Followers

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, 25 March 2010

Nasi karot, sirap lemon...

Assalamualaikum...


Nasi karot ni ialah hidangan pada hari Sabtu yang lepas...dah licinpun.. Walaupun masak nasi macam beriya2 jer, tapi lauknya taklah semengah manapun.. malas punya pasal. Lagipun petang Sabtu tu Muaz nak pegi sekolah pulak nak tengok konsert dan karnival di sekolanya, jadi saya kena masak cepat-cepat. Tahun ni dan tahun lepas dia taknak joint konsert sekolah. Masa Grade One jer dia joint, lepastu dah tak mau lagi, malu katanya sebab teacher mekap muka dia.. kena pakai blusher la, pakai lipstik la.. ha..ha.. Mama kata, memangla kalau nak buat show kena mekap2 sikit, kalu tak nanti tak nampak muka pulak bila duk atas stage tu..

Dah besarni dia dah tau malu kena mekap. Takpelah Muaz, kalau dah tak mau, mama tak boleh nak paksa. Lagipun konsert tu bukan wajibpun, sekadar acara tahunan sekolah. hari tu dia nak pi tengok sebab ada kawan2 dia yang masuk dan nak main game sebab selain konsert ada macam2 game diadakan untuk memeriahkan karnival tu.

Ok, citer tentang nasi ni, sebenarnya nasi ni saya dah pernah buat dulu. Resepinya daripada sifu tersohor iaitu Kak Liza. Cuma, kalini saya tak guna beras basmathi pun sebab takde stok masa ni. Guna beras jasmine je..tapi tetap sedap.. Resepinya saya letak di bawah untuk sesiapa yang ingin mencuba.

NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

**Saya tambah gajus dan kismis

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


Kami makan dengan ayam bakar madu ni.. sempoi jer... (Resepi ayam bakar madu ni ada kat SINI, tapi yang ni saya tak letak lada hitam.) Sorilah kawan2.. saya kalau bakar ayam memang macamni, kena buat rentung2 sikit..ekeke. Sebabnya kitorang tak makan kulit, kulit tu akan dibuang.. kalau bakar setakat kuning2 jer, hubby saya akan suruh masukkan balik dlm oven tu, bagi sampai jadi macam ni.. hahaha..


dan ulamnya cuma acar timun dan tomato... (senang jer nak buat acar ni. Timun, tomato, cili padi dan bawang besar dihiris. Campur semua bahan dalam mangkuk, masukkan garam dan gula, perah jus limau dan gaul sebati, siap..)

Lepas makan, kita minum air sirap pulak. Dah lama tak minum air sirap... rindu pulak nak minum. Kalau kat Malaysia, air sirapni kat mana2 kedai makan/restoranpun ada. Kat sini jangan haraplah. Sini, jus buah banyaklah tapi air sirap takde dalam senarai menu minuman. Kat pasaraya pun susah juga nak cari sirap dalam botol.

Jadi, nak hilangkan rasa rindu tu, saya buatla air sirap ni, tapi naikkan taraf sikit, perah lemon..ermmm..sedap! hilang dahaga, segelas tak cukupla pulak..ekeke..

Teringat kalau pi makan kenduri kendara, biasanya air yang wajib ada masa kenduri, air sirapla kan.. Tu diaa..kalau dah teringat tu, mulalah melalut macam2, sampai kenduri kendara semua nak cerita kan. Bukan apa, dah lama benar tak pi kenduri ni..hu hu..

Oklah selamat berhujung minggu untuk semua dan selamat bercuti untuk anak-anak di UAE (harini dah start Spring Break selama seminggu).

Friday, 19 March 2010

Nasi Lemak Sambal Udang

Nasi lemakni memang tak jemu dimakan. Sampai bila-bilapun nasi lemak tetap menjadi kegemaran saya, asalkan bukan dimakan setiap hari berturut2la.. Biasanya saya akan buat nasi lemakni bila ada rasa teringin nak makan...haa masa tulah makan nasi sepinggan tak cukup..



Masa buat nasi lemakni..timun abisla pulakk.. tak kuasalah nak pi kedai semata2 nak beli timun. Jadi, kami belasah je daun salad buat ulam ngan nasi lemakni..ekekek..bukan dosa pun..layan jer la...ahaks..




Rasanya tak payah letak resepilah, semua org pandai buatni.. malaspun ye jugak..uhuu.

