Followers

Friday 27 August 2010

Ada yang RiNdu MuFid ker?

Assalamualaikum untuk semua pengunjung blog mama ni. Selamat berpose mufid ucapkan..esp untuk auntie2 yg mufid sayangi. Mama kirim salam kat semua. Harini mufid kena story sendirila sebab mama asyik biziii jer. Sebenarnya mama dah kena penyakit apa tu.. macam penyakit M je.. Tapi mama memang bizi, sebab mama dah keje. Hari minggu pulak, mama sibuk mengemas rumah yang selalu bersepah (ni mufid ngan abg muaz punya kejela..hehe..), nak jalan2 lagi.

Sejak dah balik Mesia ni mama suka sangat2, sebab dia dah tak payah nak masak teruk2 (elehh..macamla dulu tu teruk sgt kan..ngeee..)Sekarang, mama rajin masak di kedai. Bulan puasani pulak banyak bazar ramadan kan. Lagila mama suka. Kalau ada sape2 yang rindu kat mufid tengokla gambar mufid ni. Sekarang mufid dah 10 bulan. Mufid dah boleh berjalan, tapi belum boleh lepas tangan lagila... Ok lah, mufid nak pegi main pulak..tata semua..jumpe lagi..


Kena repair dulu ni keter ni, nanti tak boleh balik raya, susah kita...

Dinasour oren ni abg muaz punya..lama dah, tapi elok lagi. Keter ni pun abg muaz punya.


Pi main joh2la..nyibuk jer Dino neh..



Sape yang bulat? Mufid ker Dino?


Mufid memang suka buat aksi terkojut badak macamni.


Jom kita balik raya ngan keter ni nak..

Tuesday 22 June 2010

Pokok kurma di halaman masjid...


Ketika ini, pokok-pokok kurma sedang galak berbuah. Di sana-sini kelihatan tandan-tandan kurma berjuntaian di atas pokok. Ada yang kuning, ada yang merah dan ada juga yang masih hijau lagi. Buahni buah bermusim... hanya berbuah pada musim panas jer..


Pokok kurma ni tumbuh di halaman masjid, betul-betul di hadapan rumah saya. Ada 4 pokok kesemuanya, tapi yang berbuah cuma 2 pokok je.. Satu pokok tu, buahnya dahpun masak, yang satu lagi buahnya hijau lagi.





Nampak tak pokok yang sebelah kiri tu, pokoknya rendah..tapi buahnya sangat lebat.





Belum masak sepenuhnya lagi.. ada yang masih hijau...


Tengok dari jauh tak nampak, bila zoom...ada seekor burung rupanya..hehe..



tak lama lagi hilangla buahni...sekarangni pun dah ada yang duk amik dah...



yang ni pokok sebelah kanan pulak..buahnya hijau lagi.




Bertandan-tandan buahnya...





dan.... ini pulak model pokok kurma..


v










v






v








v








v












Saturday 19 June 2010

Jalan-jalan Cari makan di Noodle House, Burjuman.

Kejadian ni berlaku pada hari Jumaat. Saya tak memasak, siang hari makan apa yang ada jer. Malam barulah merayap cari makan. Sekarang ni panas sangat, memang tak tahan kalau nak keluar waktu siang. Tempat dituju ialah Noodle House di Burjuman. Sebelumni dah pernah makan kat restoran yang sama, cawangan di Souk Madinat Jumeirah. Hajat di hati nak pekena kuetiaw yang sedap tu, tapi frustla sebab yang kat Burjuman ni takde pulak menu kuetiaw..huhu. Makanan kat sini memang sedap, tak rugila datang lagi. Sape yang suka itik panggang tu bolehla datang sini. Sempena world cup ni, sambil makan bolehla menonton bola sebab ada skrin besar tak jauh dari restoran ni. Bola ke bala ke..ermm..hada haku kesah? haha.. layan makan lagi best taww..ngeh3..



Adik kelihatan cemas masa pelayan tolong betulkan dia dalam baby chair.
Dia ni sekarang tak boleh tengok muka orang yang dia tak biasa, mulalah nak nangis..eh..

Hilangkan dahaga di malam yang panas..


Curry laksa with chicken n prawns~ mama



Chicken noodle soup~ Muaz


Mee goreng~ papa



Seared salmon with lime n sweet soy



Muaz dan eskrem tak dapat dipisahkan lagi..



tembak-tembak atas meja pulak...


Adik gigih berusaha untuk mencabut kasutnya.. alergik kasut agaknya, pantang pakai kasut, keje nak cabut jer..ishh2..

fosing-fosing sebelum balik..

Friday 18 June 2010

Cuti sekolah dah bermula...


