Followers

Showing posts with label Kuah/Pencicah. Show all posts
Showing posts with label Kuah/Pencicah. Show all posts

Friday, 7 May 2010

Rojak Petis

 Assalamualaikum.....

Sejak berpindah rumahni, internet tak berapa elok sangat, payah betul nak buka blog. Nak meronda blog kengkawanpun jadi terbantut. Ditambah pulak dengan masalah laptop ni yang suka sangat off sendiri secara tiba2..geram jerrrrr... sabar je la.. layan rojak petis laggggiii bagusss..ngeeee~
First time buat dan makan rojak petis ni tau. Duk Malaysiapun tak pernah makan rojak ni. Rojak buah saya taula.. Petisni pun dapat daripada seorang kawan..terima kasih banyak2. Resepini pulak daripada sifu terkenal Mat Gebu. Terima kasih yer..sedapppp.. Tengahari tadi kami tak makan nasipun, meratah rojak petis ni jerrrr....


Sengkuang memang takde di Dubai ni..campak bahan yang ada je lah kan...





Rojak Petis CMG

BAHAN SOS PETIS :-)

1 botol kecil petis
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat

BAHAN TAMBAHAN :-)

Kacang tanah tumbuk
Jus asam jawa
Kicap cair
Gula
Cili padi, dikisar halus

BAHAN ROJAK :-)

Kangkung, siang, cuci dan celur, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur, toskan
Tauhu, digoreng dan hiris
Timun, cuci dan hiris
Nenas, kupas, dan hiris
Sengkuang, kupas, cuci dan hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan sos petis, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan reneh hingga sos petis memekat, kacau sekali sekala. Matikan api dan biar sejuk.

2.UNTUK KUAH ROJAK :- Ambil 4 - 5 camca besar sos petis dan satukan dengan kacang tanah, cili padi (agak2 yea..kalau nak pedas atau tidak), gula dan sedikit jus asam jawa. Kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah kicap cair. Pendek kata pandai2 lah sesuaikan rasa.

3.UNTUK ROJAK PETIS :- Satukan bahan rojak (yang ni pun pandai2 juga lah agak, supaya sepadan dengan banyak mana kuah rojak yang anda buat tadi) dan gaul rata. Alih ke dalam pinggan sesuai dan jika suka tabur sedikit lagi kacang tumbuk sebelum dihidangkan


Sepinggan ni makan dua orang....tapi tak cukup...tambah lagi dan lagi.. heeeeeeee....

Sunday, 2 May 2010

Popia Basah

Dah lama sebenarnya tak buat popia basahni. Kali terakhir buat masa bulan posa tahun lepas. Hah, lama sungguh tuuu... Tiba2 rasa teringin sangat2 nak makan. Apa lagi buatla.. punyalah tak sabar nak makan tau. Siap je kulit sekeping..terus masukkan inti, gulung dan masuk mulut.. wallaaaa...sedap sungguh! memang sedapla pada tekak saya sendiri. Pastu siap lagi sekeping..masukkan inti, gulung dan ngapp lagi. Amboii..sampai tak sempat nak hidangla 3-4 keping yg pertama tu..abih kat tukang gulung jer..mihahaaa.. Thanks bebanyak kpd kak Umi_e krn berkongsi resepini..


Popia Basah (umi_e@myresipi.com)
Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka - sy gantikan jus lemon
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara (untuk melihat cara membuat step by step, boleh lihat di myresipi.com )

campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan

*** untuk kuah, saya ada tambah beberapa biji buah kurma (ambil isinya), lenyek sampai hancur @ blend je sekali ngan cili dan masukkan dalam kuah- tips daripada umieaisyah kalau xsilap saya. thanks ye aisyah..





Wednesday, 3 March 2010

Tauhu Sumbat

Terlioq tengok tauhu sumbat di merata2...
Sebenarnya selalu jugak beli tauhu, tapi guna untuk masukkan dalam mee/mihun jer..malas betul nak buat tauhu sumbatni.. Bila tengok orang lain duk buat, mulalah teringin nak makan. Baru2ni tengok puan abbot buat tauhu sumbat makan dgn sos popia resepi Kak Nor... sungguhla terliur.. Maka, sayapun makan tauhu sumbat kalini dgn sos popia resepi Kak Nor jugak...waahhhh..sedap betul. Thanks K.Nor kerana berkongsi resepi dan Abbot kerana bg idea..