Tuesday, 19 January 2010

Nasi Goreng Kampung

Buat nasi goreng kampung untuk bekpes pagi ni, merangkap bekal untuk hubby gi keje.. Buat tak pedas sangatpun sebab takut Muaz takleh nak makan. Nak resepi? klik SINI yer...



nampak tak dua buah helikopter hijau sedang mendarat di atas pergunungan tu..? hik3..

Saturday, 9 January 2010

Nasi Jagung

Nasi jagung ni dimakan bersama ayam panggang berempah yang dah bersiaran dalam entri lepas. Sesapa yg nak mencuba, ini resepinya..

Nasi Jagung
zara_klate@myresipi.com - tq
sesuai dimakan bila² mase.. dgn lauk peberet masing²..


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi - saya guna beras biasa je
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *
-sy tambah kismis

Cara-cara
1.basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2.panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3.masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4.stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5.stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
6.***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.





Thursday, 30 April 2009

Nasi Tomato & The Gang

Dua hari yang lepas, iaitu hari Rabu, ada tetamu datang ke rumah iaitu anak buah hubby n kawan2nya seramai 3 orang. Mereka ni on the way nak balik Msia dr Tehran dan transit di Dubai. Sebenarnya anak buah hubby ni dah 3 kali dah singgah ke rumah kami setiap kali dia pulang dari Tehran. Setiap kali dia datang, adalah beberapa orang kawan yang dibawanya bersama. Disebabkan mereka sampai waktu tengahari, jadi saya masaklah nasi n lauk-pauk. Pencuci mulut sekadar buah-buahan saje. Saya buat juga pengat pisang untuk makan petang. Lepas makan n solat asar, dorang pun keluar merayau untuk xtvt shopping di Old Souq n Naif.

Saya ni dah beberapa hari dah pening pikir nak masak apa untuk dorang ni. Segan jugak kat kengkawan anak buah tu sebab dorang ni senior2 belaka, maklumlah saya ni bukan pandai sangat memasak..hehee. Pikir punya pikir buat nasi tomato lah, lauk2nya takla banyak sangat. Jadi takla susah mana. Nasib baik gak hubby amik cuti hari tu, bolehla dia tolong basuh pinggan mangkuk seme. Kali ni dia bagitau awal. Pernah sekali tu dia buat lawatan mengejut, dah sampai airport dubai baru call bagitau nak datang umah, huh..haru biru saya masa tu..wakakaa..
Jadi, inilah antara lauk pauk yang sempat dimasak.

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH (kak liza, tq)

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas - tak letak
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat



Kerutup Udang(@ kerutuk?)

Resepi ni saya tukar je daripada resepi kerutuk daging (tukar kpd udang) yang saya pernah buat sebelumni.

Kerutuk Daging
oleh Makyong@myresipi.com
Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging - saya guna 1/2 kilo udang sederhana
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

*** kalau tukar kpd udang, udg tu digaul garam n serbuk kunyit dan digoreng sebntar anggaran separuh masak @ kulit bertukar kemerahan, angkat n toskan minyaknya, ketepikan. Udang ini hendaklah dimasukkan di waktu akhir, masa kuah dah memekat, kacau sebentar dan angkat. Jgn lama2 sbb udg dh pun digoreng sebelum tu, berbeza dgn daging yg memerlukan masa untuk empuk..



Pajeri Nanas

Pajeri Nanas (kakliza)-tq

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Acar Timun Karot

Papadom

Nasinya tak sempat nak posingla sebab hidang last sekali, takut sejuk pulak kalau hidang awal2. Jadinya masa tetamu dah dtg baru keluarkan nasi. Jadi xdelah gambar nasi sebab lupa dah masa tu, (tapi saya letak juga resepi nasi untuk rujukan kemudian hari) yang ada cuma yang ni je..dah siap boh dalam pinggan.Ini nasi saya nak makan dulu sebelum tetamu sampai...hehehee..sebab apa saya makan dulu? Saya dah tak tahan lapar ni.. boleh gitu?


Nasi Tomato (kakliza-tq)
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

Saturday, 25 April 2009

Birthday Card From Kak Intan dan Nasi Goreng Cendawan

Kad besday drp kak intan...


Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada kak intan kerana bersusah payah memberikan kad yg comel ini kepada saya. Minta maaf ye kak sebab lewat ambil. Apapun saya sgt2 menghargainya. semoga kak intan sentiasa dirahmati olehNYa. Buat kawan2 yg telah memberi ucapan dan mendoakan saya, teima kasih juga untuk kalian. ilebiu..muahsss..

