Restoran Al-Tawasol ni femes kerana hidangan nasi mandy yang sedap. Orang Dubai kalau tak merasa nasi mandy ni memang tak sah. Setahu saya, tak banyak sangat restoran nasi mandy yang dikatakan makanan tradisional orang Arab Yemen ni kalau nak dibandingkan dengan restoran beriani yang biasa tu. Maksud saya, kalau nasi beriani biasa tu sekeliling kawasan rumah saya ni pun berlambak restoran nasi beriani, tapi beriani India or Pakistanla.. memang dah jemu makan...huhu..
Masa kami pergi tu, memang ramai sangat orang. Ni, kat bahagian belakang, banyak tempat duduk kosong lagi. Tapi kami tak nak duduk kat sini, target nak duduk dalam bilik nun ... Nampak tak bilik yang ada langsir tu, ala-ala Arabic tent..huhu.. duk dalam tu baru best, boleh makan sambil bersila. Ada banyak juga bilik yang dibuat seperti khemah Arab tu tapi malangnya semuanya penuh masa tu. Jadi, nak tak nak dudukla kat meja ni jer la. Tak lama kemudian sekumpulan pak arab pulak datang duduk belakang kitorang..huh..punyalah bising depa bersembang..buat daku semakinla tensennnn...
Makananpun dah sampai. Kami order lauk ayam dan kambing. Kat sini depa hidang dalam talam, kalau tak suka makan dalam tu boleh minta pinggan. Selain ada pilihan ayam dan kambing, set ni juga ada disertakan sambal dan ulam-ulaman. Sambal ni tak sama macam sambal kitalah, tak pedaspun..banyak guna buah tomato rasanya. Ulam2 pula ialah timun, capsicum, lemon dan sejenis daun yang bernama 'jarjeer'..
Selepas 'separuh jalan' makan, nampak ada satu family dah keluar dari salah satu khemah tu. Kamipun cepat2la hangkut talam nasi masuk dalam khemah tu..ha..ha kelakar pulak, ada ker org lain penah buat macamni? Jadi, kamipun sambung makan dalam ni pulak..
Memang best pun makan kat dalam ni, santai dan privacy. Mufidpun sampai tertido sebab kekenyangan makan setalam nasi mandy...ishh3.. Muazpun suka makan juga tapi taklah sampai tertido macam Mufid..kehkeh..
sebelum kejadian....
Selepas kejadian... khalasss semuanya.
bestnya. nasinya nampak sedap. Duduk dalam khemah memang ada kelainannya
ReplyDeletesalam...bestnya...saya dah lama teringin nak gi restoran arab...ni kat sana ke kat penang? hehehe no tel 04 la plak kan?
ReplyDeleteFuzidss> mmg best nasi mandy, ayam dan dagingnya sangatla lembut..
ReplyDeleteMama Nazhan> wsalam.. try la..mmg sedapnasi mandy ni, tu lah sama mcm penang no tel dia..hahah..
tak sah kan klu tak pegi? tibe2 rasa nak makan kat tawassol plak dah..
ReplyDeletepenat jer memaip...terhegeh2 tenet...lg panas bila tgk org mkn nasi mandy yg onjg2 tu smbil bersantaiiiii...wo...mkn dalam oooo...
ReplyDeleteFairus> mmg tak sah kan..
ReplyDeleteJasmeen> mkn sambil bersantai kak, tak sedor abih setalam..haha
wah, sedapnya mkn nasi mandy sambil bersantai2 mcm ni...kemain lena lg mufid tido kekenyangan ye...heheh...senang la mamanya nk mkn, mufid x ada nk ngempeng...
ReplyDelete