Followers

Wednesday 26 August 2009

Salam untuk semua...

Assalamualaikum...



Harap semua kawan2 yg disayangi sihat serta diberi kekuatan untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Pertama sekali, saya nak mohon berbanyak-banyak maaf sebab dah lama membiarkan blog ni usang tanpa sebarang cerita. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang berkunjung dan bertanya khabar berita, saya sangat2 menghargai ingatan daripada kalian dan rasa sungguh terharu. Sebenarnya, sejak pulang dari tanah air, saya ni dah jadi semacam hilang mood nak berblog lagi ..tak taulah kenapa. Bukan takde cerita nak kongsi, ada..cuma nak mulakan balik menaip dan mengupload gambar tu rasa teramatlah malasnya.



Sekarang ni (dulupun sama..) masak2pun tak seberapa, masak simple2 nak cepat ajer. Dah tak larat nak berdiri lama2 kat dapur tu. Kadang-kadang tu rasa malas nak makanpun ada..huhuu teruknya. Tapi apa nak buatkan, makan untuk hidup, jadi nak taknak kenalah pikir apa yang hendak dimasak.


Cerita tentang bulan puasa pula, tahun ni ialah kali ketiga kami sekeluarga berpuasa di sini. Kebetulan ketiga2 bulan puasa ni dalam musim panas. Cuma, puasa kali ni terasa sedikit mencabarlah jugak dengan keadaan mak buyungni, terutamanya 2 hari yang pertama tu terasa lembik sungguh. Bukan apa, cuaca panas kering sekarang yang membuatkan badan rasa kering dan tak bermaya. Beruntunglah sebab hanya duduk di dalam rumah aje, bagaimanalah agaknya orang-orang yang bekerja di luar tu, terutamanya buruh-buruh binaan. Itulah yang dinamakan dugaannya dan kemanisan yang kita dapat rasakan di bulan Ramadhan ni. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekarang, alhamdulillah, cuma yang tensennya time nak masuk dapur je sebab pening memikirkan nak sediakan juadah untuk keluarga. Musim panas ni selera makanpun agak perlahan. Itulah yang memeningkan kepala saya, terutamanya nak tarik perhatian seorang anak yang payah makan dalam rumahni. Waktu sahur akan terdengarlah suara seorang ibu membebel kat anak dia ni yang suka termenung di meja makan..huhuuu.. Kalau makanpun cuma dicuit-cuit aje makanan tu.. hmmm..


Ok lah, sebelum saya menutup cerita, jom cuci mata dengan gambar-gambar yang tak seberapa ni..
Bubur somsom ni pertama kali buat sendiri, sebelum ni pernahlah makan sekali, arwah MIL yang buat. Rasanya sama aje kut dengan bubur somsom biasa tu cuma yang ni tambah nanas jer.


Resepi bubur som som ni saya ambil dari majalah, nantilah bila rajin saya taip kat sini yer..uhukk...

Yang ni pulak kurma segar, biasalah jika bulan puasa jatuh dalam musim panas dapatlah berbuka dengan kurma segar ni, sebab kurma ni masak ranum hanya pada musim panas je. Saya kalau makan buahni memang payah nak stop..



Sangat rangup dan manisnya macam ditaruk gula.




Kurma kering wajib ada, walaupun bukan di bulan puasa pun. Dua jenis kurma kat atas tu namanya ialah Safree (yang kecik) dan Amber al Madina (yang besar)

Yang ni pun buah-buahan kering yang femes kat Arab iaitu buah fig atau buah tiin. Pada sayalah buah ni lebih sedap yang kering daripada yang fresh. Kalau makan buahni teringat ada ayat al quran yang menyebut nama buah ni kan.. (kalau saya tak silap, kalau silap tolong betulkan ye)


Minta maaflah ye sebab gambar juadah memang tak banyakpun. Malu rasanya kalau melawat kat rumah rakan-rakan yang rajin memasak. Insyaallah saya akan mengunjungi kawan2 sedikit masa lagi. Entry ni pun sekadar nak memanaskan enjin yang dah lama sejuk tu, ekeke.. Akhir kata diucapkan selamat berpuasa untuk semua. Ramadhan Kareem.