Followers

Friday 7 December 2012

teRApi


Hijau itu ketenangan... Jom cuci mata..
Pakis di sebelah keladi tu tumbuh sendiri, bukan ditanam. Nampak cantik, jadi saya biarkan ajer tumbuh..
 

Kaktus ni asalnya beli dalam pasu kecik2 pastu mix dalam pasu ni pulak.. ok la jugakan my hubby punya kreativiti.
 

umbrella plant ke hape ntah namenya...sesuai tanam dalam pasu dan pasu tu letak dalam kolam.
 

Keladi bintik putih merah ni dibawa dari rumah ibuku di Selama. Masa tu keladi ni kecik je daunnya..sekarang dah besar2 daunnya.
 

Ini pembantu saya di kala petang hari..
 

Paku-pakis..
 













Mufid dan hobinya mengutip batu...



Wassalam..jumpa lagii...

Musim Bunga

Assalamualaikum...

Aduhaii..terasa rindu sangat nak berblog macam dulu-dulu. Sedar tak sedar.. setahun (lebih) sudah blogni tak berupdate.. Bayangkan entri terakhir saya ialah pada bulan Ogos 2011. Ini bermakna sudah setahun lebih blog ni terbiar usang...huhuh.... Bukan tak rindu nak berblog, nak bersua dengan rakan-rakan blogger yang masih diingati.. nak berbicara dan nak berkongsi.. Tetapi masa.. Ya, masa sangat membataskan saya untuk berbuat demikian (ye ker tu? ~ pinjam jap kata-kata Mufid). Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog terutamanya yang sudi menjadi followers walaupun tuan rumah duk sunyi sepi..hehehe...

Jadi, sementara cuti sekolah masih bersisa ni, biarlah saya sapu-sapu sawang ni dulu.. Nasib baikla ingat lagi cara-cara nak buka balik blog sendiri..hahaha.. Takde cerita istimewapun sebenarnya. Sekadar nak cuci mata tengok bunga-bunga yang sedang berkembang.. Bunga-bunga dan suasana kehijauan boleh menjadi terapi. Damai jer hati apabila pandang pokok-pokok hijau dan bunga-bunga yang sedang berkembang..



 Ini jer spesies pokok berbunga yang ada pun. Pokok ni memang cantik sangat apabila berbunga.


 Dalam sejambak tu, ada kuntum-kuntum yang berwarna putih, pink cair dan pink pekat.. Tapi, bila dah semakin lama..ia akan bertukar menjadi warna pink pekat yang sangat cantik.


 
Bunga ni ada banyak nama..
 


Lebat betul bunganya...
 


close up
 
 
Ada yang berjuntaian ke bawah...
 

 
Tapi, lagi banyak yang berada di atas bumbung pergola..




View dari tingkap bilik tidur tingkat atas.
 
 


 
View dari luar pagar... 




Gambar masa belum berbunga.




Sesiapa yang belum tahu, nama pokokni antaranya ialah akar dani, ranggoon creeper atau drunken sailor.

Berdasarkan sumber daripada Wikipedia Bahasa Melayu:
Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

Tak sangka, pokok hiasan yang cantikni ada banyak sangat kegunaan dari segi perubatan.Bunga akar dani ni juga sangat harum baunya terutamanya pada sebelah malam. Tak rugi kita menanam pokok-pokok di sekeliling rumah kita. Saya suka pokok dan suasana kehijauan.. alangkah seronoknya jika ada halaman yang luas kannn..ermmm..berangan...

Wassalam.. Jumpa lagi......