Semalam ialah hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009/2010. Seronokla Muaz (dan mama jugak yer) sebab cuti panjang sampai bulan 9 nanti. Takde maknanya cuti kalini sebab kami dah tak tinggal sini lagi. Tinggal seminggu jer lagi kami akan meninggalkan bumi padang pasir ni. Alhamdulillah.. segalanya berakhir dengan baik (ngam-ngamla kata orang..) Muazpun dah selesai pengajiannya di grade 3 dan semalam ialah hari terakhir peperiksaannya. Papa dah pesan kat guru kelasnya untuk siapkan result peperiksaan dan sijil-sijil yang berkaitan sebelum kami berangkat pulang. Cikgunya kata 23hb nanti dah boleh pergi ambil keputusan peperiksaannya dan sijil2 tu..alhamdulillah.

Sebenarnya yang lebih seronok ialah balik Malaysia for good. Kenangan suka-duka selama 3 tahun di sini akan tersimpan kemas dalam memori. Muaz pula tentu akan merindui kawan-kawan dan juga guru-guru sekolahnya. Siap berpeluk2 ngan kengkawan dia semalam. Bila Muaz kata dia akan balik pada 25hb.. ada yang tanya, datang sini balik tak? Muaz kata, tak... dan semua pakat tanya, whyyyyyyyyyyyyy???..sedih dan kesian pulak kat dierang. Selamat tinggal kawan-kawan di Oxford School..Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar Muaz.






Gambar kenangan bersama rakan sekelas Grade 3 Blue dan guru kelas Mrs Shahana Zaidi.
Berdiri di belakang kiri ke kanan:
Manzar, Muhamad Ali, Kimia, Abdul Qayum, Adriana, Nur Yasmin, Fatima, Shuruq.
Abdullahi, Zeyad, Abdul Rehman, Abdul Abbas, Abdul Wahab, Accel, Ahbab, Alina.
Syed Ali, Hamad, Tariq, Kareem, Fatima Adel, Sahar, Salma, Mehnaz.
Yazen, Kamyab, Muadz, Amina, Nusaiba, Abeera, Aisha.
(Nama-nama classmates Muaz ni, mama taip, muaz yang bagitau...bukan per, satu masa nanti bila dia tengok balik gambarni dia akan ingat balik kawan2 dan cikgu yang pernah mengajar dia.)

Monday 14 June 2010

Grilled Surmai with Butter n Garlic

Salam...

Tengok nama masakan cam gempak bebenor.. tifah jangan tertifu.. Saya masak sempoi macam biasaler.. super ekspress, sempoi dan senang sebenarnya. Saya suka!!! I loiikee..ahak2..  Surmai ni sebenarnya ikan tenggiri, tapi kat sini nama dia surmai @ king fish. Mari..mari..kita tengok resepinya.

Err..resepi tak susah manapun, apa yang terfikir masa saya nak masak ikan ni ialah biar cepat siap dan dapat makan cepat..sebabnya..masak di hari sabtu, hari malas sedunia, kononnya..kuikuikui..





Grilled Surmai with Butter n Garlic

Bahan-bahan:
3 keping ikan surmai @ king fish (tenggiri) - ikan lainpun boleh jerr..ikan yg saya guna ni besar juga, saiz sebesar tapak tangan.
4 ulas bawang putih - tumbuk lumat/separuh lumat suka hati
1 sb serbuk lada sulah - ikut citarasa sendiri
2 sb butter
garam secukup rasa

Cara-cara:
Bersihkan ikan. Gaul ikan dengan garam, bawang putih dan lada sulah. Perap selama 15 minit (lebihpun takpe).
Panaskan non stick pan (nak guna ovenpun boleh), masukkan mentega.
Letakkan ikan, balik2kan supaya masak sekata. Tambahkan mentega jika ikan terlampau kering.
Siap untuk dihidangkan..
Ikan ni kami cicah ngan air asam, makan bersama nasi panas2... ermm...
Nampak garing di luar tapi di dalam isinya sangat lembut.



Saturday 12 June 2010

inilah keja dia...

Salam.....

Sejak dua menjak ni glamer tul budak ni, asyik muka dia je duk interprem dalam blog ni ha.. keh3.. Apa2 yang ada je lah, mama sumbat jer la kan... Mahal kenangan ni, terutamanya masa anak2 sedang membesar. Gambar-gambar banyak sangat dalam fail gambar tu kalau nak tengok tak larat, tapi kalau masukkan dalam blog ni, ada jugalah selit cerita, jadi bila dorang dah besar nanti dapatlah baca dan tengok balik. Itupun kalau blog ni masih lagi wujudlah..harap2lah kan.

