Followers

Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Tuesday, 8 June 2010

Buah Ganarek

Salam....
Tentu anda tak pernah dengar nama buahni kan. Buahni asalnya dari negara Lebanon. Sebelumni pernah nampak beberapa kali buahni dijual di pasaraya, tapi tak tergerak hati nak beli. Baru2ni nampak lagi buahni, terasa pulak nak beli. Bukan apa, buah2 pelik macamni kena cuba rasa sebab nak jumpa di Malaysia mungkin tidak ada. Di sinipun buahni jarang2 ada, agaknya buahni pun ada musim juga. Adapun tak banyak, harga boleh tahan mahal juga walaupun tak menarik pada pandangan mata. Orang tengokpun tak terliur sangatla. Dari segi rupa luaran nampak seperti buah tomato yang masih muda. macam rupa buah bidarapun ada. Rasanya masam.. Mungkin kalau buahni dah masak manislah agaknya.
Mula-mula nak makan gitu jer..bila gigit sikit, aWWwww.... maSaAAAMmmmmm.....nyaaaa!! Maka, terhasillah jeruk ni......
-
-
-
-
-
Saya buat jerukni senang jer..ikut stail mak saya buat. Mula-mula, cuci bersih buah-buahan yang nak dijeruk tu (tak kiralah buah apapun yang sesuai..). Kemudian, belah ikut suka, nak buang biji ke tak buangpun ikut suka. Rendam dalam air garam semalaman (air jgn letak banyak, sekadar tenggelam buah cukuplah). Sukatan garam terpulang, tapi lebihkan pun takpe sebab nanti nak buang airnya. Keesokannya buang air garam, bilas buah dan toskan. Masukkan buah dalam bekas yang berpenutup. Masak air gula, sukatan gula juga ikut citarasa masing2. Tuang air gula dalam bekas yg berisi buah tadi. Simpan semalaman, esoknya dah boleh makan. Ermmm... sedap, rangup dan selamat sebab tanpa bahan kimia.
Mungkin lain orang, lain caranya kan.. Cara saya ni yang paling senang. Kadang-kadang mak saya celur buah sekejap sebelum rendam dalam air garam terutamanya buah yang ada getah seperti buah mangga/ buah kundang (buah staq). Buah yang saya guna ni takde getah, jadi saya tak celurpun.

Kejap jer habis...makan sensorang je sebab orang lain dalam rumahni tak gemar makan buah masam/jeruk.. hoho...bestnya...theeeheeeeheee..

Thursday, 25 March 2010

Fruits Salad lagi...

Salam untuk semua..

Cuaca kat sinipun dah mula suam-suam panas. Bermakna tak lama lagi kenalah berkurung di siang hari, petang atau malam baru boleh merayap..huhu..
Apa nak buatkan...berkurungpun takpelah kiah, janji ada benda yang boleh dikunyah.. :p hmmm.... asyik nak mengunyah jerrr... Jomlah kita makan buah banyak2, boleh diet..hahhah..




Muazla nih, suruh mama buat fruits salad yang sama macam yang dia buat kat sekolah masa aktiviti 'cookery' dia. Cikgu dia ajar buat buat benda2 yang senang2 jer macam sandwich, salad.. yang lain ntah.. mamapun lupa da.. Bukan susahpun buah2 campur susu pekat manis. Layan jer laa..

Sudi-sudikan ye...

Wednesday, 27 January 2010

Rojak Buah (moden)

Salam semua...

Kuah rojak dah lama tersimpan dalam peti ais sampai sayapun terlupa kewujudannya. Mula2 nak makan ngan anggur hijau dan epal hijau je. Dah siap campur epal dan anggur tu nampak tak menarik pulok sebab dua-dua kaler sama jer... (tu dia aih..nak makanpun nak berkaler2, heheh..) takpalah layan jer la..buah2pun kalau dibiarkan dalam petiais tu nanti busuk pulak. Maka, sayapun campurla buah stroberi dan aprikot pulak dalam rojak tu. Aprikot tu sebenarnya tak best nak makan gitu2 sebab tak berapa manis, jadi elokla kurojakkan..huhu..





