Followers

Saturday 31 January 2009

Apam Balik



Kalaulah tidak merantau seperti sekarang agaknya sampai laani pun tak tahu nak membuat apam balik ni. Mungkin jugak takkan ambil tahupun, sebabnya sebelumni tak berminat sangat dengan kuih yang satu ni, kecuali kalau jumpa yang nipis-nipis dan rangup tu, sukalah juga. Tapi jaranglah nak jumpa yang tu, biasa kat pasar-pasat malam tu, apam baliknya tebal-tebal belaka.
Tapi, biasalah kan bila dah tak nampak depan mata, rasa rindulah pulak dengan dia kan. Pukul 10 malam sanggup pi dapur semata-mata nak menggodek mendalah ni, keh..keh...pELIk tapi BEnAR....
Resepi apam balik ni diambil dari Myresepi, saya copy & paste sajalah di sini, thanks untuk penyumbang resepi ni iaitu Ms Oreo.


APAM BALIK BY MS.OREO @ MYRESIPI
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
-Kacang tanah yang sudah dikisar
-Jagung krim (saya tambah), tapi jagung krim yg saya beli tu, jagungnya tak nampak, krim aje yg lebih..huhuu..

Cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Saya buat stail nipis dan kecik-kecik ajer...

2 comments: