Followers

Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Sunday, 2 May 2010

Popia Basah

Dah lama sebenarnya tak buat popia basahni. Kali terakhir buat masa bulan posa tahun lepas. Hah, lama sungguh tuuu... Tiba2 rasa teringin sangat2 nak makan. Apa lagi buatla.. punyalah tak sabar nak makan tau. Siap je kulit sekeping..terus masukkan inti, gulung dan masuk mulut.. wallaaaa...sedap sungguh! memang sedapla pada tekak saya sendiri. Pastu siap lagi sekeping..masukkan inti, gulung dan ngapp lagi. Amboii..sampai tak sempat nak hidangla 3-4 keping yg pertama tu..abih kat tukang gulung jer..mihahaaa.. Thanks bebanyak kpd kak Umi_e krn berkongsi resepini..


Popia Basah (umi_e@myresipi.com)
Bahan-bahan ( 12 keping )

Bahan untuk kulit*
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka - sy gantikan jus lemon
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara (untuk melihat cara membuat step by step, boleh lihat di myresipi.com )

campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
buat dari arah jam
mulakan dari tepi dulu
kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan

*** untuk kuah, saya ada tambah beberapa biji buah kurma (ambil isinya), lenyek sampai hancur @ blend je sekali ngan cili dan masukkan dalam kuah- tips daripada umieaisyah kalau xsilap saya. thanks ye aisyah..





Saturday, 27 March 2010

Kuih Bakar Pisang

Assalamualaikum...

Ramai dah yang telah mencuba kuih bakar pisangni. Rasanya dah pusing seluruh dunia dah kut.. Sekarang giliran orang Dubai plak nak menerai. Masa mula-mula tengok resepini dulu memang dah teringin benar nak buat, tapi kat umahni kalau ada pisang memang cepat jer abih. Maka kena tunggulah pisang duk tersadai takde sapa nak makan, baru boleh buat kuihni..ekeke..

Resipini asalnya daripada Cikgu Zana, tapi saya cilok drp umah Kak Zai.. Terima kasih Cikgu Zana dan K.Zai yer.. minta izin cnp kat sini pulak..

KUIH BAKAR PISANG

Bahan:-

1 sisir pisang masak (akak guna 5 biji pisang montel) dilenyek kasar
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*- sy boh 1/2 cwn jer, tu pun manis lg..
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

Blend semua bahan*
Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!


Asalnya kuihni takde bijanpun.. saya je memandai tambah. Bijan banyak kat umahpun nak simpan buat apa kan. Baik kutabur-taburkan atas kuihni..hik..
Sebenarnya kuih sayani terlembut sikit sebab terlebih susu. Muaz punya kejalah ni, sebab dia memang suka sangat nak tolong time mama dia di dapur.. ish ishh budakni.. Harap2 nanti dah besar rajinlah tolong mama lagi yer.. jgn dah besar jadi malas pulak, mama luku kang..ngeeee...


Sunday, 28 February 2010

Mari melapisss...

Dah lama saya tak buat kuihni..last buat kuihni masa bulan posa yg lepas. Kalini nak cuba buat yg perisa koko pulaklah.. Sebelumni duk buat yang kaler merah putih tu.. Kalau buat yang kaler koko ni gerenti Muaz akan suka punya. Saya merayau kat internet cari resepi kuih lapis koko, terjumpa kat blog Yatie yg tinggal di Louisiana U.S tu, nampak menarik dan senang.. Alhamdulillah menjadi, lembut dan sedapp..terima kasih Yatie kerana share resepi yer..



Kuih Lapis Koko - Yatie

Bahan-bahan.

1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning.

Cara-cara.

1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.








Sebelum terlupa, nak share tips untuk memotong kuih lapis dengan mudah. Mungkin boleh guna tips ni untuk kuih2 lembut yg lain seperti serimuka juga..
Caranya ialah balut pisau dengan plastic food wrap, alaa plastik lembut yg kita biasa kita guna untuk balut buah @ sayur tu. Balut selapis jer, tak payah nak balut banyak ok, insyaAllah senang snagat masa nak potong kuihni, syaratnya kuihni mestilah dah sejuk..jgn panas2 potong pulak. Lagi satu, boleh juga guna benang untuk memotong kuihni..tapi yg ni saya tak pernah buat lagi.. selamat mencuba..