Sos Popia -Kak Nor

5 sudu besar cili mesin
2 cawan air
1 sudu besar kicap manis
nisan/gula melaka
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan.




Tuesday, 22 December 2009

Ikan Pari Bakar

Ikan pari memang kurang popular di sini, sungguh payah nak jumpa ikan ni. Ikan jerung lagi senang nak jumpa dari ikan pari (orang sini makan jerung oo.. kat pasar banyak jual anak2 jerung). Klau kat mesia menimbun ikan pari kat pasar kan.. Baru-baruni hb perasan ada ikan pari kat pasar yang dia selalu pegi tu. Diapun rembatlah seekor. Adapun 2 ekor je masa tu.(kalau iye pun rembatlah dua2 sekali..ishhhh2). Maka, sayapun bakarlah ikan ni sebab dah lama merindu ikan pari bakar... cicah dengan air asam..perghh...nyaris2 nasi abes seperiuk. mihahaa...

Bakar biasa2 jer..perap ikan ni ngan garam, serbuk kunyit, air asam jawa dan pes cili sikit. Balut ngan aluminium foil (sbb xde daun pisang) pastu bakar dlm oven.Ikan ni kena cuci betul2, saya guna air lemon dan tepung untuk cuci ikan ni. Mak saya ajar guna tepung(+air sikit) untuk cuci ikan/ayam (selain drp guna asam).





si penjual ikan kat pasar tu potong ikan ni kecik-kecik bebenor..hmmm..hantam je lah labuu..


Saya suka air asam yang ada kerisik, memang best. Selain daripada pekat, rasapun lain dari lain..tak caya cubalaa.. (boleh cicah daging bakar/daging rebus juga)

Air Asam

Bahan-Bahan:

Asam jawa (agak2 je nak banyak mana, rendam kejap dlm sedikit air panas, amik jusnya)
1 biji limau kasturi/lemon/limau nipis (amik jusnya)
5-6 tangkai cili padi(boleh tambah ikut suka)- hiris halus
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 inci belacan
1 sk kerisik
1 sb gula
1 sk garam

Cara:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, tekan2 dgn menggunakan garfu hingga semua bahan nampak sebati.Nak guna cara apapun xkisah, janji sebati dan tergaul semua bahan tu..selamat mencuba...

Monday, 16 March 2009

Cucur Udang

Saya buat cucur udang ni sebenarnya kes terliur nak makan Pasembor Kodiang Cik Mat Gebu tu lah. Punyalah berangan pagi-pagi buat cucur udang ni untuk bekpes, petang pulak nak buat pasembor guna cucur udang yang berlebih ni lah. Tup-tup..bila dah petang, mai angin malas pulak dah. Hmm..memang tak dapek den nak tolong..huhuuu... Maka terbengkalai sudah projek pasembor itew..nasib baik..kuahnya belum buat lagi..hwaahuarggaagaa...

Cucur Udang (Mat Gebu)-tq

BAHAN UNTUK CUCUR :-)
250 g tepung gandum
*3/4 camca besar baking powder
*3/4 camca teh soda bikarbonate
*(*gaul rata dan ayak)
300 ml air rebusan kepala+kulit udang
10 - 15 ekor udang
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
30 g kuchai, dihiris - takde stok
50 g taugeh, ramas sedikit -takde stok

BAHAN SOS :-)
8 biji cili merah
2-3 ulas bawang putih
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka makan
4 camca besar sos ikan
Sedikit kacang tumbuk (mat guna bijan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
*** Saya memang takde acuan, just ambil sesenduk adunan, tuang dalam minyak panas tu, bagi bulat dan nipiskan sikit, letak udang atasnya..


UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

***Saya tak buat sos pencicah seperti di atas kerana saya masih ada stok kuah yong tau fu haritu (memang sengaja buat lebih, simpan dlm freezer). Jadi saya makan cucur udang ni dengan kuah yong tau fu tu lah, tambah sedikit sos cili dalam kuah tu..mmm..yummy!!

Friday, 6 March 2009

Yong Tau Fu




Terlebih dahulu diucapkan salam maulidurrasul untuk semua..
Bersempena dengan cuti hari ni, saya pun buatlah projek yong tau fu yang dah lama tertangguh ni. Sejak tengok kat fp mamasya aritu la. Tangguh punya tangguh, hari ni lah baru berjaya buat..wakakaa..

