Followers

Wednesday 28 January 2009

Puff Kentang


Puff ni ialah puff yang kedua saya buat. Memang mudah nak membuatnya, syaratnya mesti ada roti canai segera atau kat sini panggil paratha. Roti canaipun jangan main sebarang rembat je tau, mesti yang berjenama 'Kawan', seperti yang disarankan oleh tuanpunya resepi ni iaitu kak ida_isk. Intinya terpulang kepada citarasa masing-masinglah nak buat inti apa yang sesuai, tuna ke, sardin ke daging ke...Saya buat inti kentang macam inti karipap tu.


Puff Kentang

Bahan-bahan:
Roti canai segera jenama kawan (yang belum dimasak tau)
kuning telur+sedikit susu cair + sedikit perwarna kuning (dipukul sedikit)

Bahan Inti:
2-3 biji kentang sederhana besar-dipotong dadu
sekeping dada ayam-dipotong dadu
4 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2-3 sb rempah kari + sedikit air
sedikit air
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air diikuti dengan kentang.
4. Apabila kentang separuh empuk, masukkan ayam.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila inti sudah pekat dan kering kuahnya, tutup api.
7. Biarkan seketika hingga sejuk.

Cara membuat puff:
kalau nak tengok cara nak lipat puff ni dengan lebih jelas (siap ada gambar), boleh klik sini , thanks kak ida.

1. Roti canai dipotong empat.
2. Ambil sekeping kecil yang telah dipotong itu. Letakkan inti.
3. Lipat dengan kemas. Boleh picit sedikit @ tekan dengan garfu di hujungnya supaya tidak terbuka.
4. Kelar-kelarkan sedikit di atasnya dan sapu dengan kuning telur.
5. Bakar hingga masak.








4 comments:

  1. amboiii...dok ngadap pc jer kerr??
    edit kat html tu, edit yg mane??

    ReplyDelete
  2. ooo...tak leh rembat sebarang ekk? jawabnye KIV ler sampai balik mesia...huhuhuhuu...
    akak kasi kite 10 biji...tapau

    ReplyDelete
  3. Kak Jasmeen-
    bese la kak, ituler keje seharian..huhahaa..

    Aishah- begitulah yg dipesan oleh tokey resepinya..kalau jenama lain nak cuba leh gak, mana tau menjadi kan.tapi kalau kt sini, jenama lain yg local sini mmg rasanya kureng, tepungnya tak lembut.

    ReplyDelete
  4. hamboiiii hidang puff la pulak......
    sejak2 rumah baru ni, rajin sunggu berkemas....errr Meen pun tengah wat banglo gak ker tu....

    ReplyDelete