Ok, hari ni saya buat nasi goreng cendawan untuk breakfast, tapi biasalah lunch pun bedal nasi ni gak.. Malas ler nak masak banyak kali, sekali harung sudaa..
Resepinya takde kaitan dengan mana2 nasi goreng cendawan pun sebab dibuat atas gerak hati sendiri berdasarkan bahan-bahan yang ada di rumah sajerr..







Nasi Goreng Cendawan
Bahan2:
2-3 mangkuk nasi putih
1 cawan cendawan butang fresh - dihiris
1 labu bawang besar - dipotong dadu (nak guna bwg merahpun bole aje)
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ketul kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis
1 biji telur
1/2 st lada hitam - ditumbuk
1 sb kicap manis
daun bawang/daun sup - dihiris


minyak untuk menumis
garam - jika perlu aje(saya tak letak garam langsung sebab kiub ikan bilis tu dah masin)
*sape yg suka pedas bolehlah letak cili padi yer, saya buat tak pedas sbb ada budak yg takleh makan pedas.

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan lada hitam sehingga naik bau.
Masukkan kiub ikan bilis, ikan bilis, diikuti cendawan.Goreng sampai cendawan agak layu. Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit sahaja air.
Masukkan nasi diikuti kicap, gaul hingga sebati. Pecahkan telur, tunggu keras sedikit dan kacau bersama nasi. Akhir sekali taburkan daun bawang/daun sup dan digaul bersama, tutup api. Daun bawang/daun sup tu kalau sekadar nak ditabur pun boleh ajer. Saya suka gaul sekali dalam kuali untuk wangikan nasi tu..


Kerepek Belinjau (nama betulnya Emping Belinjau-dapat teguran dari nekPP..ampun)



Heheee..ni bukan nak bagi resepi atau nak tunjuk cara membuat kerepek ni yer. Mungkin ada orang pernah makan dan ada tak pernah makan kerepek ni kan. Dulu sayapun tak tau pasal kerepek ni. Mula kenal dengan kerepek ni masa belajar dulu lah, housemate yang bernama syidah yang selalu bawa kerepek ni kalau dia balik dari kg nya di Johor. First time makan masa tu, rasa pelik dan tak berapa suka sebab kerepek ni pahit. Tapi, bila dah kawin, arwah MIL selalu buat kepek ni. Kat sekitar umah MIL banyak pokok belinjau ni. Buahnya seakan buah kopi. Pucuknya sedap dibuat masak lemak. Tapi minta maaflah, saya memang tak pernah tengokpun arwah MIL buat kepek ni sebab time kami balik kg je, kepek ni dah siap dah.

Katanya, buah belinjau tu kena rendam dulu, kemudian diketuk menjadi leper lalu dijemur. Tahan lama ni kalau disimpan dalam botol elok2. Kalau nak makan barulah digoreng. Petang-petang sambil duduk-duduk di beranda makan kepek ni sambil minum kopi panas..sekejap je abis sepinggan..hahaaa. Itulah kisahnya. Tak sangka plak duk Dubai ni pun bole jumpa kepek ni lagi, tapi mahal ler reganya. Kepek ni dijual di sebuah restoran di Karama.

Thursday, 19 February 2009

Nasi Goreng Kampung

Sarapan di pagi Jumaat...



Resepi amik drp Fp Rinn Chan. Malas nak menaip heeheee..minta izin copy daripada kak Rinn ye, thanks...

NASI GORENG KAMPUNG (Rinn Chan)-tq

Bahan-bahan:
Nasi secukupnya
Bawang besar
Bawang putih
Ciliapi, lebih pedas lebih bagus
Ikan bilis
Belacan
Kangkung
Kicap cair
1 biji telur
Garam secukup rasa
*saya tambah daun bawang utk taburan.

Cara-cara:
1. Goreng Ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan ciliapi hingga layu.
3. Masukkan belacan. Hancurkan dan goreng hingga garing sedikit.
4. Masukkan kicap cair. Kacau seketika.
5. Masukkan kangkung.
6. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata.
7. Masukkan nasi putih.
8. Buat kawah di tengah gorengan nasi dan pecahkan telur di dalam nya.
9. Gaul rata hingga menyalut nasi.
10. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.

Monday, 9 February 2009

Nasi Ayam


Nasi Ayam Spesel
oleh: junjs11@myresipi.com -tq

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk

Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair

Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.

