tingkap duk berlaga-laga.. Pi kat dapur tengok pinggan-mangkuk yang baru dicuci berdebu sakan..huwaaa..Debu masuk ikut tingkap dapur.Laptop yang sedia berhabukpun bertambah lagi ketebalan habuknya, haahaa.. yang paling tragis, sebiji pasu bunga dah selamat terjun ke bawah.Tengok tu kuatkan angin tu tolak pasu sampai jatuh. tak taulah kena kepala orang ke tak..harap tidaklah. Nasib baik pasu tu dibuat dari plastik.

Oklah, lupakan saja tentang tetamu yang tak diundang tu. Harini saya tak masak nasi pun, buat mee sebab hubby kata nak makan mee. Jemu pulak rasanya nak makan nasi, nak masakpun jemu sebenarnya..haiyaa..camana ni?
Buat mee pun cari resepi yang simple je. Mee udang tomato CMG ni memang simple.Terima kasih ye Cik Mat..



Mee Udang Tomato (Mat Gebu)

Bahan-Bahannya :-)
Mee kuning secukupnya, cuci dan celur 30 saat, toskan (saya guna udon)
300 g udang sederhana besar
3 biji kentang (250 g), rebus dan lecek
3/4 cawan sos tomato
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula perang
2 ketul kiub ayam "Maggi" atau
1 liter stok ayam
1 1/2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa
5 biji telur - saya tak masukkan
2 pokok sawi putih, cuci dan kerat2 -saya tak masukkan
2 biji bawang besar*
3 camca besar udang geragau, rendam 10 minit dan toskan*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, digoreng dan hiris - takde stok
Taugeh, dicelur (mat tak celur)-takde stok

***saya letak isi ayam yg disiat sebagai tambahan.

Cara membuatnya :-)

Panaskan minyak dalam periuk (atau kuali), tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, gaul rata. Masak sekejap.
Tuang air dan masukkan kuib ayam (kalau guna stok ayam, tak payah guna kiub), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kentang lecek, tomato, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
Perlahankan api, pecahkan telur satu perlahan dan masak atas api kecil hingga telur masak dan timbul. Tambah udang dan sawi, masak untuk 2 - 3 minit lagi, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Jika suka kuah cair, boleh tambah air.

PENYEDIAAN MEE UDANG TOMATO :- Isi mee secukupnya dalam mangkuk, tambah taugeh, tuang kuah bersama isi2nya dan juga sebiji telur. Hias dengan hirisan tauhu, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas2...

CATATAN MAT GEBU :- Kalau rasa sukar, boleh cedok kuah ke dalam "non-stick pan" sebanyak 3/4 penuh jerang atas api kecil dan pecahkan telur sebiji, bila telur masak, alih ke dalam periuk yang berisi kuah tadi, buat hingga siap..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya dapat award lagi..2 award comey ni daripada kakzai. Thanks kakzai kerana sudi bagi award ni kat saya. nanti bolehlah saya pakai topi chef tu time main masak2. Nak gi jalan-jalan leh tak pakai topi tu?..:)



Wednesday, 25 February 2009

Buah Kundang a.k.a Buah Star



Buah kundang ni tak seperti buah-buah tropika yang lain kerana memang jarang sangat terdapat di Dubai ni. Kalau di utara buah ni dikenali sebagai buah star/buah staq. Bijinya kaler purple..
Kat kampung pun ada pokok ni, tapi bentuknya bulat-bulat dan rasanya agak masam sikit. Buah yang muda sedap kalau dibuat cicah atau buat jeruk, tambah2 lagi kalau yg belum ada sabutnya. Teringat zaman dulu, duduk berkumpul dengan anak-anak buah menyicah buah ni lah, buat cicah garam belacan + cili padi..pergghhh..makan sampai ngilu gigi sebab masam.

