Followers

Friday, 19 February 2010

Masakan yang senang..

Dahla senang, sedap pulak tu... memang sedap ajer kalu ikut tekak saya niiii...hoho..
Stik tenggirini dah lama jugak buat, tak ingat bila. Memang sukalah masak yang ringkas2 gini, malas nak duk dapo lelama.. yang penting kena ngan selera ahli keluarga.. kalu tak kenapun ku peduli apa..hahahah..jahatnya dakuu.. tidakkk!!
Takdelah sebenarnya hubby saya mmg suka makan cenggini, dia tu lebih concern bab2 jaga kesihatanni drp saya. Ikan tu masuk oven duk diam2 dalamtu, sayur pulak celur2 kejap, angkat.. tak payah nak menumis bagai.. Memang suka makan macamni jer, esp sayur brokoli sebab brokolini kalau dimasak beriya2 jadi tak sedap pulak, lembik dan hilang manisnya.. Ada tips untuk sayuran yg dicelur tu kekal hijau dan cantik, nnti sy bagi tips tu ya..
Senang wei keje tukang masak kalau selalu macamni kan.. Thanks to sifu kita kak Liza, saya copy from fp kak Rinn, thanks k.rinn, suka tengok ikan yang k.rinn guna tu segar2.
Balik mesia nanti nak rembat jugak buku2 resepi kak liza ni..hmmmm..





Stik Tenggiri
Sumber : Senangnya Memasak...Ikan (Chef Hanieliza)

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (400gm)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (Rinn tambah yang ini...)-saya xletak
saya tambah 2sb minyak zaitun

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA):
Brokoli
lobak merah
tomato

Sos lada hitam -saya omit


CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.



Stik ni saya tak makan ngan sos lada hitam tapi makan ngan nasi putih panas2 dan cicah air asam..tekak melayu beb..mana leh tinggal air asam..hoho..
Ok. ini dia tips untuk jadikan sayuran yang dicelur kelihatan segar ye puan2...
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan terus masukkan sayuran ni ke dalam bekas yg berisi air sejuk, biarkan seketika dalam air sejuk tu, kemudian barulah ditos sekali lagi dan bolehlah dihidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat. Jgn celur lama sgt klu nk sayur tu rangup. Selamat mencuba....

4 comments:

  1. sedap! menu sihat utk men'slim'kan badan.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Zaiy,
    Baru je tengok kat umah chik mi..dah jumpa kat sini lak... best nye!
    Re: mikael memang suke pegang kaki.hisap kaki.hehe... mufid pun sama ye.. diorang dok kata nak dapat adik.uish! jangan la lagi.hahaha

    ReplyDelete
  3. fairus> menu tu xleh menslimkan saya sbb saya mkn nasi 2 pggan sbb mkn lauk tu..huhu..

    ijan> wslm ijan.. mmg budak2 thp umur mcm tu ska buat xtvt yg cenggitu kn..hehe bestnya klu dua orang budakni duk sebelah-menyebelah..mesti berlumba2 depa angkt kaki, cabut stokin..

    ReplyDelete
  4. Salam, Saya Melatie
    Komen saya bukan pasal sotong tetapi Kuih Talam Keladi posted on 9 March 2010. Cara-caranya saya tak faham especially No. 2 dan No. 6. Berapa banyak santan yg digunakan out of 600 ml untuk bancuhan bawah dan atas. Tiada quantity dituliskan disitu.

    ReplyDelete