Followers

Wednesday, 17 August 2011

Puding Karamel

Salam Ramadan untuk semua...

Bulan puasa ni bertambah-tambah sibuk rasanya. Setiap hari masak yang ringkas dan mudah jer. Selebihnya kalu rasa nak makan yang canggih-manggih tu beli ler jawabnya. Saya buat puding karamel ni pun sebab feberet Muaz tiap kali berbuka. Tiap2 hari asyik order kat bazar ramadan jer. Sepotong rm2.50 sekarang ni. Mama pun cuba godek sendiri. Alhamdullillah menjadilah.. Resepi ni ringkas dan sangat senang untuk orang yang baru nak mencuba.. Terima kasih kepada Feqah. Saya copy paste dr blog Kak Zai, Teratak Impian...tergoda tengok dessert Kak Zai yang semenya mabeles tu..tima kacih untuk semua. Pudingni Muaz ngan mama je yang perabis..papa tak suka pudingni. Mufid plak apa makanan yang lembik2 dia tak layan..






Ini resepinya...

Puding Karamel Feqah

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas


Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.








Friday, 17 June 2011

Pengumuman : Blog Baru

Salam untuk semua...


Kepada rakan-rakan dan para pengunjung yang dikasihi, sudi-sudikanlah melawat ke blog baru saya . Blog ni bukan blog pengganti blog ini ye, tetapi blog yang diwujudkan untuk memperkenalkan rumah keluarga kami yang dijadikan sebuah homestay. (Setakat ni blog masih dalam proses memasukkan gambar-gambar yang seterusnya).
Jadi kepada sesiapa yang sedang mencari penginapan di sekitar Banting, Selangor bolehlah menginap di Izztanabonda Homestay.
Jumpa lagi...................

Thursday, 9 June 2011

Sepetang di Halaman Tok...

Di suatu petang yang indah, walaupun cuaca agak panas, seorang budak yang hanya memakai sehelai singlet berlubang kelihatan meronda-ronda di halaman rumah atuknya. Apa yang dicarinya..jom kita saksikan..heheh...


Inilah kawan dia... sepanjang masa kucingni ada di sini. mungkin kucingni suka budak-budak kot. Nasib baik mufid dah kurang takut dengan kucing. Sebelumni dia akan menjerit bila ternampak kucing.


Chii..chii..katanya.. (chi = kucing)


Santai jer kucing tu..selesa agaknya melepak di bawah pokok yang rimbun di halaman rumah tok.

Halaman rumah tok penuh pokok-pokok bunga. Nyaman sungguh rasanya.

Bila Mufid nak bergerak jauh sikit, abang Muaz ada sebagai pengawal. Abang Muaz akan dukung mufid bawa balik.. baik tul abang.

Ada angsa pulak.. dia pun pasang niat nak kejar angsa..huhu.. (nasib baik angsa tok baik dan sopan tau.., kalau tak mufid mesti kena gigit ngan angsa tu)

Angsa tu buat apa ya?

Eh..eh.. jangan kejar saya..

Angsa dah pergi jauh...

Mufid berpatah balik..huhu...


Fikir-fikir..nak cari apa pulak lepas ni..
Jumpa lagi...

Tuesday, 7 June 2011

Balik Kampung

Salam semua...Apa khabar kawan-kawan? Maaflah kerana lama betul tak update blog.Teramat bizi dan penyakit M dah melanda diriku. Sejak pulang ke Malaysia, dah tak jadi suri rumah sepenuh masa lagi. Itu yang terkejar-kejar buat itu dan ini sampai blogpun sunyi sepi.

Sekarangni cuti sekolah, jadi saya curi-curi masa jugalah untuk update sedikit cerita, bukan cerita masak-masak ye(Sekarang nak ambil gambar makanan pun sudah tidak rajin macam dulu lagi...huhu..)

Awal cuti sekolah hari tu, kami sekeluarga pulang ke kampung saya. Bertolak jam 9 pagi, sampai di rumah kakak di Selama lebih kurang pukul 2.30 petang. Anak perempuan kakakku bertunang pada hari tu. Jadi, kami sampai jer terus makan. Balik sekejap je..4 hari..alahai tak puas langsung nak melepak dengan mak. Apakan daya, hubby cutinya sikit.. Layan jer lah gambar dak Mufid ni yer...

Sekarang kalau nak berjalan jauh, mama kena duduk kat belakang ngan mufid sebab lenguh nak meriba budakni kalau duduk di depan.. (tambah-tambah lagi kalau dia tidur..huh).


Ni, buat muka boring ke apa ntah la... panjang tul muncung dia, sedepa mak oiii...


Seperti biasa, singgah sebentar di Hentian R&R Tapah untuk makan dan berehat. Lepas makan, layan Mufid ngan Abang Muadz main kat taman sekejap.


