Followers

Thursday, 25 March 2010

Nasi karot, sirap lemon...

Assalamualaikum...


Nasi karot ni ialah hidangan pada hari Sabtu yang lepas...dah licinpun.. Walaupun masak nasi macam beriya2 jer, tapi lauknya taklah semengah manapun.. malas punya pasal. Lagipun petang Sabtu tu Muaz nak pegi sekolah pulak nak tengok konsert dan karnival di sekolanya, jadi saya kena masak cepat-cepat. Tahun ni dan tahun lepas dia taknak joint konsert sekolah. Masa Grade One jer dia joint, lepastu dah tak mau lagi, malu katanya sebab teacher mekap muka dia.. kena pakai blusher la, pakai lipstik la.. ha..ha.. Mama kata, memangla kalau nak buat show kena mekap2 sikit, kalu tak nanti tak nampak muka pulak bila duk atas stage tu..

Dah besarni dia dah tau malu kena mekap. Takpelah Muaz, kalau dah tak mau, mama tak boleh nak paksa. Lagipun konsert tu bukan wajibpun, sekadar acara tahunan sekolah. hari tu dia nak pi tengok sebab ada kawan2 dia yang masuk dan nak main game sebab selain konsert ada macam2 game diadakan untuk memeriahkan karnival tu.

Ok, citer tentang nasi ni, sebenarnya nasi ni saya dah pernah buat dulu. Resepinya daripada sifu tersohor iaitu Kak Liza. Cuma, kalini saya tak guna beras basmathi pun sebab takde stok masa ni. Guna beras jasmine je..tapi tetap sedap.. Resepinya saya letak di bawah untuk sesiapa yang ingin mencuba.

NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

**Saya tambah gajus dan kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


Kami makan dengan ayam bakar madu ni.. sempoi jer... (Resepi ayam bakar madu ni ada kat SINI, tapi yang ni saya tak letak lada hitam.) Sorilah kawan2.. saya kalau bakar ayam memang macamni, kena buat rentung2 sikit..ekeke. Sebabnya kitorang tak makan kulit, kulit tu akan dibuang.. kalau bakar setakat kuning2 jer, hubby saya akan suruh masukkan balik dlm oven tu, bagi sampai jadi macam ni.. hahaha..


dan ulamnya cuma acar timun dan tomato... (senang jer nak buat acar ni. Timun, tomato, cili padi dan bawang besar dihiris. Campur semua bahan dalam mangkuk, masukkan garam dan gula, perah jus limau dan gaul sebati, siap..)

Lepas makan, kita minum air sirap pulak. Dah lama tak minum air sirap... rindu pulak nak minum. Kalau kat Malaysia, air sirapni kat mana2 kedai makan/restoranpun ada. Kat sini jangan haraplah. Sini, jus buah banyaklah tapi air sirap takde dalam senarai menu minuman. Kat pasaraya pun susah juga nak cari sirap dalam botol.

Jadi, nak hilangkan rasa rindu tu, saya buatla air sirap ni, tapi naikkan taraf sikit, perah lemon..ermmm..sedap! hilang dahaga, segelas tak cukupla pulak..ekeke..

Teringat kalau pi makan kenduri kendara, biasanya air yang wajib ada masa kenduri, air sirapla kan.. Tu diaa..kalau dah teringat tu, mulalah melalut macam2, sampai kenduri kendara semua nak cerita kan. Bukan apa, dah lama benar tak pi kenduri ni..hu hu..

Oklah selamat berhujung minggu untuk semua dan selamat bercuti untuk anak-anak di UAE (harini dah start Spring Break selama seminggu).

6 comments:

  1. salam zai...hrp zai & keluarga sihat2 saje...

    sedapnyer nampak nasi karot & air sirap lemon tuh...mmg padanan yg ideal. klu zai nk tau air sirap lemon (tp kt sini limau kasturi) nilah yg ina akn order...limau lebey, ais kureng..hehehe

    owhhh...muaz nga coti yek...spring time yek.? mesti canteks pmandangn ngan bunga2 yg bertaburan...

    bye2 zai...

    ReplyDelete
  2. w'salam ina..
    alhamdulillah semua sht, harap ina pun bgitu juga.. tu lah ina, kalau kt sana kat mana2pun mesti ada air sirap kan, sini susah sikit. bagustu letak limau lebih..boleh hilangkan minyak2 selepas kta makan. alaa..spring pada nama jer ina, sini spring mana der sama mcm kat neg omputeh tu, padang pasir punya penuh bunga kurmalah..huhu..

    ReplyDelete
  3. salam ..aduhai sedapnya nasi dan ayam masak cam ni..mcm nak buatlah..nanti akak ambil resepi yer..

    ReplyDelete
  4. kak long sorang ni rajin betul

    ReplyDelete
  5. kak ina kl> w'salam..sekali sekala mkn nasi mcm ni sedapla kak, tp lauk sy tu lauk org malas...nak cepat jerr..hihi..

    paij188> rajin apanya fairus, tgok tu masakpun cincai2 je, laukpun sempoi jer..huhu..

    ReplyDelete
  6. memang sedap nasi ni ...lagi kalu lobak tu di lecekkan sebabnya anak akak tak de chance nak ketepikan sebabnya dah sebati dalam nasi

    ReplyDelete