Followers

Sunday, 17 May 2009

Puding Koktel Berkuah

Cuaca panas ni terasa pulak nak makan benda2 yang lembut, berkuah dan boleh menyamankan tekak. Tapi, takde idea pulak nak buat puding apa, sayapun terjah umah kak zai (teratak impian). Kakzai ni kalau bab puding-memuding ni memang pakar, boleh digelar ratu puding ni. Hasil terjahan, saya telah merembat puding koktel ni. tapi bukan pudingnya, resepi jerla..uhuk3. Tengok bahan2pun simple jer, maka daku pun terus menggodek puding ni petang ni jugalah..heheeh..(nampak sgt tak sabor tu..kih3)


Dah siap pun, tapi kan, pecah sikit masa nak tuang daripada acuannya sebab diriku ni agak terorist sikit perangainya. Takpalah, sendiri yang nak makan, pejam mata jeer.. Saya guna buah-buah yg ori sbb takde pulak fruit coctail yg dlm tin tu..belasah jelah kan. Jom tengok resepinya. Minta izin cNp ye kakzai..tq

Puding koktel berkuah (kakzai)

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur-saya tak letakpun

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail - sy guna buah segar


14 comments:

  1. tgk puding koktel berkuah zaiy ni mcm dh terasa je kt tekak ni betapa nyamannya...heheh... tgh2 musim cuaca panas ni, mmg sesuai betul pekena puding ni...nk plk letak dlm peti ais...perrgh..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru buat zaiy dan seluruh guru2 di M'sia ni....tanpa guru, kita x mungkin jd seperti skrg ni.....

    ReplyDelete
  3. errr... kak zaiy pun bekas guru kan? selamat hari guru.... dah terlepas byk dah N3 akak ni.... kat opis sibuk gile skang ni.... x sempat nak ronda umah2 member lain.... kat umah lak hubby konker... malas nak kacau....

    kak sedapnya puding tu leh try... kalau jd leh la bwk p opis kalau time jamuan, mesti best... heheheh

    ReplyDelete
  4. baayah> mmg ler panas2 ni rasa nak telan benda lembik2 & sejuk gitu..haaha, timekasih ats ucpn mu itew..

    iezah> akak mmg bekas guru & balik nanti kena menggurukan diri semula..ahakss..
    kalau letak fruit koktel mybe lgi sedap kut..

    ReplyDelete
  5. amboiiiii nyamannn sekaliiii ;p

    ReplyDelete
  6. Zaiy..

    mengancam betul puding cocktail Zaiy, tambahan dgn buah strawberry merah menyala tu...mmg sesuai mkn sejuk2 dlm cuaca panas skrg ni....nyamannyaaa...
    Selamat hari guru buat Zaiy....

    ReplyDelete
  7. sodap eh..! tp mmg bile pregnant nih.. mula terasa nk buat tu nih.. especially bile pregnant bby girl. Happy teacher's day!

    ReplyDelete
  8. RE: Err rerama tu kitorang tgkp pastu paksa posing... heheheh yg tu je yg kurang aktif yg lelainnya liar, payah nak dekat... puas tertunduk2, terbongkok2.... heheheh

    ReplyDelete
  9. baru beberapa hari tak jengah kesini, dah berjela en3 dia.....meriah sekali puding tu, dengan buahan fresh tu.....pekena waktu cuaca panas...teringat jumaat lepas tengahari yg panas terik tu singgah makan cendol dengan rojak.....sedap tak terkata ehhhhh...

    ReplyDelete
  10. sedapnya lahai..huhuhuh..

    ReplyDelete
  11. sedapnya!!

    rajin tau ngandung2 masuk dapur!!

    :-)

    ReplyDelete
  12. kak zaiy!!
    mcm berjanji lak kita wat puding ni..hehee mmg tekak skrg kering manjang jekk mmg sedap sgt lerr kalau mkn puding sejuk2 rasa nikmat sgt! tp puding akak tu nampak menggiurkan x mcm puding i yg menyeramkan...cik hubby tgk pun terus hilang selera! miahahaaaa...

    ReplyDelete
  13. pergh.. tangkap leleh beb melihat koktil nie... telampau la akak nie.. wakakaka

    ReplyDelete
  14. Akak, sgt sedap dan jadi! hehe. mintak resipi ye :D

    ReplyDelete