Tapi, yang ni mungkin dari Thailand, buahnya lonjong2 sikit dan tersangatlah manisnya.. Dah nak jadi rezeki saya kut, masa gi grocery dekat umah haritu ternampaklah buah ni dekat rak, ada satu pek aje yang tinggal..maka terus kurembat. Cadang nak makan cicah kicap n gula. Rupa2nya buah ni manis, jadi tak payah cicah2, makan gitu pun boleh.Tapi tak peduli gak, nak cicah gak...muahaahaaa...
Jom kita ramai-ramai menyicah buah staq.. (er..tak ramai pun, saya sorang je..huhuu)

Tuesday, 24 February 2009

Puding Roti Berkismis



Puding Roti Berkismis

Roti sandwich secukupnya -saya guna separuh bungkus(potong 4)
3 biji telur (saiz A)
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir }boleh kurang atau tambah ikut keperluan
1/4 cawan gula perang }
2 sb mentega
1 st esen vanilla
1/4 cawan kismis, rendam dalam air 5 minit, toskan
1 st cinnamon powder - jika suka
almond flakes - jika suka (saya tak bubuh, dah beli, tak ingat simpan kat mana, cari tak jumpa..haiyaa..)
2 st gula perang (tabur atas permukaan roti)- tips untuk dptkan kaler perang yg cantik..

Cara-cara:

Sapukan mentega di sekeliling bekas/loyang.
Susun roti di dalamnya, diselang selikan dengan taburan kismis di setiap lapisan roti.
Di dalam bekas lain, pukul telur, gula pasir, & gula perang dan mentega. Masukkan susu segar, esen vanilla dan cinnamon powder, kacau sebati.
Tuang adunan ini perlahan2 di atas roti yg telah disusun tadi. Biarkan seketika supaya roti mengembang. Taburkan sedikit gula perang di atas permukaan roti. Hias dengan almond flakes di atas permukaan roti jika suka.
Bakar 30-40 minit pada suhu 350 degree @ ikut oven masing2
Apabila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dipotong.

Thursday, 19 February 2009

Nasi Goreng Kampung

Sarapan di pagi Jumaat...



Resepi amik drp Fp Rinn Chan. Malas nak menaip heeheee..minta izin copy daripada kak Rinn ye, thanks...

NASI GORENG KAMPUNG (Rinn Chan)-tq

Bahan-bahan:
Nasi secukupnya
Bawang besar
Bawang putih
Ciliapi, lebih pedas lebih bagus
Ikan bilis
Belacan
Kangkung
Kicap cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
*saya tambah daun bawang utk taburan.

Cara-cara:
1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi hingga layu.
3. Masukkan belacan. Hancurkan dan goreng hingga garing sedikit.
4. Masukkan kicap cair. Kacau seketika.
5. Masukkan kangkung.
6. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.
7. Masukkan nasi putih.
8. Buat kawah di tengah gorengan nasi dan pecahkan telur di dalam nya.
9. Gaul rata hingga menyalut nasi.
10. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Wednesday, 18 February 2009

Makan-makan

Boring pulak asyik tengok makanan sendiri, kali ni jom kita tengok makanan orang lain pulak.
Kali ni makan-makan Thai food, ok lah..kena gak ngan selera kita..



Muaz suka sebab minuman dia dah sampai...



Ni, kalau tak abis, pass kat mama eh...



Hubby punya...


Saya punya.. nasi tu sedap, tapi udang tu ermmmm...


Ni Muaz punya, tapi mama & papa yang tolong abiskan..


Tomyam ni dah nak abis baru teringat nak snap..ish (3x). Yang ni diakui sedap, dan padat dengan isi!

Sebenarnya nak ceter apa nama makananpun saya dah tak ingat sebab dah
lupa. Kenapa kamu lupa.....? sebab tak ingat cikgu...

Monday, 16 February 2009

Vadai

Harap tak boringla yer, asik idang kuih-muih jer...


Rangup dan sedap dimakan panas-panas..


Kuih ni memang mencabar sikit masa nak membentuknya. Saya buat dua kali. kali pertama buat punyalah susah nak membentuk kuih ni sebab asik terlerai aje..huhuu..tapi bila dimasukkan dalam minyak panas tu elok je mengeras.
Kali kedua saya buat, lepas gaul semua bahan, saya masukkan dalam peti sejuk..nampaknya lebih senang nak membentuknya, selepas dikeluarkan dari peti sejuk tu.


