Sedap, ringkas dan kenyang. Tiga perkataan untuk menggambarkan makanan yg satu nih..
Buat 3 bijik jeh, makan sorang satu..jangan rebut2! Mufid belum boleh nganga luas, so dia tengok jer lah.. pektis dulu cara nak nganga yer mufid, baru bley makan coney dog ni..:p
Terima kasih kpd empunya resepi iaitu kak fida@myresipi. Minta izin untuk cnp resepi di sini pula..tq.
CONNEY DOG
resepi:fidadaud@myresepi.com
(QTTY: 10 biji )- saya buat agak2 untuk 3 orang makan je..
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter
CARA:
SOS:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan msk sehingga agak-agak rempah masak.
3. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
4. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
5. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
6. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya

Saya suka sayur, jadi saya tambahla salad dan juga tomato.
