Mulanya nak buat fishball, pastu tak jadi (malaspun ye) sebab tengok hubby ada beli chicken meatball, sosej dan telur puyuh. Walaupun bahan-bahan lain takde kat sini, tapi cukuplah untuk melepaskan kempunan nak makan. Kangkung memang dah ada stok kat peti sejuk tu. So, tunggu apa lagi, didihkan air, masukkan bahan-bahan ni macam biasa. Untuk kangkung, saya belah dulu batangnya, rendam dalam air garam sebelum dicelur. Bukan apa, risau gak ada makhluk asing dalam batang kangkung..huhuu..

Resepi untuk kuah saya ambil daripada Minarmi133@myresepi. Minta izin untuk copy di sini, terima kasih ya..
So, sesiapa yang nak cuba, jangan tunggu lama2 ye..

Kuah yong tau fu

minami133@myresipi.com
untuk mereka yang berada di jepun khasnya, enak dimakan bersama chikuwa, kanikama, maruten dll......

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto - saya tak bubuh

Cara-cara
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Tuesday, 10 February 2009

Sambal Pelam/Mangga



Sambal Pelam aka mangga

Bahan-bahan: (xde sukatan, boleh main campak sukati je dlm lesung tu )
buah pelam yg masak dihiris nipis.. amik isi jer, bijik buang
cili merah (saya tak bubuh, susah nak dapat kat sini)
cili padi
belacan
buah tomato (dihiris nipis)- saya guna 1/2 biji
asam jawa/jus limau
gula/garam

Cara-cara:
Tumbuk cili, belacan, gula, garam hingga lumat, kemudian barulah mangga & tomato (mangga & tomato kena tumbuk last sbb takut terpercik . Akhir sekali masukkan jus asam jawa, gula & garam. Cicah dgn ulam2an.

Sunday, 23 November 2008

Satay



Sate Ayam [stail bakar dalam oven]
Sumber: Hanieliza

Bahan-bahan:
500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
1 s/b gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

Cara-cara:
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam.
2. Masukkan ayam yang telah diperapkan dalam loyang dan bakarkan dalam oven suhu 200'C selama 30 minit.
3. Hidangkan bersama bahan tambahan dan Kuah Kacang.

Nota:
Kak Liza suka makan satay ayam tapi agak leceh nak bakar seperti yang dijual jadi selalunya kak liza bakar sahaja dalam oven. Kalau digoreng nanti berminyak pula tapi ada juga sekali sekala kak liza gorengkan.

Sekiranya nak digoreng [boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato]
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diperapkan. Masukkan bawang besar dan lada merah yang dipotong kecil.


Walaupun kuah kacang ni ialah kuah kacang untuk nasi himpit, tapi tak salah rasanya kalau dicicah satay gak..belasah je, sodap pun..

Kuah kacang momma mia aka kak yati

bahan2nya..
bawang merah 9 biji atau
bawang merah besar 3 biji ikut suka
~ momma mia guna bwang beso sbb sonang nk kupass..

bawang putih 7 biji ikut suka
belacan dalam 2 or 3 inci
halia
cili kering ikut suka
kalau guna yg serbuk dlm 5 tbspn or 7 tspn
udang kering 3 tbspn
ikan bilis "
semuanya diblender

serai dalam 2/3 batang dititik
lengkuas dititik
air asam jawa atau asam keping

gula
gula merah
garam
aji kalau suka
semuanya ikut suka

kacang tanah disangai atau digoreng dgn sedikit minyak
dibuang kulit atau tidak..ponnn ikut sukaa..
kemudian dibelender atau ditumbukkk ponnn ikut suka!

cara2nya
1. Tumis serai + lengkuas + bahan2 yg dibelender tadi sehingga pecah minyak...maksudnya masak sambal tu sampai betul2 masak

2. Masukkan kacang tanah yg sudah diblender tadi..kemudian

3. Masukkan air asam jawa atau asam keping + gula+ gula merah atau gula melaka + garam..semuanya ikut suka..ikut selera sediri yer puan puan sekelian..


NOTE:
KEPEKATAN KUAH SAMBAL KACANG dan KEHALUSAN KACANG TANAH YG DIBELENDER ATAU DITUMBUK ~ ikut suka hati masing2 yerr..
itu sahaja..manyak sonangg tuu...cubak yerkk..!!

