Followers

Tuesday 9 March 2010

Ikan Kukus

Lama juga dah saya buat ikan kukusni. Saya agak jarang mengukus ikan berbanding bakar. Malas nak angkat periuk kukus.. he..he..

Ikan yang saya guna ni ialah ikan bawal putih. kukus sempoi je ni..mkn panas2 memang sedap, tambah2 lagi kalau kalau ada sambal kicap. Resepi, nanti dulu lah yer..nak gi tido jap, ngantuk pulak pagi2 yg mendungni.. krohhhhhhhhh...zzzzzzzzz...





Amboii..lama benarnya tuan umah pi tido..hahaha..
Sebenarnya ginilah kalu penyakit M sudah datang. Ok lah, sekarang jugak saya taip resepi ikan kukusni. Resepini saya amik dari buku Chef Wan. Tapi saya buat ikut bahan yg ada je. Saya taip balik ikut cara yg senang je la. Bahan-bahan tu buleh agak2 sendirilah ye..

Ikan Kukus
Bahan2:
Ikan siakap/merah - sy guna bawal putih
sos ikan
tepung jagung
daun ketumbar
daun bawang
tomato-dipotong ikut suka -sy tambah

Bahan untuk dihiris halus:
bawang putih, halia, serai, cili merah, cili padi, daun ketumbar/daun bawang, daun limau purut, bunga kantan.

Bahan perasa
garam, gula, jus limau kasturi, pati ikan bilis serbuk, tepung jagung

Cara:
1. Perap ikan dgn sos ikan dan tepung jagung (10 min).Bubuh dlm bekas yg sesuai utk dikukus.
2. Campur tomato, bahan hiris dan bahan perasa. Tuang atas ikan, kukus di atas air yg mengelegak selama 5 minit.
3. Hias dgn daun ketumbar/daun bawang dan hidang panas2.

6 comments:

  1. menu ni memang bagus utk diriku... less lemak he he. Sangat suka

    ReplyDelete
  2. menu bagus tuk nak diet nie .tp tu lah malas betui nak mengukus.ekekekee

    ReplyDelete
  3. makanan menjaga kesihatan. suke jugak, bubuh taucu banyak2..

    tumis bawang putih, halia ngan taucu! tuang atas ikan, perah limau, kukus. SODAP!

    ReplyDelete
  4. fuzidss> betul tu bagus kan klu slu makan masakan berkukus ni.

    atty> malas kan padahal sng jer kukus ni tak payah nk menumis bagai..

    paij188> oo..boh taucu sedap eh? xpenah cuba lg. nnti blehla try.tq ye..

    ReplyDelete
  5. cepat bak mai resepi..he..he..

    ReplyDelete
  6. Sedap ni ikan kukus... kite tak payah angkat2 periuk kukus sebab tak de pon periuk tu.hehe..kalau nk kukus kena guna oven je kak :D

    ReplyDelete