Thursday, 11 February 2010

Kuih Bakar



Kuih bakarni sangatla sedap... Masa buatni, saya asingkan menjadi dua bekas, tujuannya supaya kuihni menjadi leper. Saya suka yang leper dan garing di atasnya. Muaz yg kurang gemar kuih2 tradisionalpun boleh makan separuh loyang tu.. Memang secukup rasa dan lembut jer.. Patutla dah ramai yg mencuba kat Myresipi tu. Terima kasih pd Joayee yg berkongsi resepi. Saya copy resepi mcm biasa..hehe..


Kuih Bakar
joayee@myresipi.com
quick & easy, guna cup measurement

Bahan-bahan ( 6 org )
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
2 tbs butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
bijan

Cara-cara
1.campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
2.masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3.panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing.

Saturday, 30 January 2010

Lepat Pisang

Salam semua...

Pagini kami bekpes ngan kuih yang dah lama tak makan. Ha jangan tak tau, lepat pisang la..walaupun kat mesia kuih ni orang tak pandang, tapi kat sini boleh masuk dalam list kuih idaman kalbu tau..huhu..Terima kasih kepada kawan hubby yang bagi daun pisang, nanti bagi lagi tau..ngeeeee.. (kita tukar daun pisang ngan kuih..heheh)

Teringat kat mak bila makan kuihni. Dulu2 selalu tolong mak buat kuihni tapi sejak tak sihat mak pun dah tak buat kuih-muih. Semoga mak cepat sembuh, nanti saya pulak nak buat kuih-muih untuk mak. Dulu tak pandai lagi, sejak duk jauh ni la baru pandai sikit (sikit aje..;p).

Sebenarnya saya buat lepatni main lenyek dan campak je, pastu bungkus. tapi sebab nak rekod dalam blog kan kenalah ada resepi yang cantik gitu (biarpun kuih saya tak cantik). Jadi saya dapatlah resepi lepat yang saya berkenan ni sebab simple iaitu resepi drp kak MadihaA. Terima kasih ye kak..sayapun ikut stail akak boh serbuk santan, sedap lemak je. Kalu mak saya pulak letak kelapa parut kat tengah2 tu..tapi saya takde kelapa parut. So, ada sapa2 yang baru nak berjinak2 ngan kuih ni, cubalah resepi ni yer..

Lepat Pisang
sumber: Kak MadihaA

Bahan2
7 biji pisang berangan (or apa2 pisang yg sesuai utk buat kuih)
1 ½ ~ 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk santan
2 sudu besar gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis) -saya campur sikit gula melaka
½ sudu kecil garam halus
Daun pisang secukupnya ~ dilayur sebentar

Cara Menyediakan
1. Campurkan pisang, garam & gula & lenyek pisang hingga hancur.
2. Campurkan dengan tepong gandum & serbuk santan & gaul hingga hingga rata.
3. Sudukan 2 ~ 3 sudu besar adunan ke atas daun pisang & balut hingga kemas.
4. Kukuskan kuih selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.




Sunday, 13 September 2009

Kuih Lopes dan Buah Melaka Pengubat Luka

Kuih lopes ni ialah kuih untuk berbuka semalam. Sebelumni saya ada story tentang kepayahan nak dapat kelapa parut kat sini. Alhamdulillah baru2 ni hubby jumpa satu grocery kecik (dekat ngan rumah aje pun) ada jual kelapa parut. Sebelum ni duk lalu lalang depan tu tak pernah singgah, mentang2la grocery tu kecik comey jer, tak sangka ada jual kelapa parut. Lepas ni senangla nak kelapa parut memang terjah situ ajelah.

Kuih lopes ni ada macam2 cara membuatnya. Lain orang lain caranya. Ada orang buat cara rebus. Saya buat kuih lopes versi mak, tak payah guna santan, caranya ialah tanak pulut, balut dengan daun pisang macam bentuk silinder dan kukus, tapi duk sini payah nak dapat daun pisang saya gantikan dengan aluminium foil ajelah untuk balut pulut tu.

