Followers

Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Thursday, 17 September 2009

Iftar dan Jalan-jalan Cuci Mata di Burjuman

Salam...
Semalam sessi beriftar di luar lagi. Kali ni di Mutiara Restaurant, iaitu restoran makanan bercitarasa melayu yang sememangnya tak banyakpun kat dubai ni. Selepas selesai iftar ada upacara memotong kek pula oleh beberapa kawan hubby yang menyambut birthday termasuk boss dept.nya. Sebenarnya boss ni lah yang belanja kali ni.

Menu makanan tak banyak, jadi perutpun taklah senak dengan makanan. Lepas iftar, semua pakat menuju ke destinasi masing2. Kami pula merayau ke Burjuman Mall untuk cuci2 mata, nak tengok deco raya, nak tengok bazaar raya manerlah ada kan.



nasi, ayam berlada, asam pedas ikan, kangkung goreng belacan, ulam dan sambal. Gambar atas tu sup daging dan teh tarik.


Muaz makan mee jer...tu pun tak abis.. Awek cun kat sebelah muaz tu ialah Tini.


Jalan-jalan Cuci Mata di Burjuman Mall selepas iftar...

Burjuman ni tak jauh dari Mutiara Restaurant. Kami ke sini untuk solat maghrib, sambil2 tu jalan2la kejap. Nak sopingpun bukannya musim sale sekarang ni, boleh terbeliak mata tengok rege nanti huk3.. So, layan jerlah dengan deko raya ala arab ni, ada arabic tent jer, ketupat daun palas ker, daun kelapa ker, jangan haraplah nak ada kat sini kan..ermmm.. Lagu raya pun nan ado. Yang ada cuma lagu apa ntah yang mamat kat bawah ni nyanyi..



Singgahlah kejap kat satu tent ni, ada sorang pak arab yang jaga kat situ. Dia hidang buah kurma dan teh arab yang rasanya tak macam teh kita. Siap bagi tazkirah lagi.

Hubby ku dah wat mcm umah sendirilah pulakk..


Ada juga barang2 hiasan dijual di sini, tercari2 gak kut2 ada bunga api ngan mercun...:P



Hmm..tengoklah rege tu kan, mau berpinar jap biji mata ni. kalau kat mesia ni dah kena kebas letak barang mahal camtu kan..


Posing terakhir sebelum balik, kakipun dah letey..
Sekian laporan untuk hari ni, wassalam.. tataaa..

Friday, 11 September 2009

Iftar @ Danial's Restaurant (Arabic/Iranian Food)

Tempat: Danial's Restaurant, Al Mazaya Centre, Sheikh Zayed Road.


Semalam kami iftar kat luar lagi...Mulanya saya dah malas nak joint sebab rasa macam tak menarik jer. Menu makanannya ialah iranian food. Tak sangka banyak juga pilihan makanan yang ada. Masa kami sampai orang punyalah ramai dan waktu berbuka pun dah mula. Jadi bersesak jugaklah masa nak ambil makanan tu. Nasib baik tempat makanannya ada 2 iaitu di dalam dan luar restoran, jadi takdelah semua orang berkerumun di satu tempat jer. Lauk pauknya banyak pilihan, ayam, kambing, seafood semua ada. pasta pun ada, kuih-muih n manisan arab, salad dan macam2 lagi.

Berbaloi jugaklah berbuka kat sini. Tak heranlah ramai sungguh customer yang terdiri daripada emiratis n iranis. Kalau nak datang berbuka kat sini, memang kena booking dulu, kalau tak, tak dapat tempat sebab semua meja penuh. Kami pergi sini pun secara berkumpulan iaitu dengan geng2 dept. hubby, dorang ni lah yg dah buat booking awal2. Tak sempatpun nak snap2 gambar makanan sebab kami sampai situ dahpun waktu berbuka, pastu ramai sangat orang, jadi terus ambil makanan dan makan je lah...Alhamdulillah puas hati jugaklah makan kat sini. Gambar2 yg ada kat bawah ni pun snap masa perut dah kenyang, amik sekadar buat syarat jer, layan.




Antara lauk pauknya...




Tempat ambil makanan ni disediakan untuk mereka yang duduk di bahagian luar restoran. kat dalampun ada.


Sup tulang kambing kut ni..kuahnya dah langsai..




seafood..


Pencuci mulut


Macam kuih loyang/goyang kita gak, tapi rasanya lebih kepada kuih tiram.


Ada yang sambut besday.. Masa ni dah lepas berbuka dan solat, customerpun dah kurang.

Tuesday, 8 September 2009

Iftar @ Four Points Sheraton

Semalam lega sikit kepala ni sbb awal2 hubby kata takyah masak sbb nak iftar kat luar..yahuu.. haahaa..ni lah dia pompuan yg malas masak cengginilah..ngeh3. kali ni iftar reramai dengan kengkawan satu dept ngan hubby, meriah jugaklah ngan telatah geng2 hubby yg kebanyakannya bujang, kami je yg family. Makanannya taklah banyak sangat, Arabic food, ada mutton beriyani sudah tentu, dan lauk pauk lain, sup, roti, n desserts. oklah jugak, tak pening nak pilih dan alhamdulillah kenyang. Seperti biasalah snap gitu2 je, malas dah skrg ni, tu pun ada yg muaz tolong snap kan sekadar untuk dijadikan kenangan.