Followers

Saturday 6 March 2010

L.I.M.A

Salam untuk semua.
Harini skip cerita tentang dapur berasap.. Cerita tentang Mufid pulak, dah lama tak interprem, auntie2 dah rindu ngan dia..hehe..ada ker orang rindu kat jejaka ni? Takpe, takde orang rindupun Mufid tak kisah punya..ekeke..




Masa umur 4 bulan, berat Mufid ialah 6.5kg. Saya bawa Mufid ke Iranian Hospital. Alhamdulillah, setakatni puashati dengan hospitalni. Paed sangat bagus dan perkhidmatan di sini cepat. Setiap kali sister nak beri suntikan, kita sebagai ibu bapa disuruh pegang/pangku sendiri baby. Nurse yang beri suntikan tu pulak baca Bismillah dan Selawat sebelum menyuntik anak kita.

Berbanding sebelumni, di Hospital Al Rafa, sister akan bawa baby ke bilik dan ibu bapa tak dibenarkan masuk untuk melihat semasa baby itu disuntik. Mungkin tujuan mereka tidak mahu ibu bapa berasa ngeri atau takut. Owhhh.. cara mereka memang betul2merisaukan saya. Saya tak yakin cara begitu, ntah apa jadi kat anak kita masa dia suntik tu, kitapun tak tahu. Perkhidmatan pula amat lambat kerana patient sangat ramai, paed seorang sahaja. Inilah salah satu sebab saya bertukar ke Iranian Hospital walaupun jarak hospitalni jauh sikit dari rumah. Paediatrician di sini juga ada 3-4 orang. Masa menunggu sangat singkat dan bayaran juga berpatutan. Amat perlu memilih hospital yang berpatutan dan meyakinkan kerana di Dubai ni kos perubatan bukanlah murah dan saya membayar sendiri kos itu.

Ok, itu serba sedikit tentang hospital untuk pengetahuan dan sekadar berkongsi. Kembali semula cerita tentang Mufid. Esok, genaplah umur Mufid 5 bulan, sudah boleh meniarap masa umur dia 4 bulan 19 hari. Sejak dah boleh meniarapni, pantang letak je kat tilam, asyik nak meniarap je kejenya.. Dia juga boleh terbalikkan badan sendiri, jadi kita tak perlu nak kalihkan dia. Setakatni dia masih lagi menyusu badan secara eksklusif, tak campur apapun lagi. Sebulan lagi, cukup 6 bulan barulah saya akan bagi dia makan. Sekarang ni pun kalau tengok orang makan, lidah dia mulalah menjilat bibir..hehe terliurla tu..eheh..
Tangan papa pun dia nak makan ha... ingat ayam goreng ke?
Macamni lah saya golek-golek.....

tunjuk skill golek....




wit abang muaz...




Senyum dan gelak nombor satu...





pok amai-amai...





Mufid teruja semasa lawatan sambil belajar ke Burj Khalifa...

5 comments:

  1. terbayang2 saya, main ngan die malam hr tu. kena jumpe lg ni! gerammm!! :)

    ReplyDelete
  2. handsome boy mufid..kejap je masa berlalu cepat membesar :)

    ReplyDelete
  3. geramnya .. tomey sangat niii

    ReplyDelete
  4. salam zai...

    eeiiiyyy...geramnye nengok jejaka hensem nih...dah la pakai blusher, asyik senyumm jek...

    btw, alhamdulillah da besar si mufid ni kan zai? ble la cik ina dpt dukung n peluk cium si montel nih kan!

    hehe

    ReplyDelete
  5. Alahai comel nye mufid ni..ppi pon merah merah geram la auntie tengok.kalau dekat auntie bawak lari mai kuopio ttaw!!! hehehe

    ReplyDelete