Vadai

Bahan-bahan:
3 cawan kacang dal (kalau kat sini dipanggil chana dal)- cuci, rendam 4-6 jam, & ditoskan
1 cawan bawang besar dipotong dadu - nak kurang or nak tambah terpulang ler
daun ketumbar -dihiris halus
daun kari - dihiris halus
4-5 tangkai cili kering -rendam, buang biji, potong halus (boleh gak kalau nak guna cili segar)
1 st jintan manis ikut suka -ditumbuk (saya guna yg serbuk je)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
***kalau suka pedas lagi boleh tambah sedikit serbuk cili
***kalau ada apa2 lagi yang nak ditambah utk menyedapkan lagi kuihni boleh je ditambah.

Cara-cara:
Kacang dal yg telah direndam dibahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dikisar halus, sepatutnya tak payah campur air, tapi sy campur sikit je air semasa mengisar, jangan terlebih nanti susah nak membentuk kuih ni.
Satu bahagian lagi yang tinggal itu tak perlu dikisar.
Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak dlm bekas, gaul rata.
Buatkan bentuk bulat dan tekan supaya leper. Jangan buat tebal2 nanti kurang rangup tak sedap pulak. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan atau garing.

Sunday, 15 February 2009

Tag daripada Aishah Ummi Aqil

Tengah rajin ni, panas-panas lagi tag ni bawa balik dari jepun, terus tepek kat sini plak. malas nak tangguh2 takut nanti mai angin malas campur ngantuk tak hengat, kecik ati lak org yang memberi tag ni kan.. ok tag ni senang banget, baca dulu rules kat bawah ni..

::Rules::
Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos.Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it.Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Gambar ni diambil di Dubai Festival City pada tahun lepas. Ketika ni, Muadz tengah syiok naik tangga turun tangga sambil sentuh air terjun yang mengalir kat tepi dinding tu. Itu je lah penerangannya...

So, saya nak tag 6 orang yang berikut ni, yang tak tersenarai tu jangan kecik hati ye, insyaallah lenkali ok..

1. kak madiha
2. mamasya
3. umieaisyah
4. siti mariam
5. yati-m
6. moi

***selamat mengetag...heeheeheee..

Saturday, 14 February 2009

Akhirnya...

Oleh kerana ada kengkawan yang bertanya, jadi saya ingin berkongsi sesuatu di sini..



Usia kandungan saya sekarang ialah 5 minggu.

Harap kawan-kawan dapat mendokan segala-galanya akan berjalan lancar dan selamat hendaknya...

***************************************************************

Tiada kata hendak diucapkan selain daripada syukur kepada Tuhan Yang Esa kerana telah memperkenankan doaku selama ini, alhamdulillah..

***************************************************************

Adikku di uk juga telah sama2 menyertai kelab ni pada tarikh yang lebih kurang sama!alhamdulillah...
Ada sapa2 lagi yang join? Ada banyak lagi kekosongan ni...ngeh(3x)

Thursday, 12 February 2009

Pengat Pisang


Jom minum petang....!! Cepat amik mangkuk masing-masing yer..

Pengat Pisang

Bahan-Bahan:
4 biji pisang -belah dua & potong 4, sebab pisang ni besar
3 cawan santan
1 ketul gula kabung/melaka -racik2 supaya senang larut
1 helai daun pandan-koyak & simpulkan
3 sb sagu - dicuci direndam sebentar supaya (senang kembang nanti) dan ditoskan
Sedikit gula pasir
Secubit garam

Cara:
Masukkan santan ke dalam periuk.
Masukkan gula kabung dan daun pandan.
Apabila santan mendidih, masukkan pisang dan sagu. Sentiasa kacau.
Masukkan gula dan sedikit garam. Apabila pisang lembut, bolehlah diangkat.