Bahan sos
> 5biji cili merah -saya guna cili kering sbb takde cili merah segar
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air

Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup - saya guna sup bunjut adabi
@garam
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara

Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing. (saya bakar ayam tu)

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Tuesday, 27 January 2009

Nasi Lemak Ikan Bilis

Nasi lemak ni masak macam bese jer, takyahlah resepi...


Sepinggan ni leh makan dua orang..ekekeke

Thursday, 25 December 2008

Pulut Ikan Masin

Sejuk-sejuk ni pekena pulut ikan masin, memang masyukkkkkk....
Beras pulut dan nyor fresh kebetulan ada (nyor ni dah lama juga bertapa kat tempat beku tu) Cuma ikan masin mesia je la dh abis stok. So, bedal je lah kan masin dubai.
Kalau mak saya, guna ikan kedera masin, lagi sedap.. tapi duk sini, ikan masin tak banyak jenis, hantam je la, janji ikan masin..
sedapnya..makan panas2 gaul ngan nyor...pas makan, kita sambung tito..ha3x



Minta izin kak madiha yer, saya C&P resepi ni dari fp akak, malas nak taip daa..
thanks yer kak madiha..

Pulut Ikan Masin

Bahan2
3 pot beras pulut - saya masak 2 pot je
Air secukupnya
Ikan masin secukupnya
Telur dadar secukupnya
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam & gula

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak dengan ikan masin goreng, telur dadar & kelapa parut yg digaul garam & gula.
(saya tak buat pun telur dadar)

Sunday, 12 October 2008

Nasi Minyak Hujan Panas



Nasi Minyak Hujan Panas oleh Makyong@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau - saya letak kaler sikit je, tak suka banyak2

[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara:
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Tuesday, 16 September 2008

Nasi Arab Malaysia Dubai

Dah terlanjur duduk di Arab ni kenalah buat nasi Arab, kan...Tapi resepi nasi ni import dari mesia iaitu dari fp kakliza. Sedap nasi ni, walaupun tak semua bahan ada. Hubbyku mmg payah nak tambah nasi, tapi makan nasi ni dia tambah.. padahal buat lauk simple je.. ayam masak merah.




Inilah resepinya...
NASI ARAB (thanks, kakliza )

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan] - sy guna beras milagrosa, beras wangi thai
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori



Ayam Masak Merah (3 orang makan), sempoi punya!!

Bahan-bahan:
8 ketul ayam sederhana besar - dibersihkan, digaul garam & kunyit dan digoreng kekuningan
1 batang serai diketuk
1 labu bawang besar - dipotong bulat (lupa nak bubuh )
3 sb sos cili
2 sb sos tomato
cili merah / hijau - potong serong, optional
sedikit kacang peas, optional
jus asam jawa
garam
gula
minyak
sedikit air

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering (tambah/kurangkan ikut suka)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar dan serai hingga garing. Masukkan sos cili dan sos tomato, diikuti jus asam jawa. Bila dah pekat, tambah air jika perlu. Setelah itu masukkan ayam, hirisan bawang, kacang peas, garam, gula Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.


hidangan untuk iftar hari ni, nasi arab seadanya..

Wednesday, 10 September 2008

Nasi Ayam Belanga

Nasi ayam yang sonang dan cepat. Nasi ayam ni kalau malas nak buat laukpun ok je sebab kat dalam nasi ni dah ada ayamnya. Resepi drp kak Rinnchan, tq ya..



NASI AYAM BELANGA (kak rinn)
Sumber : Buku Resipi Tradisional KELUARGA

Bahan-bahan:
2 pot beras
2 sudu besar minyak sapi ( Ganti dengan majerin pun boleh... )
Rempah tumis..Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis, jintan putih.
1/2 ekor ayam, direbus dengan air secukupnya
Garam seukup rasa
1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap manis

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil2. Rebus ayam + garam + serai sampai empuk. Simpan air stoknya untuk memasak nasi.
2. Basuh beras dan toskan airnya.
3. Perap ayam seketika dengan halia + bwg putih yg telah ditumbuk. Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
4. Panaskan minyak sapi dalam periuk/belanga dan tumiskan bahan2 rempah hingga naik bau wangi. Masukkan beras dan kacau2 seketika. Terus tuangkan air stok ayam.
5. Bila nasi hampir masak, susun ayam atas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga tanak. Sesekali elok di kacau supaya rata masaknya.