Thursday, 25 September 2008

Colek Daging Panggang

Kalau dah tak tau nak masak apa dengan daging, cubalah buat ni. Gerenti terangkat! dan berasap tinger....!!



COLEK DAGING PANGGANG (Shima...tq )

daging batang pinang - dipotong kiub2 besar...lumurkan garam + kunyit + serbuk ketumbar = perap at least 30min

colek:
cili padi secukupnyer - dikisar (i bubuh 5-6 biji)
1-2 biji cili masak - dikisar
1 inchi belacan (dibakar) - dikisar
sos cili & tomato secukup rasa (utk pekatkan colek)
1 biji tomato - dicincang
1 labu bwg besar dicincang
daun coriander/ketumbar - dicincang
lemon juice secukup rasa (buleh jgak nak gantikan ngan air asam jawa pekat)
2 sudu besar nampla/minyak ikan
garam & gula secukup rasa
extra air masak (tuk kuah colek)
* Saya tambah 1/2 sb kerisik.

CARA:
1. daging yg telah diperap dipanggang atas grill hingga masak ( i prefer medium) - saya bakar atas pan jer
2. sementara tuh, satukan bhn2 kisar dgn bhn2 lain dlm mangkuk...gaul sebati...adjust rasa & kepekatan colek...kalau cair sgt tambah lg sos cili & tomato...
3. hidang daging panggang dihiris nipis bersama colek...



Friday, 5 September 2008

Sotong Goreng Bersos Serai



Sedap tau sotong ni, berebut kami makan dua orang..Eh, nape 2 orang je? Besela dak Muaz tu mama dia masak apapun dia tak heran, telur jugak menjadi pojaan hati dia..

SOTONG GORENG BERSOS SERAI (Mat Gebu)-tq

Bahan Utama:-
700 g sotong
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
saya tambah sebiji telur utk salut

Bahan Sos Serai:-
1 batang serai, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar jus lemon
1 1/2 camca besar "Hoisin Sos"
1 camca teh sos ikan (nampla) - saya tak letak ni
1 1/2 camca besar jus asam jawa
1 camca teh gula
1 biji cili padi, cincang halus

Cara membuatnya:-

UNTUK SOTONG GORENG:-Belah sotong dan potong besar2, cuci bersih dan toskan hingga betul2 kering, kalau perlu lap dengan paper towel. Gaul dengan garam dan lada sulah. Perap 10 minit.
Sedikan frying pan (kuali bontot rata), tuang minyak kurang lebih 1 cawan. Bila minyak panas, ambil sekeping sotong, golek2kan atas tepung gandum hingga rata dan goreng hingga kuning keemasan. 700g sotong tadi buat 4 - 5 kali goreng. Tambah minyak jika kurang. Angkat dan toskan atas paper towel.

UNTUK SOS SERAI:- Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 sos dan gaul hingga semua rata dan mesra. Hidangkan bersama2 sotong tadi. Jika tak suka pedas, tak payah letak cili padi dalam sos tadi..

Tuesday, 19 August 2008

Ayam Panggang Berempah

Ini menu hari sabtu 2 minggu yg lepas. Mula2 plan nak buat ayam panggang rosemary yg tengah hot tu, tapi terpaksa dikanselkan. Sebab apa? Hmmmm...sebabnya hubby ku taktau apa tu rosemary . Hari sabtu tu, hub nak ke kedai beli barang. Saya dah siap bagi list barang utk dibeli. Sebelum kuar rumah, dia tanya, "rosemary tu menatang apa?". Soklan cepumas ni lah menyebabkan ku tepaksa menganselkan hajat di hati nak buat ayam panggang rosemary itew.. Malas nak nyusahkan dia duk tercari2 tak jumpa kang sian lak. Next time pi kedai kena beli sendiri. So, dah nak buat ayam panggang kan, kena wat gak la tapi tukar menu, jadilah ayam panggang berempah ni, resepi dr kakliza. Memang tak rugilah buat ayam panggang ni, sedap sgt makan ngan sos lada hitam tu. Cuma tak complete sbb takdak coselow (ni kes malas la ni) . Mintak izin kopipes resepi ye kak liza..




AYAM PANGGANG BEREMPAH (kakliza) thanks k.liza

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan] - saya guna ayam 900g je..

bahan mesin
10 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula
1 s/b minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad


SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.