Dah selamat sampai di rumah tok. Mufid tak masuk ke dalam rumah terus, dia ronda-ronda dulu di laman tok yang banyak pokok-pokok bunga tu..

Bersambung.....




Friday, 27 August 2010

Ada yang RiNdu MuFid ker?

Assalamualaikum untuk semua pengunjung blog mama ni. Selamat berpose mufid ucapkan..esp untuk auntie2 yg mufid sayangi. Mama kirim salam kat semua. Harini mufid kena story sendirila sebab mama asyik biziii jer. Sebenarnya mama dah kena penyakit apa tu.. macam penyakit M je.. Tapi mama memang bizi, sebab mama dah keje. Hari minggu pulak, mama sibuk mengemas rumah yang selalu bersepah (ni mufid ngan abg muaz punya kejela..hehe..), nak jalan2 lagi.

Sejak dah balik Mesia ni mama suka sangat2, sebab dia dah tak payah nak masak teruk2 (elehh..macamla dulu tu teruk sgt kan..ngeee..)Sekarang, mama rajin masak di kedai. Bulan puasani pulak banyak bazar ramadan kan. Lagila mama suka. Kalau ada sape2 yang rindu kat mufid tengokla gambar mufid ni. Sekarang mufid dah 10 bulan. Mufid dah boleh berjalan, tapi belum boleh lepas tangan lagila... Ok lah, mufid nak pegi main pulak..tata semua..jumpe lagi..


Kena repair dulu ni keter ni, nanti tak boleh balik raya, susah kita...

Dinasour oren ni abg muaz punya..lama dah, tapi elok lagi. Keter ni pun abg muaz punya.


Pi main joh2la..nyibuk jer Dino neh..



Sape yang bulat? Mufid ker Dino?


Mufid memang suka buat aksi terkojut badak macamni.


Jom kita balik raya ngan keter ni nak..

Tuesday, 22 June 2010

Pokok kurma di halaman masjid...


Ketika ini, pokok-pokok kurma sedang galak berbuah. Di sana-sini kelihatan tandan-tandan kurma berjuntaian di atas pokok. Ada yang kuning, ada yang merah dan ada juga yang masih hijau lagi. Buahni buah bermusim... hanya berbuah pada musim panas jer..


Pokok kurma ni tumbuh di halaman masjid, betul-betul di hadapan rumah saya. Ada 4 pokok kesemuanya, tapi yang berbuah cuma 2 pokok je.. Satu pokok tu, buahnya dahpun masak, yang satu lagi buahnya hijau lagi.





Nampak tak pokok yang sebelah kiri tu, pokoknya rendah..tapi buahnya sangat lebat.





Belum masak sepenuhnya lagi.. ada yang masih hijau...


Tengok dari jauh tak nampak, bila zoom...ada seekor burung rupanya..hehe..



tak lama lagi hilangla buahni...sekarangni pun dah ada yang duk amik dah...



yang ni pokok sebelah kanan pulak..buahnya hijau lagi.




Bertandan-tandan buahnya...





dan.... ini pulak model pokok kurma..


v










v






v








v








v












Saturday, 19 June 2010

Jalan-jalan Cari makan di Noodle House, Burjuman.

Kejadian ni berlaku pada hari Jumaat. Saya tak memasak, siang hari makan apa yang ada jer. Malam barulah merayap cari makan. Sekarang ni panas sangat, memang tak tahan kalau nak keluar waktu siang. Tempat dituju ialah Noodle House di Burjuman. Sebelumni dah pernah makan kat restoran yang sama, cawangan di Souk Madinat Jumeirah. Hajat di hati nak pekena kuetiaw yang sedap tu, tapi frustla sebab yang kat Burjuman ni takde pulak menu kuetiaw..huhu. Makanan kat sini memang sedap, tak rugila datang lagi. Sape yang suka itik panggang tu bolehla datang sini. Sempena world cup ni, sambil makan bolehla menonton bola sebab ada skrin besar tak jauh dari restoran ni. Bola ke bala ke..ermm..hada haku kesah? haha.. layan makan lagi best taww..ngeh3..



Adik kelihatan cemas masa pelayan tolong betulkan dia dalam baby chair.
Dia ni sekarang tak boleh tengok muka orang yang dia tak biasa, mulalah nak nangis..eh..

Hilangkan dahaga di malam yang panas..


Curry laksa with chicken n prawns~ mama



Chicken noodle soup~ Muaz


Mee goreng~ papa



Seared salmon with lime n sweet soy



Muaz dan eskrem tak dapat dipisahkan lagi..



tembak-tembak atas meja pulak...


Adik gigih berusaha untuk mencabut kasutnya.. alergik kasut agaknya, pantang pakai kasut, keje nak cabut jer..ishh2..

fosing-fosing sebelum balik..