Kuah rojakni agak cair sikit (yg ni bukan jenama mak bee). Sebenarnya saya je yg suka layan makan2 macamni, hubby mmg tak berapa suka. Muaz pulak, bau kuah rojak ni jer dia dah tutup hidung. Hmmm...tak biasa makan macam tu lah gamaknya.. Ok gakla, so mama buleh melantak rojakni sowang2..muwakakaa..



Akhirnya, buah-buahan 'mat saleh' ni dah kena simbah ngan kuah belacan..ha.ha..
***Kalau ikutkan buah2 kampung lagilah sedap buat rojakni, tapi kat sini buah kg susah kit nak dapat..jd guna buah yg ada ajelahh..

Friday, 22 January 2010

Kek Epal Dari Syurga

Salam semua...

Ishh3.....nama kek ni memang sungguhla kontroversi dan gempak gitu..menarik dan tertarik mendengarnya. Teruja nak menerai ni lepas tengok kekni kat umah Kak Zai. Lagipun saya memang jarang buat kek yang ada buah, asyik duk buat kek cekelat jer manjang...maklumla hantu kek cekelat ada dlm rumahni.

So, malam tadi, sayapun buatla kekni, senang sikit sbb semalam cuti, jadi ada hubby boleh tengokkan Mufid. Saya buat dua bekas (tapi 1 adunan je) senang sikit..satu bekas dah selamat malam tu jugak..heheh..(saya ngan hubby yg pulun makan, Muaz makan sepotong je, dia ni minat yg ada cekelat je) dan satu bekas lagi saya nak balas tupperware kawan saya yg dah berkurun kusimpan dlm kabinet..huhu..sian kat kawan saya tu, apalah teruk betulla saya ni kan..



Gambar tak berapa elokla sebab masa duk amik gambarni Mufid pulak pulun teghiak..haiyaa Mufid pulak disalahkan...ish3


KEK EPAL DARI SYURGA
sumber: Alex Goh -copy drp blog K.Zai, tq

Bahan-bahannya

Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana - sy guna yg kaler kuning sbb tu x nmpk
1/2 tsp serbuk kayu manis - x bubuhpun

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.

Salad Buah

Makan banyak buah-buahan memang bagus untuk kesihatan. Kalau rasa rajin sikit (sikit je..) bolehla buat salad buah macamni. Kalau malas.. kupas dan ngap jer, lagi senang kan..hihi..


Saya letak yogurt stoberi, campur dengan buah-buahan dan gaul sebati, siapp....Terpulanglah nak guna buah apapun asalkan sesuai..jgn guna buah kelapa sawit sudahh..hu..hu..

Friday, 8 January 2010

Satay Buah..

Nak makan satay ayam daku malas nak buattt............
Makan je la satay buah ni, satay jugak kann....huhu..
Sebenarnya ni la 'jajan' muaz masa cuti sekolah baru2ni.
Tanda mak dia malas nak ke dapo....




















senangkan buat satayni.. takyah kipas2, takyah panas2.. eheeee..
jom makan, amik sorang satu!











Wednesday, 25 February 2009

Buah Kundang a.k.a Buah Star



Buah kundang ni tak seperti buah-buah tropika yang lain kerana memang jarang sangat terdapat di Dubai ni. Kalau di utara buah ni dikenali sebagai buah star/buah staq. Bijinya kaler purple..
Kat kampung pun ada pokok ni, tapi bentuknya bulat-bulat dan rasanya agak masam sikit. Buah yang muda sedap kalau dibuat cicah atau buat jeruk, tambah2 lagi kalau yg belum ada sabutnya. Teringat zaman dulu, duduk berkumpul dengan anak-anak buah menyicah buah ni lah, buat cicah garam belacan + cili padi..pergghhh..makan sampai ngilu gigi sebab masam.

Tapi, yang ni mungkin dari Thailand, buahnya lonjong2 sikit dan tersangatlah manisnya.. Dah nak jadi rezeki saya kut, masa gi grocery dekat umah haritu ternampaklah buah ni dekat rak, ada satu pek aje yang tinggal..maka terus kurembat. Cadang nak makan cicah kicap n gula. Rupa2nya buah ni manis, jadi tak payah cicah2, makan gitu pun boleh.Tapi tak peduli gak, nak cicah gak...muahaahaaa...
Jom kita ramai-ramai menyicah buah staq.. (er..tak ramai pun, saya sorang je..huhuu)