Followers

Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Monday, 5 April 2010

Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum...

Spring break dah melabuhkan tirainya. Sepanjang cuti yang lalu, saya sibuk sikit, ntah apa yang disibukkan tak tahula... ekeke...

Nak menaip pun takde mood. Nanti ada kesempatan saya singgah umah kengkawan yer. Ada yg bagi award tu saya ucapkan berbanyak2 terima kasih. Maaf kerana tak sempat lagi nak pi ambil. Harini tayang menu ringkas ni jer la. Resipi ini diambil daripada Koleksi Resepi Diana. Tuanpunya resepi ialah MD. Terima kasih kepada kedua2nya. Minta izin cnp yer. Maaf juga kerana ada tambah bahan ikut selera.

SOTONG GORENG TEPUNG MD
Sumber: MD (FRD)

Bahan-bahannya
Beberapa Sotong saiz sederhana
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung beras (boleh diganti dgn tepung jagung or tepung kentang)
1 sudu kecil serbuk kari ( boleh tambah klu nak lg pedas)
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder
***saya tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan dan serbuk cili

Cara-caranya
Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah. buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jgn terlalu cair, mcm batter nak goreng pisang. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. makan panas-panas dan cicah dengan sos cili, mmg terangkatlah... selamat mencuba.


Saya guna bahagian janggut sotong jer ni sebab bahagian ni memang sedap dibuat goreng tepung. Masa mula2 hubby tengok saya goreng sepinggan penuhni dia kata, buat per goreng banyak sangatni nanti tak abis... Tapi, tak sampai 10 minit lepas goreng, sotongni dah tinggal separuh dah... abis kat tukang goreng je, kui..kui.....

Saturday, 13 March 2010

Ketupat Sotong

Salam untuk semua di hari Ahad ini...
Sebenarnya dah lama juga terasa ingin makan ketupat sotong ni. Seumur hidup tak pernah makan apatah lagi membuatnya. Baru-baruni pula, kawan di Abu Dhabi iaitu Amy tayangkan ketupat sotong yang dia buat di FB. Apa lagikan, daripada duk tertanya2 apakah gerangan rasanya, baiklah buat sendiri. Tengok resepi pun tak susah mana. Buka laci kabinet, jumpa beras pulut yang dah tinggal secoet, zaman bila punyapun tak taulah..tapi masih elok lagi. Cukuplah untuk beberapa ekor sotong yang sederhana besar tu. Saya buat tak banyakpun, sekadar nak merasa jer...

Terima kasih Amy kerana bg resepi dan cara2 membuat ketupatni. Seperti biasa, saya malas nak menaip, jadi saya cnp je resepi dr Makyong from Myresipi yg lebih kurang sama mcm resepi Amy juga. Thanks Makyong dan Amy... Cuma saya buat lain sikit je, beras pulut tu saya tanak dulu baru saya masukkan dalam sotong. Tujuannya supaya dapat pendekkan tempoh memasak sotong.

Ketupat sotong
Makyong@myresipi.com
ketupat sotong kelantan


Bahan-bahan ( 10 ekor )
10 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
sehelai daun pandan
10 batang lidi- 3-4cm panjang - sy guna toothpick

Cara-cara
1.Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
2.Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
3.Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
4.Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat. 5.Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.






Wednesday, 3 June 2009

Sotong Percik Ramadhan

Biasanya kalau beli sotong asyik buat sambal, goreng celup tepung dan tomyam je. Sekali sekala tukar selera buat percik pulak.. Jumpa resepi ni masa duk menggeledah Myresepi sbb dah buntu nak masak sotong ni. Terima kasih kepada Rossitamz, sedapnya sotong percik ni.. Tapi sekarang belum ramadhan lagi, takpe Jamadil Akhirpun ok..praktis dulu nanti bulan ramadhan nanti buat lagik..kekeeke



Sotong Percik Ramadhan
rossitamz@myresipi.com - thanks, sedaap!

Bahan-bahan ( 6 orang )
8 ekor sotong yang besar - sy ada yg saiz sederhana je
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**) - tak letak takut pedas
5 biji cili merah (**) - tak letak jugak
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus - sy xde
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1.Bersihkan sotong dan potong seperti dalam gambar.
2.Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3.Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4.Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
5.Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!

Tuesday, 12 May 2009

Kari Sotong

Kari sotong ni sedap dimakan dengan nasi panas2. Sama macam kari lain juga ni, cuma saya tambah sedikit kerisik supaya lebih pekat dan lemak merdu gitu..ngeheeee..
Stail saya makan kari, tak kiralah kari apapun mesti kena ada kicap manis tuang sekali atas nasi berserta kuah kari tu, perghh..sedar2 tengok pinggan dah licin je..



Kari Sotong

Bahan-bahan
500g sotong, cuci, potong dan toskan
1 sb cili kisar
3 sb serbuk kari ikan
1 - 2 cawan santan pekat (ikut suka, nak kuah banyak tambah santan)
2 biji ubi kentang, belah empat
rempah 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
*dihiris
1 sb kerisik
jus asam jawa
garam
1 biji buah tomato-potong 4

Cara membuat
1) Panaskan minyak dan tumis bahan hiris,rempah 3 sekawan dan daun kari sehingga wangi.
2) Masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air dan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak dan wangi.
3) Masukkan kerisik, ubi kentang, dan santan dan biarkan mendidih hingga ubi kentang empuk.
3) Akhir sekali masukkan sotong, buah tomato dan air asam jawa. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya. Sedia untuk dihidang.