Kuih Lopes
Bahan-bahan:

Beras pulut (sukatan terpulang)
Air secukupnya ditambah sedikit pewarna hijau
(kalau ada daun pandan bolehlah ambil air daun pandan, lagi sedap)
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam- untuk gaul kuih

Air gula:
bahan:
gula melaka/gula kabung secukupnya
air secukupnya
Kalau nak tambah gula pasir/ brown sugarpun boleh juga
Cara:
Campur semua dan masak hingga mendidih dan gula hancur, tapiskan.

Cara Memasak Pulut
1. Cuci beras pulut spt biasa.
2. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
3. Gunakan rice cooker (lebih mudah tak berkerak)tapi kacau juga sekali sekala ye.
4. Masak seperti memasak nasi biasa
5. Dah siap masak, cedok pulut suam2 tu letak atas aluminium foil. Gunakan plastik/sarung tangan plastik untuk membentuk pulut seperti silinder dan balut pulut tersebut supaya padat. lipat hujung aluminium foil supaya pulut tak terkeluar.
6. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 15 min.
7. Apabila pulut sudah sejuk, potong ikut ketebalan yang disukai, gaul dengan kelapa.
8. Kalau nak potongan kuih yang cantik dan tak melekat, jangan guna pisau, sebaliknya guna seurat benang.


Beginilah cara saya balut kuih lopes dengan menggunakan aluminium foil tu....



Dalam entry yang lepas ada citer sedih tentang buah melaka yang keras tu kan. Jadi nak mengubat hati yang luka frust sebab tak dapat nak makan buah melaka tu, saya buatlah lagi sekali ni. bukan apa, sebenarnya yang nak makan sangat kuihni ialah my hubby. Dia pulak yang mengidam lebih..hoho..Sib baikla bini dia ni rajin tahap gaban kan.... (uwek,,!!). So, kali ni dah tentulah menjadi sebab guna tepung pulut yang betul dan sah, bukan tepung beras!


Monday, 7 September 2009

Tepung Pelita

Salam..

Buat tepung pelita ni 2 hari yang lepas. Resepi from Yani @myresipi. Nasib baik ada resepi ni, hilang rindu nak makan tepung pelita. Terima kasih yani. Dulu masa kat kampung kakak ipar rajin buat kuihni tapi dalam kotak2 kecil yg dibuat dr daun pisang tu, yang tu versi kukus, letak sikit gula dalam tu. bila nak makan terasalah ada air gula kat dasar kuih tu, hmmm..sedap sangat. Kami panggil kuih tu kuih limas. Masa duk kat shah alam plak, selalu beli kat bazaar ramadhan seksyen 17 tu, sedap sgt tepung pelitanya, ada sengkuang kecik2 dlm tu..hmmm nyaman jer.. bahaya ni bila diingat2, boleh ngences jadinya..huhuuu.. takpalah janji ada gak tepung pelita versi perantau ni, alhamdulillah..



Tepung Pelita

Tepung Pelita-yani
Bahan-bahan
•1 cawan tepung beras
•1 cawan gula
•5 cawan air
•4 sudu besar tepung beras(ratakan)
•1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
•4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
•sedikit kapur dan sedikit garam (tak letak kapur, takde)

Cara-cara

1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan

Saturday, 9 May 2009

Serimuka Jagung

Dua hari lepas buat serimuka. Sebenarnya dah lama hubby duk sebut2 nak makan, tapi disebabkan beras pulutpun dah kehabisan stok, tertunda2lah nak buatnya. Bila dah ada beras pulut, barulah projek ni jalan. Serimuka biasa je ni, saje suka2 tambah jagung.

Kali ni saya try buat pulut stail ekspress (tanak dlm rice cooker) ikut cara mcm yg aymy kuwait sllu buat tu. Idea ni asalnya daripada As@myresipi utk buat pulut kuning.. Tq utk mereka. Sebelum ni sy buat stail kukus dulu pulut tu. Nampaknya cara ni lagi senang dan cepat dan tak payah rendam2 dulu pulut tu. ekspress macam bas ekspress hohoo..