Cara hidang :
** Boleh dihidang begitu saja bersama sup lebihan air rebusan ayam, kicap cair + cili padi dan cili sos cair + tumbukan sedikit halia.


saya cuma tambah ayam goreng je ngan ulam2 sikit..dah boleh makan..he2

Monday, 25 August 2008

Nasi Lemak Sambal Udang Petai



Nasi lemak ni sapa2pun tau buat kan..



Sambal ni pun samalah, semua orang tau buat, mungkin cara masing-masing je yang berlainan kan.

Sambal Udang Petai (untuk 2-3 org makan)
bahan-bahan:
udang secukupnya - dibersihkan (buang kepala dan urat belakangnya)
isi petai secukupnya
4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 sb pes cili @ cili kering kisar
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 labu bawang besar-hiris bulat
air asam jawa
garam
gula (sedikit sahaja jika perlu, sbb sos cili dan sos tomato agak manis)
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebentar, tambah air dan biarkan kuah memekat.
3. Masukkan isi petai diikuti dengan udang.
4. Kemudian, masukkan bawang besar, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sebentar, tutup api.

Tuesday, 12 August 2008

Pulut Kuning dan Rendang Ayam



PULUT KUNING (kakliza) thanks k.liza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.



Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar
2 cawan santan pekat - kalau suka rendang yg berkuah, sediakan 1/2 cawan lagi sbg tambahan.
1/2 cawan kerisik
garam
gula
1-2 helai daun kunyit - dihiris halus

bahan utk dikisar:
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 sb pes cili
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
3 batang serai - dihiris halus

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan renihkan selama 1/2 jam hingga kuah memekat. Sambil tu, balik2kan ayam itu supaya rata & bersebati dgn semua bahan.
2. Masukkan kerisik. Perasakan garam dan gula. Gaul sebati dan kecilkan api.
3. Taburkan daun kunyit dan kacau supaya bercampur dengan ayam dan tutup api. Hidangler sesuka ati.

*** Ini rendang ayam stail org perak punye ni, takyah tumis2 dan ayam pun takyah nak goreng dulu. Mak saya yg kata. Masuk sekali arung jer gitu sonang koje

Thursday, 7 August 2008

Nasi Goreng Coriander/Daun Ketumbar

Dulu, saya ni anti bukan main ngan daun coriander aka ketumbar ni.. Kalau tergigit je daun ni esp. masa makan tomyam kat kedai2 makan tu, wahh, bengang giler. Bau daun ni macam bau kesing (kesing tu sejenis serangga yg duduk kat pokok padi tu). Tapi semuanya berubah bila dah duduk di dubai ni. Sini mana lah ada daun sup. So, kalau buat sup tu, terpaksa lah gantikan daun sup ngan daun yg bau kesing ni, dah selalu sgt duk tergigit daun ni, bau kesingpun dah bertukar jadi sedap, lama2 jadi suka lah pulak...begitulah ceriternya...Sekarang kalu buat nasi goreng keje nak boh daun ni jerrrrr....hohoo..Ekceli nasi goreng ni sempoi jer, sesuai sgt utk org yg malas macam ni Sape nak try sila2 lah yer..........



Nasi Goreng Coriander

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang karot - dihiris nipis
1/2 cawan isi jagung
1/2 buku kiub ikan bilis
1 biji telur
1 sb kicap manis
1 sk lada sulah
1 pokok coriander / ketumbar - di hiris2
garam - jika perlu
minyak

*** kalu nak tambah udang @ ayampun boleh aje..sendiri buat sendiri yg makan, taruk jerr


Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan lada sulah, kiub ikan bilis & telur. Biarkan telur masak sedikit barulah kacau.
3. Masukkan karot dan jagung.
5. Masukkan nasi, gaul hingga sebati.
6. Masukkan daun corriander, gaul dan tutup api.
7. Hidang ler...

*** Nasi goreng yg sesuai untuk mereka yg tak suka makan pedas.

Wednesday, 7 May 2008

Nasi Goreng Tomyam



Sedap nasi goreng ni, tak caya try..Saya dah beberapa kali dah buat nasi gorengni.

NASI GORENG TOMYAM KAK LIZA (thanks kakliza))

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.

Saturday, 3 May 2008

Nasi Karot

Nasi ni pun sedap juga. Sesuai sangat untuk yang gemar makan karot tu macam muaz..hehe..lauknya pula ikut suka. Saya buat ayam bakar dan acar untuk lawan dengan nasi ni.



NASI CARROT
Sumber Fp K.Liza, tq K.liza...

[b]bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam

Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.