Wednesday, 11 February 2009

Apam Comel Inti Kelapa



Apam ni memang comel macam namanya juga. Tapi saya buat ni taklah comel mana, setakat boleh ngap je la.. Rasanya sedap, ada macam rasa bahulu, macam kek pun ada juga. Kat Myresipi tu dah ramai yg cuba buat apam ni. Yang bestnya dalamnya ada inti kelapa (macam inti yang kita buat untuk kuih pau tu).. Tapi kalau tak suka inti kelapa, boleh letak inti lain2 ikut selera masing2. Resepi ni daripada Lilydvalley@myresepi, thanks ye.



Apam Comel Inti Kelapa
Lilydvalley@Myresipi - tq

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Inti Kelapa:
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
masukkan inti kelapa
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
*** saya guna sudu je untuk masukkan adunan dlm acuan tu

Utk Inti Kelapa:
==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.




Tuesday, 10 February 2009

Sambal Pelam/Mangga



Sambal Pelam aka mangga

Bahan-bahan: (xde sukatan, boleh main campak sukati je dlm lesung tu )
buah pelam yg masak dihiris nipis.. amik isi jer, bijik buang
cili merah (saya tak bubuh, susah nak dapat kat sini)
cili padi
belacan
buah tomato (dihiris nipis)- saya guna 1/2 biji
asam jawa/jus limau
gula/garam

Cara-cara:
Tumbuk cili, belacan, gula, garam hingga lumat, kemudian barulah mangga & tomato (mangga & tomato kena tumbuk last sbb takut terpercik . Akhir sekali masukkan jus asam jawa, gula & garam. Cicah dgn ulam2an.

Monday, 9 February 2009

Nasi Ayam


Nasi Ayam Spesel
oleh: junjs11@myresipi.com -tq

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk

Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair

Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.

Bahan sos
> 5biji cili merah -saya guna cili kering sbb takde cili merah segar
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air

Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup - saya guna sup bunjut adabi
@garam
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara

Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing. (saya bakar ayam tu)

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Award Dari Kak Zai

Kali ni dapat award daripada kakzai, syuqran. Umah baru saya ni akan berseri-serilah dengan award-award ni..heehee..




Sunday, 8 February 2009

Cakoi



Resepi cakoi ni cilok dari fp Kak Anum Sudan. Sesuai sangat untuk orang yang takde bahan-bahan pelik2 untuk buat cakoi tapi teringin nak makan cakoi gak. Makan panas-panas cicah ngan sos, mak aii..bercakoi3 saya bedal..kui(3x). Seperti biasalah copy n paste ye Kak Anum, thanks..muahh..

Cakoi (kak anum)

bahan
500g tepung gandum
1 tbsp yis
1 1/2 tbsp gula
3 tbsp minyak jagung
1 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
2-3 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 cawan air suam

cara
1. campur kesemua bahan dan gaul rata - biar mengembang selama 1/2 jam
2. panaskan minyak utk menggoreng
3. keluarkan adunan - uli dan canaikan setebal lebih kurang 1cm
(adunan ni memang agak lembek - taburkan tepung semasa menguli dan mencanai)
4. potong selebar 2 1/2 cm x 10cm dan potong tak putus di tengahnye
5. angkat dan tarik sedikit sebelum memasukkannye kedalam minyak panas
6. goreng hingga kekuningan

Friday, 6 February 2009

Udang Galah Goreng Berjintan


Semalam hubby gi menjala udang kat supermarket. Saya pun mulalah klik sana, klik sini mencari resepi yang mudah, terjumpalah resepi udang galah goreng berjintan ni kat FP Mamasya., thanks mamasya.. Bahan-bahannya ikut sukatan gram, kalau malas nak menimbang tu, agak-agak jelah. Saya pun agak-agak je bahan-bahan tu. Resepi ni memang sedap hingga menjilat siku tau :-D, 2 thumbs up!!


Udang Galah Goreng Berjintan (Mamasya)
Sumber Majalah Nona

Bahan

1 kg udang
*60 gm bawang besar
*20 gm bawang putih
*20 gm bawang merah
*20 gm cili giling
3 helai daun kari (saya taruk lebih)
Sedikit serbuk jintan manis dan putih
serbuk kunyit gaul dgn udang
300 ml santan
50 ml minyak , garam
***saya tambah sedikit air asam jawa dan sedikit gula

Cara

1. Udang digoreng sekejap supaya isi udang tidak terlalu lembap.
2.Tumis bahan yg dikisar* sehingga kekuningan dan masukkan jintan bersama santan.Kacau sehingga kuah pekat dan pecah minyak
3.Masukkan udang galah dan garam,kacau rata.

**kita tambah serai yg diketuk dan cili hijau

Thursday, 5 February 2009

Kita Minum Dulu....


Kat umah ni ada sorang tu.. suka sangat beli kurma, hubbby sayalah tu. Pantang jumpa, mesti beli padahal kat rumah dah banyak dia tak check pun. Siap dia kata sapa suruh simpan jauh-jauh dia tak nampak. Kadang-kadang sampai berulat dan ada haiwan liar kat dalam tu..wakakaa.. Yelah yang makannya saya ngan dia je, si Muadz tu tak suka kurma, pelik sikit dia ni.

Jus kurma ni memang sedap, dan dah tentu berkhasiat, manis semulajadi tanpa perlu dimasukkan gula.. Saya buat pekat-pekat sikit. Sape yang ada kurma sampai tak lalu nak makan tu bolehla buat jus pulak. Senang je nak buatnya.



Jus Kurma
Bahan-bahan:
1 mangkuk kurma kering - belah dua, buang biji dan direndam lebih kurang 20 minit, basuh dan toskan. Masa belah ni kena tengok gak kurma ni kadang2 ada ulat/bubuk di dalamnya, terutamanya kalau yang dah lama.
2 gelas air masak/mineral
sedikit susu segar - optional

Cara-cara:
Masukkan semua bahan(kecuali susu segar) ke dalam blender, kisar sampai hancur. Tuang dalam gelas/cawan, kalau suka, boleh campur sedikit susu segar dan bolehlah diminum. Kalau nak tapis pun boleh. Saya minum terus, rugi tapis nanti tak dapat minum seratnya.


mai secawan...............

Apam Pisang



Apam pisang ni memang lembut dan moist, mudah nak buatnya..tak rugi mencuba.

Apam / Kek Pisang [2 in 1]
HaSue@myresipi.com - tq

Bahan-bahan ( Sekeluarga leh mkn )
Pisang masak secukupnya
Gula-1cawan/200g (jika pisang dah manis atau anda krg suka manis,krgkn gula kpd 180g)
Minyak Masak - 1 Cawan/100ml
Telur - 2 Biji (buang tali pusat utk elak bau hanyir telur)
Tepung Gandum - 2 Gelas/200g (Boleh dtmbh atau kurgkn sedikit bgntung pd pisang yg dgunakn..)
Soda Bikarbonat - 1 Sudu Makan
*** saya tambah sedikit chocolate rice sebab pisang kat sini warnanya agak pucat.


Cara-cara
1. Sediakan blender. Kupas pisang dan masukkan sehingga paras atas pemegang blender spt dlm gamba.. (xleh nak confirm brp biji sbb pisang pelbagai saiz)
2. Kemudian masukkan gula,minyak masak dan telur. Kisar sehingga halus. Apabila sudah halus tuangkan adnan ke dalam bekas yang agak besar.
3. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat terus ke dalam adunan dan gaul sebati menggunakan senduk atau whisk. Adunan sudah siap!
4. Adunan bolehlah dikukus dalam bekas lompang yg kecil2 untuk menjadikannya apam pisang..(boleh guna papercup jika suka)
5. Masukkan ke dalam tin pembakar yg dioles minyak masak untuk menjadikannya kek..bakar pd suhu 140c-150c bgantung jenis oven.Juga boleh dibuat kedua2nya(apam dan kek) sekaligus. Kek pisang yg dbakar sempurna boleh btahan 3-4 hari tanpa dsimpan dlm peti sejuk.(simpan dtempat bebas lalat)
P/S:Pastikan kukusan sdh mendidih sblum mula mengukus dan pembakar sdh dpanaskan sebelum mula membakar. Ketika mengukus,pastikan guna api yg besar dan lapikkan tuala bersih menutupi penutup pengukus.Kukus selama 15 minit-25 minit (lg lama,lg cantik apam tu)
SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Wednesday, 4 February 2009

Udang Wangi



Resipi ni saya copy drp FP kak Rinn, thanks..