Ini pula resepi serimuka (sebenarnya dah ada kat entry sebelum ni dulu) tapi takpelah saya paste lagi sekali kat sini. Saya cuma ikut bahan dan cara untuk buat lapisan atas ajer kali ni, sbb lapisan pulut yang bawah tu saya buat cara xpress (boleh lihat kat bawah sekali nanti)

Kuih Seri Muka/Puteri Salat -Nanasham@Myresipi (saya hanya guna resepi ni untuk lapisan atas serimuka)

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair 1 st garam 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-caraUntuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Pulut Kuning Express (saya guna resepi ni untuk buat lapisan bawah serimuka tu)
as75@myresipi.com
Bahan-bahan ( 5-6 org makan ) ...
• 2 cawan beras pulut
• 1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
• 1 sdt garam
• 1 helai daun pandan
• 1 sdb minyak masak
• Sedikit serbuk kunyit


Cara-cara...
1. Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
3. Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
4. Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan bersama serawa durian..
5. Selamat mencuba! ^_*

***Nota Tambahan:
- untuk serimuka, jgn letak serbuk kunyit pulak ye..)
- kalau nak buat serimuka jagung, masukkan 1/2 cawan isi jagung (ikut suka) masa pulut dah nak hampir masak, kacau supaya rata.




Gambar yang kat bawah ni untuk selingan je..
Inilah stail muaz makan serimuka, dia makan yg hijau je, yg pulut bawah tu dia tinggal..
bertuah sungguh anakku..hehee..


Monday, 20 April 2009

Projek daun pisang


comey je labu ni, lebih kurang 1/2 kilo je. Kesian labu dah lama kesejukan kat dalam peti..nasibmu si labu labi.

Labu ni dah sebulan bertapa dalam fridge. Kalaulah labu ni boleh bercambah dah lama dah pokoknya menjalar dalam umahku itew..kua3.. Masa beli labu ni, plan nak buat sayur lemak labu sebab dah lama tak makan, tapi bila mengenangkan ahli rumah xgemar makan sayur labu, tak jadilah nak membuatnya. Kebetulan baru2ni ada daun pisang, jadi teringatlah nak buat lepat labu. Saya memang tak penah buat sendiri lepat, jadi kenalah intai resepi. Resepinya daripada kak Rinn. minta izin utk cNp kat sini yer..tq


LEPAT LABU MANIS (kak rinnchan)

Bahan-bahan :
Sebiji labu manis ( lebihkurang 1kg berat )
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
1 camca teh garam
2 cawan tepun gandum

Inti:
Kelapa parut yg telah dibuang kulit ari
secubit garam
***saya tak letak inti pun

Daun pisang secukupnya. Dilayur atas api.

Cara-cara:
1. Labu manis dipotong bersaiz dadu yang besar dan direbus hingga empuk. Toskan dan lecek lumat.
2. Campurkan gula merah, gula putih dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
4. Sendukkan adunan ke atas daun pisang, bubuh inti kelapa dan tutup semula dengan adunan. Lipat
daun kemas. Kukus selama lebih kurang 20 minit.




Dah siap kukus..panas lagi ni sebab tu nampak mcm lembik sikit. Buat petang, makan untuk sarapan esoknya barulah terasa kesedapannya, kerana lebih pejal.


Haritu tengok pulut panggang ni ada kat umah shima@cardiff. Jadi, sementara daun pisang masih berbaki, buat pulut udang/pulut panggang ni pulak. Resepi ni copy dar fp shima, asalnya dr kak nita sheffield, thanks yer..


PULUT PANGGANG
resepi: kak nita sheffield

Utk pulut
2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair - saya guna santan agak pekat
Garam secukup rasa

Utk inti
1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa
*** saya tambah 1sb cili blender

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

CARA:
1. kukus dulu pulut sampai masak..
2. sementara tu watkan inti...
3. kalau guna desiccated coconut, masukkan skit santan panaskan kejap dlm microwave 20saat
4. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu.
5. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukka dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa.
6. layurkan daun pisang kejap atas api..pastu sapu minyak skit...buh pulut..kasi rata & masukkan inti..gulung & sematkan ngan lidi/staple..
7. dah siap sume..bakar atas kuali/oven kejap..

saya bantai balut sukahati jer..

dah boleh makan... 1st time makan pulut panggang buat sendiri.

Monday, 16 March 2009

Cucur Udang

Saya buat cucur udang ni sebenarnya kes terliur nak makan Pasembor Kodiang Cik Mat Gebu tu lah. Punyalah berangan pagi-pagi buat cucur udang ni untuk bekpes, petang pulak nak buat pasembor guna cucur udang yang berlebih ni lah. Tup-tup..bila dah petang, mai angin malas pulak dah. Hmm..memang tak dapek den nak tolong..huhuuu... Maka terbengkalai sudah projek pasembor itew..nasib baik..kuahnya belum buat lagi..hwaahuarggaagaa...