Saturday, 24 January 2009

Sotong Goreng Kunyit

Kalau malas dah tiba, inilah menu yang sesuai...ngeeee..



Sotong Goreng Kunyit

Bahan-Bahan:

5 ekor sotong putih - dibersih dan dipotong bulat, digaul garam dan serbuk kunyit
1 labu bawang besar (di hiris bulat)
2 ulas bawang putih - di hiris
1 cm halia - dihiris
1 tangkai cili merahlhijau - dihiris serong
buah tomato - dibelah 4 (optional)
1 sb kicap manis
Sedikit kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:

Sotong di basuh dan di bersihkan.
Tumis bawang putih, halia hingga naik bau.
Masukkan sotong diikuti bawang besar, cili merah/hijau, dan kicap dan buah tomato.
Apabila sotong sudah lembut, bolehlah diangkat.
Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.
* Boleh tambah ubi kentang jika suka (kentang dipotong baji dan digoreng terlebih dahulu)

Wednesday, 19 November 2008

Sotong Goreng Belacan



Resepi dari majalah Saji online, tapi saya ubah ikut citarasa dan bahan-bahan yang ada di rumah.

Sotong Goreng Belacan

Bahan-bahan:

500 gm sotong (potong ikut suka)
2 labu bawang besar (hiris bulat)
1 tangkai cili hijau (potong dua)
2 sb sos tiram

Bahan Kisar:

10 ulas bawang merah
2 cm halia
5 ulas bawang putih
1-3 tangkai cili padi - buang biji
sedikit belacan

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, sos tiram dan bahan hiris hingga garing dan naik bau. Setelah itu, masukkan sotong dan kacau hingga kering.

Sunday, 26 October 2008

Sotong Bakar Bersambal



Sotong Bakar Bersambal
Bahan-bahan:
2 ekor sotong-bersihkan dan kelar badannya
garam
serbuk kunyit
serbuk lada putih
bawang putih-kisar
bawang merah-kisar
2 batang serai -kalau rajin kisar (saya malas, saya ketuk je dan masukkan dalam badan sotong sebatang setiap sekor )
sedikit minyak - saya guna minyak zaitun

Untuk sambalnya, terpulangla nak buat sambal macamana pun. Saya guna sambal yg sedia ada jer iaitu sambal tumis biasa tu yang kebetulan memang ada belen kat dalam fridge (ni kes malas yg terlampau ni )
kalau taknak buat sambal, boleh juga makan dengan sos cili..lagi sempoi

Cara-cara:
Gaul sotong bersama bahan-bahan di atas dan perap sekurang-kurangnya 20 minit, lagi lama lagi sedap.
Susun dalam bekas untuk dibakar, sapukan sambal di atas sotong, bakar dalam oven, sekali sekala balikkan atas bawah dan percikkan sedikit minyak dan tambah sambal supaya sekata.

Friday, 5 September 2008

Sotong Goreng Bersos Serai



Sedap tau sotong ni, berebut kami makan dua orang..Eh, nape 2 orang je? Besela dak Muaz tu mama dia masak apapun dia tak heran, telur jugak menjadi pojaan hati dia..

SOTONG GORENG BERSOS SERAI (Mat Gebu)-tq

Bahan Utama:-
700 g sotong
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
saya tambah sebiji telur utk salut

Bahan Sos Serai:-
1 batang serai, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar jus lemon
1 1/2 camca besar "Hoisin Sos"
1 camca teh sos ikan (nampla) - saya tak letak ni
1 1/2 camca besar jus asam jawa
1 camca teh gula
1 biji cili padi, cincang halus

Cara membuatnya:-

UNTUK SOTONG GORENG:-Belah sotong dan potong besar2, cuci bersih dan toskan hingga betul2 kering, kalau perlu lap dengan paper towel. Gaul dengan garam dan lada sulah. Perap 10 minit.
Sedikan frying pan (kuali bontot rata), tuang minyak kurang lebih 1 cawan. Bila minyak panas, ambil sekeping sotong, golek2kan atas tepung gandum hingga rata dan goreng hingga kuning keemasan. 700g sotong tadi buat 4 - 5 kali goreng. Tambah minyak jika kurang. Angkat dan toskan atas paper towel.

UNTUK SOS SERAI:- Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 sos dan gaul hingga semua rata dan mesra. Hidangkan bersama2 sotong tadi. Jika tak suka pedas, tak payah letak cili padi dalam sos tadi..

Monday, 28 July 2008

Sotong Goreng Tomyam



Sotong Goreng Tomyam (kakliza)-tq

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Saturday, 12 April 2008

Sotong Bakar



Sotong bakar saya agak kering sket sebab terlupa nak renjis-renjis sikit masa bakar tu..

SOTONG BAKAR (princessharyati)

Bahan-bahan;
Sotong
olive oil
serbuk kunyit
rosemary kering (saya tak boh)
garam
*serbuk ketumbar
*serbuk jintan

*bahan yang ditambah


Cara-caranya;
Gaul semua. Pastu bakar siap. Yang oren tu ulam carrot di potong memanjang.