Followers

Saturday 13 March 2010

Ketupat Sotong

Salam untuk semua di hari Ahad ini...
Sebenarnya dah lama juga terasa ingin makan ketupat sotong ni. Seumur hidup tak pernah makan apatah lagi membuatnya. Baru-baruni pula, kawan di Abu Dhabi iaitu Amy tayangkan ketupat sotong yang dia buat di FB. Apa lagikan, daripada duk tertanya2 apakah gerangan rasanya, baiklah buat sendiri. Tengok resepi pun tak susah mana. Buka laci kabinet, jumpa beras pulut yang dah tinggal secoet, zaman bila punyapun tak taulah..tapi masih elok lagi. Cukuplah untuk beberapa ekor sotong yang sederhana besar tu. Saya buat tak banyakpun, sekadar nak merasa jer...

Terima kasih Amy kerana bg resepi dan cara2 membuat ketupatni. Seperti biasa, saya malas nak menaip, jadi saya cnp je resepi dr Makyong from Myresipi yg lebih kurang sama mcm resepi Amy juga. Thanks Makyong dan Amy... Cuma saya buat lain sikit je, beras pulut tu saya tanak dulu baru saya masukkan dalam sotong. Tujuannya supaya dapat pendekkan tempoh memasak sotong.

Ketupat sotong
Makyong@myresipi.com
ketupat sotong kelantan


Bahan-bahan ( 10 ekor )
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi- 3-4cm panjang - sy guna toothpick

Cara-cara
1.Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2.Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3.Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
4.Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat. 5.Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.






6 comments:

  1. kukus pulut tu atau tanakkkan

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. fuzidss> saya tanak mcm tanak nasi tu, tp sy xguna rice cookerpun sbb kuantiti pulut pun sikit, guna periuk kecik biasa je..

    ReplyDelete
  4. tupak sotong pun, kawe dok penah make...mace pelik, sebak make sotong maneh...
    hehehhe..betoi ka loghat tu..ekekek

    ReplyDelete
  5. kakmeen> sebak pelik tu kito keno cubo..hehe

    ReplyDelete
  6. kita pun br jek rasa ketupat sotong ni 2-3 week lepas order 2-3 ekor fr kwn sbb tingin sgt2 nk rasa...even anak klate pun x penah rasa :) mmg beshhh nnti kalu jumpa sotong besar2 skit tingin gak nk wat byk2..

    ReplyDelete