Mufid ni dah masuk 8 bulan, 8hb 10 haritu. Dia dah boleh duduk masa umur 7 bulan, tapi tak berapa kuat sangatla..kena letak bantal ke apa2 juga belakang dia tu takut tumbang gedebum pulak..ekeke. Tapi, walaupun duduk tak berapa stabil lagi tu, ADA HATI dah nak BERDIRI bagai..... Pantangla kalau nampak bantal bersusun atau mama baring kat dia. Mulalah dia datang dan panjat2. Sakit2 badan mama ni kena tonyoh2 ngan siku, dagu dan tangan dia tu.. Sambil2 tu dia akan tarik rambut ngan cekau muka lagi!.hu.hu sabor je la...

 Dia dah jumpa bantal.. ginilah jadinya.


 Angkat punggung....



 Tengah berusaha tu, jengket kaki..


 Dah kena tangkap dah.... hu.hu..


 tersenget-senget nak capai keter menan dia...


 amboi, sangga badan ngan siku jer..terer eh!
makan pun sodap ni!


eh, mama panggil la pulakk, posing kejap la kan...


Akhirnya kena tangkap jugak.. heeeeee...
Nasib baikla abg Muaz rajin tolong mama jaga adik..





Tuesday 8 June 2010

Buah Ganarek

Salam....
Tentu anda tak pernah dengar nama buahni kan. Buahni asalnya dari negara Lebanon. Sebelumni pernah nampak beberapa kali buahni dijual di pasaraya, tapi tak tergerak hati nak beli. Baru2ni nampak lagi buahni, terasa pulak nak beli. Bukan apa, buah2 pelik macamni kena cuba rasa sebab nak jumpa di Malaysia mungkin tidak ada. Di sinipun buahni jarang2 ada, agaknya buahni pun ada musim juga. Adapun tak banyak, harga boleh tahan mahal juga walaupun tak menarik pada pandangan mata. Orang tengokpun tak terliur sangatla. Dari segi rupa luaran nampak seperti buah tomato yang masih muda. macam rupa buah bidarapun ada. Rasanya masam.. Mungkin kalau buahni dah masak manislah agaknya.
Mula-mula nak makan gitu jer..bila gigit sikit, aWWwww.... maSaAAAMmmmmm.....nyaaaa!! Maka, terhasillah jeruk ni......
-
-
-
-
-
Saya buat jerukni senang jer..ikut stail mak saya buat. Mula-mula, cuci bersih buah-buahan yang nak dijeruk tu (tak kiralah buah apapun yang sesuai..). Kemudian, belah ikut suka, nak buang biji ke tak buangpun ikut suka. Rendam dalam air garam semalaman (air jgn letak banyak, sekadar tenggelam buah cukuplah). Sukatan garam terpulang, tapi lebihkan pun takpe sebab nanti nak buang airnya. Keesokannya buang air garam, bilas buah dan toskan. Masukkan buah dalam bekas yang berpenutup. Masak air gula, sukatan gula juga ikut citarasa masing2. Tuang air gula dalam bekas yg berisi buah tadi. Simpan semalaman, esoknya dah boleh makan. Ermmm... sedap, rangup dan selamat sebab tanpa bahan kimia.
Mungkin lain orang, lain caranya kan.. Cara saya ni yang paling senang. Kadang-kadang mak saya celur buah sekejap sebelum rendam dalam air garam terutamanya buah yang ada getah seperti buah mangga/ buah kundang (buah staq). Buah yang saya guna ni takde getah, jadi saya tak celurpun.

Kejap jer habis...makan sensorang je sebab orang lain dalam rumahni tak gemar makan buah masam/jeruk.. hoho...bestnya...theeeheeeeheee..

Sunday 6 June 2010

Sepetang yang hangat...

Salam...

Musim panas datang lagi. Di musim panas ni, kena kurangkan aktiviti luar. Cuaca memang sangat panas, suhu sekarang berada di tahap 40 darjah celsius dan lebih. Seawal 5.30 pagi matahari dah mula muncul. Tidak lama lagi cuti sekolahpun akan bermula. Cuti 'summer break' yang panjang iaitu selama 3 bulan. Cuti inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua kerana inilah masa untuk pulang bercuti ke tanah air tercinta. Penduduk tempatan pula akan keluar dari negara ini untuk melancong.
Bagi kami sekeluarga, musim panas kali ini ialah yang terakhir. Tiga tahun yang lalu, kami datangpun masa musim ni juga. Masa tu, terkejut sangat masa keluar dari airport, bahangnya macam duduk dekat pemanggang api rasanya, maklumlah baru pertama kali. Aduh..panas duniapun dah tak tahan...
Sori ye, membebel pulak..tak tau nak tulis apa sebenarnya..tu yg merapu tu..ekeke.. Nak tepek gambar masak2pun sekarang dah takde menu baru. Masak2 yg sempoi je..alasan yg terbaik ialah perkakas masak dah takde. Ok, layan jer lah gambar budak dua beradikni berposing.

 



 





Kat belakang kurma sedang menguning, tak lama lagi bolehla petik.






Walaupun dah petang, tapi kat luar tu masih panas..