Followers

Wednesday 31 March 2010

Cili Muda Tumis Taucu

Assalamualaikum...

Harini saya nak kongsi masakan yang simple tapi pada saya sangat sedap. Masakan ni asalnya daripada arwah mak mertua saya. Dulu, tak pernahpun tanya macam mana nak buatni, tau makan jerrrr, huhu.... Sekarangni rasa teringat nak makan, kena cuba buat sendirila. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan mudah jer. Masakan ni sebagai lauk tambahan je dan boleh menjadi pembuka selera.. bahaya jugak ni..hehehe...


Cili Muda Tumis Taucu


Bahan-bahan:
10 tangkai cili hijau (cuci, potong serong)
Segenggam ikan bilis
1 sb taucu (boleh tambah ikut citarasa)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)- kalu nak guna bwg merahpun boleh
3 ulas bawang putih - hiris
2 sb kicap manis
sedikit air-ikut keperluan
garam - jika perlu, sy x bubuh sebab taucu dah masin.
minyak untuk menumis (sikit jer, lebih kurang 2-3sb)

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan taucu. goreng sampai naik bau.
3. Masukkan ikan bilis dan cili hijau.
4. Tambah kicap dan sedikit air.
5. Masak hingga cili menjadi lembut.
6. Jangan tambah banyak sgt air nanti tak sedap. Biar pekat2 gitu.


5 comments:

  1. salam..mana dapat taucu ni..

    ReplyDelete
  2. k.ina> taucu frm m'sia..

    ReplyDelete
  3. salam zaiy..sedapnya masak tauco tue klu mkn ngan nasi panas!menambah2 mkn nasi hikhik.meh sikit aiskrim mesia yg buat kt dubai tue!!

    ReplyDelete
  4. salam ZaiY...sedapnya, lauk simple mmng selalunya bole buat kita kknyangan...kalau ada ikan goreng, lg sdp!...sila ambil award kat umah akk...ada gntung kat dinding tuh..:)

    ReplyDelete
  5. azatie> tu yg bahaya tu, maunya seperiuk xcukup..hahah..

    nailofar>w'salam...betul tu..kdg yg simple tu yg buat kita tersandar xleh nk bangun..hehe..nnti sy pi amik, insyaallah..

    ReplyDelete