Followers

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, 7 January 2010

Perasmian Gilang-gemilang Burj Khalifa


Ada rakan2 yg minta nak tengok gambar2 upacara perasmian bangunan tertinggi di dunia baru2 ni. Jadi saya upload di sini beberapa keping gambar tersebut, Gambar2 ni bukan saya yang snap sendiri ye, tapi saya dapat melalui emel. Saya tak pergi pun masa hari kejadian tu. Yelah, masa hari kejadian tu orang berasak2, ada yg sampai bertolak2 uuu.. ku tak sanggup nak berasak2 gitu plus bau yg mcm2 ada sudahla tentu..Apa taknya kat dubaini bukan ada pak arab je, pak bangla, pak paki, pak khan, pak thambi, pak pinoy, pak segala macam pak ada d sini, dah tentu mcm2 bau keluar, bau beriyani, bau unta, bau kari, bau kambin, bau tempoyak.....fenin..haha...

























Lenguh jugak nak dongak kepala kalau nak tengok puncak dia..
Mulanya dikenali sebagai Burj Dubai, sekarang tukar nama Burj Khalifa pulak.. Ermmm..ada sebab tu tukar nama, kalu nak tau, google sendiri ye..hihi..
Secara peribadinya, saya suka lagi rekabentuk bangunan KLCC.
Walaubagaimanapun, saya berbanggalah juga kerana sebuah negara islam berjaya membina bangunan yg tertinggi ni walaupun tengah nazak berhutang sekarang ni, ahakkkss..
Nazak2 pun bunga api memang tak kalah, abih berapa juta tak taula buat bakar duit tu. Kesian kat negara2 Islam yang miskin dan sedang dilanda masalah peperangan yg tak berkesudahan..renung2kanlah..



































Pancaran bunga api masa malam perasmian Burj Khalifa, 4Jan 2010.
Gabungan bunga api dan dancing fountan di kaki Burj Khalifa sungguhla cantik sekali.
Sebenarnya banyak lagi gambar2 yg cantik, sape yg teringin nak tengok bolehla google kat image ya..






























































































































































Friday, 5 June 2009

Apa Nak Jadi nii...???????

Geram tak terkata bila baca berita pagi ni. Ini bukan kes pertama, sebelum ni pun berlambak kes seumpama ni yang selalu kita baca dan dengar. Saya rasa sesiapa yang baca berita ni pun tentu akan berasa geram dan marah sangat, apatah lagi ibu bapa atau ahli keluarga kanak2 yang tak bersalah ini..

‘Datuk setan’ perkosa cucu
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: ‘Datuk segala setan’ gelaran paling tepat diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.

Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.

Perbuatan kejam keempat-empat suspek selama hampir tiga minggu hanya berakhir apabila disedari seorang jiran yang menyedari perubahan fizikal dan mental mangsa.

Mulanya kanak-kanak itu enggan bercerita, tetapi selepas dipujuk jiran berkenaan, akhirnya mengadu mengalami kesakitan melampau di kemaluannya.

Terkejut dengan pengakuan itu, jiran terbabit memujuknya membenarkan dia melihat kemaluan mangsa untuk dirawat.

Selepas diperiksa, jiran berkenaan sekali lagi terkejut apabila melihat ada kesan luka teruk di kemaluan mangsa.

Mengesyaki ia disebabkan perbuatan terkutuk datuk mangsa, jiran berkenaan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selepas berbincang, JKKK membuat laporan di Balai Polis Langkap pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata bertindak atas laporan itu, seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga datuk mangsa ditahan untuk siasatan, diikuti penahanan dua lagi lelaki masing-masing berusia 42 dan 29 tahun.

“Seorang lagi suspek berusia 40-an masih diburu polis selepas dipercayai menghilangkan diri apabila mengetahui penahanan tiga suspek terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek berusia 29 tahun itu anak angkat kepada datuk mangsa. Mangsa menjadi habuan keempat-empat suspek selama tiga minggu sebelum terbongkar 28 Mei lalu.

“Ketiga-tiga suspek kini direman untuk membantu siasatan. Dua daripada suspek yang ditahan juga dipercayai penagih dadah,” katanya.

Menurut Goh, mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan dan laporan hospital menunjukkan terdapat kesan koyak di kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.

Katanya, polis juga akan mendapatkan bantuan khas iaitu daripada Unit Perlindungan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran dalam mengumpul keterangan daripada mangsa bawah umur.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090605033513/Article/index_html


Hukuman apa yang sepatutnya dijatuhkan kepada manusia bertopengkan setan ni? fikir-fikirkanlah..