Followers

Friday 2 April 2010

Kerabu Kacang Botor

Baru-baruni hubby terjumpa ulam kacang botor di supermarket berdekatan rumah. Sebelumni tak pernah ada, cuma di kedai barangan Asian jer ada. Kat plastik bungkusan tu tulis 'Sri Lankan Vege'. Ooo..rupa2nya datang dari Sri Lanka. Orang sanapun makan jugak yer sayur ni. Sukanya saya dapat kacangni.. Maka, sayapun buatlah kerabu. Habis semangkuk saya makan sorang sebab hubby tak makan kerabu ni, dia tak suka makan mentah. Untuk hubby, saya buatla tumis2 jer...

Resepini saya ambil dari Mesra.net, tq..
Kerabu Kacang Botol
Kiriman: Boo
Sumber: Buku Masakan Betty Yew

Bahan-Bahan:
300 gm kacang botol
5 biji bawang merah (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
6 biji limau kasturi (ambil jusnya)-saya guna lemon
8 biji cili padi (hiris nipis)
1 batang cili merah (dihiris)
3 sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar kerisik
50 gm udang kering (dicuci, ditumbuk dan dipanggang)
1 biji buah tomato (dipotong dadu)-saya tambah

Cara:
Potong kacang botol menjadi keratan-keratan 4-5 cm panjang. Celurkan sehingga masak. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang lain. Gaulkan rata-rata dan hidangkan dengan nasi.
***saya tak celurpun, tapi saya rendam dengan air garam sebelum dicuci bersih.



Krup krapp krup kraapp..sedap sangat sampai tergigit cilipun saya tak perasan, tau2 rasa cam nak berasap jer telinga, urgggghhhhgg.... ~ekeke..


Ni, ada sedikit info tentang kacang botor yang saya dapat daripada WIKIPEDIA. Bolehlah baca untuk tambah pengetahuan kita bersama.

Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggil kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacang tropika yang berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika lembap dengan hujan lebat. Oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwa dari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka.

Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa. Pokok Kacang Botor ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh sebagai pokok semusim.

Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap, dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya. Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda. Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar dan berwarna biru pucat. Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%.

Pokok Kacang Botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, dengan penodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak baja.

Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Botor amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam. Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu.

Kegunaan
Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:

Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.
Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.

Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.
Akar yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.
Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan kopi.

Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.

6 comments:

  1. salam zaiy..k.atie pon ada tanam kacang botor nie gak..sok2 dh brbuah leh copy resepi zaiy nie...halal yer!

    ReplyDelete
  2. azatiesayang> w'salam... bagus kak tanam kacang ni, nnti dh berbuah boleh mkn selalu. kalu dekat boleh sy mintak sikit ye..ehehe..
    copy lah akak, mmg untuk share pun.. :)

    ReplyDelete
  3. salam ZaiY...sdapnya! akk pun tak suka mkan mntah..jadinya...buat mcm ni...potong nipis2...pastu buat kan sambal n campur ikan bilis..mcm sambal jugak...tapi kering2...best!Zai...sila ambik award kat blog akak...

    ReplyDelete
  4. nailofar> oo..samalah mcm hubby saya. nanti boleh try buat macam tu pulak, msti sedap. saya ni makan semua..ekeke..

    ReplyDelete
  5. salam kak zaiY ada ek kcg botor kat sini...lama tak makan buat kerabu..kat kedai area mana tu kak zaiy? apa nama kedai?

    ReplyDelete
  6. salam kak zaiy
    wahh rezeki akak jumpa kacang botor kt sana...
    fav kita kacang botor ni...
    sedap wat kerabu, goreng ngan nasi..mkn cecah budu pun masyuk!! hehehee
    selama dok sini sekali jek jumpa kacang ni tu pun kt london nun... :(

    ReplyDelete