UDANG WANGI
Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang
Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI... - sy tambah daun limau purut juga
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan - sy tak letak/takde
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.

Tuesday, 3 February 2009

Mari menggulung lagi...


Kuih ketayap / kuih gulung ni makan untuk brekfes atau minum petang memang masyukk, cuma part nak menggulung tu yang rasa cam nak demam tu..kui(3x)..
Saya copy n paste resepi daripada FP kakliza, tq kak..


KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG Kak Liza

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan (saya guna pewarna jer)
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada] - saya xde
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

Monday, 2 February 2009

Bahulu Gulung


Projek bahulu ni dibuat last minute. Hari Jumaat lepas, ada jemputan majlis doa selamat dan besday party di rumah kawan. Fikir punya fikir dapat idea buat bahulu ni sebab bahan pun simple je. Pukul 2 petang dah nak pegi, kul 12 tgh baru duk terkedek2 membuatnya..kui(3x).
Risau betul bahulu ni tak menjadi sebab baru 1st time cuba. Husband kata kalau tak jadi macamana, saya kata lak, kalau tak jadi kita makanlah, habis tu nak bawa apa pulak gi sana? bawa badan je lah kut..hwa(3x)

So, tawakkal je lah buat, dalam hati doa supaya jadi, maklumlah fobia jugak bab gulung-menggulung ni, teringat kejadian ngeri tragedi swissroll ku dulu..miawhahah..
Mula-mula buat seketul dulu sbb tak konfiden, bila tengok elok je saya godek lagi buat untuk 2 adunan lagi. So dapatlah bawa 2 ketul untuk kawan & seketul untuk kami makan, yang 2 ketul tu tak sempat snap sebab siap masak je terus bungkus sebab dah nak pegi dah time tu..huhhuuhu. So. ini dia resepinya...thanks untuk Penyulawa dan Kak Ida.

BAHULU OREN – Penyulawa.Fotopages (copy & paste drp blog kak ida_isk)

Bahan-bahan:
3 biji telur ayam }
120 grm gula halus } pukul selama 15 minit dengan kelajuan tinggi
130 tepung gandum – ayak dulu kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan telur tadi perlahan2 dengan mengunakan senduk kayu .
Letak perisa oren or perwarna ikut suka.
Note : boleh bakar cara cupcake jugak ,tapi ida just letak dlm dulang lapik dengan kertas minyak , dah masak sapu strawberry jem , gulung ajee masa panas2
Jadi mcm swissroll..sempoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
*** saya tak letak apa2 perasa pun, kat dalam tu saya letak jem ceri<--jem yg ada kat umah je.

Kelakarkan tengok bahagian tepi ni, macam keretapi Thomas je, siap ada mata lagik..wahahah.. punyalah taknak bagi meleleh jem, tu yg letak sikit je kat bahagian tepi tu...

Sunday, 1 February 2009

Strawberri Bercoklat



Hari Jumaat lepas, saya nampak strawberri menimbun di Carrefour. Buahnya besar-besar sangat... Geram tengok, amiklah bawa balik. Maka, jadilah ini..

Strawberri Bercoklat
(Saya buat ikut suka je ni..janji coklat tu leh beku, ok ler..)

Bahan-bahan:
25 biji strawberi-basuh bersih dan keringkan dengan paper towel
150g coklat masakan - potong kecil2 (saya campur sedikit coklat susu)
1 camb mentega/marjerin

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah "double boil".
2. Apabila coklat mulai cair, masukkan mentega/marjerin.
3. Kacau hingga larut dan cair kesemuanya.
4. Angkat dan biarkan coklat sejuk.
5. Celuplah strawberi dan letak satu persatu di atas pinggan yang dialaskan dengan wax paper/cling film, atau apa2 je plastik yang sesuai untuk elakkan ia melekat.
Kali ni saya letak di dalam paper cup.

***kalau nak coklat tu cepat membeku, masukkan dalam peti sejuk sebentar yer, kejap je beku dan bleh makan...