Followers

Saturday, 20 March 2010

Ayam Goreng Jawa

Kalau anda rasa jemu makan ayam goreng stail yang sama jer, bolehlah cuba stail ini pula. Resepini saya dapat dari buku Chef Wan. Sesungguhnya saya memang tak tau asal resepini dari jawa ke bukan ye... Rasa ayam ni ala-ala ayam masak rendang dan percikpun ada juga...


Saya taip balik resepini dari buku Chef Wan. Sesiapa yang nak cuba tu, sudi-sudikanlah....

Ayam Goreng Jawa
Bahan-bahan:
1 ekor (1.5kg) ayam dibersih dan dipotong2
375ml (1 1/2 cwn) santan diperah drp 1 biji kelapa parut dan 375ml (1 1/2 cwn air)
60ml (1/4 cwn) air asam jawa
garam
minyak masak untuk menggoreng terendam

Dikisar halus:
4 tangkai cili merah
2 st ketumbar biji
2 biji buah keras
12 ulas bawang merah
1 batang serai-hiris halus
2.5cm lengkuas 2.5cm kunyit hidup
2 st gula melaka parut@gula perang

Cara:
1. Gaul ayam dengan bahan kisar dan semua bahan lain kecuali minyak masak. Renihkan di atas api sederhana hingga ayam empuk dan kuah pekat. Angkat dr api dan asingkan ayam dan kuahnya.
2. Panaskan minyak dan goreng terendam ayam hingga kuning keemasan. Tuskan.
3. Hidang ayam goreng dengan kuah selebihnya.



3 comments:

  1. ini lauk ungkep meets percik. mesti sodap!

    ReplyDelete
  2. ZaiY, mak muar akak tak pernah pulak masak ni... Masakkan jawa selangar kot he he

    ReplyDelete