Cucur Udang (Mat Gebu)-tq

BAHAN UNTUK CUCUR :-)
250 g tepung gandum
*3/4 camca besar baking powder
*3/4 camca teh soda bikarbonate
*(*gaul rata dan ayak)
300 ml air rebusan kepala+kulit udang
10 - 15 ekor udang
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
30 g kuchai, dihiris - takde stok
50 g taugeh, ramas sedikit -takde stok

BAHAN SOS :-)
8 biji cili merah
2-3 ulas bawang putih
1 cawan gula
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka makan
4 camca besar sos ikan
Sedikit kacang tumbuk (mat guna bijan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos...
*** Saya memang takde acuan, just ambil sesenduk adunan, tuang dalam minyak panas tu, bagi bulat dan nipiskan sikit, letak udang atasnya..


UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

***Saya tak buat sos pencicah seperti di atas kerana saya masih ada stok kuah yong tau fu haritu (memang sengaja buat lebih, simpan dlm freezer). Jadi saya makan cucur udang ni dengan kuah yong tau fu tu lah, tambah sedikit sos cili dalam kuah tu..mmm..yummy!!

Tuesday, 3 March 2009

Our 8th Wedding Anniversary dan Bingka Ubi Kayu

Bingka ubi ni sebenarnya takde kaitan ngan our anniversarypun. Bingka ni saya buat semalam lagi dan dah selamat dah masuk perut..huh..pantasnya..

Buat sikit sajer sebab hubby beli ubi cuma dua ketoi kecik. Timbang-timbang adalah 500g je ubi tu. Mulanya ingat nak potong2 n goreng mcm kentang goreng aje. Tapi teringat hubby ada pernah kata dia teringin nak makan bingka. Jadi buatlah bingka ni. Festaim buat sendiri ni. Senang sangat resepi ni. Tapi saya buat 1/4 dari adunan sebenar sebab ketidakcukupan ubi. Sebab tulah cepat jek abis, walaupun yg makan cuma 2 orang je. sangat sedap terutamanya part yg tepi garing2 tu..thanks utk empunya resepi ni, cute10@myresipi.com

Jom tengok resepi...



Bingka Ubi Kayu
oleh: cute10@myresipi.com - tq ya

Bahan-bahan ( family )

2 kg Ubi kayu,(dikupas,disagat & di sejat) - saya blend aje, potong kecik2 masuk dlm blender tambah sikit air, pastu tapis..senang kojer
300 gram gula pasir/merah
1 camca teh garam
2 biji telor
500 ml santan (dr 1 biji kelapa)
sedikit pewarna kuning(jika perlu)

Cara-cara
masukkan ubi kayu disagat/parut tadi didlm mangkuk
kemudian masukkan gula pasir/merah bersama garam,pewarna kuning(jika perlu) & telor.
kacau sehingga sebati,masukkan santan,kacau hingga sebati agar tidak berketul2.
Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar & tuang adunan kedlm nya.
bakar adunan tadi pada suhu 300'C,30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
biar ia sejuk sebelum dipotong.
***saya buat 1/4 aduann je, sbb tu bingka saya nmpak leper n kecik sajer..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini juga ialah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8 tahun (4 Mac 2001). Hmm..dah lapan tahun pun.. kejap je. Sepanjang 8 tahun macam-macamlah pahit manis, suka duka telah dilalui.. Perang dingin ada, perang panas ada, merajuk sana, merajuk sinun seme adala..yg takde baling2 pinggan (penat nak kutip kalau pecah..) ngan bertumbuk tu lom lagi lah..kui(3x). Terima kasih kepada suamiku kerana menjadi suami yang baik, rakan yang setia dan papa yang penyayang. I luv u so much.. Terima kasih juga kerana selalu bersabar dengan kerenah isterimu ini yang suka gak muncung sana, muncung sinin sekali sekala & dua kala...huhahua..nak wat camana, kalau tak muncung tak besh oo..ngeeeeeheehee...Semoga terus berbahagia hingga ke hujung nyawa dan dilindungi Allah sentiasa, Amin...
*Takde kek pun sbb skarang tengah malas, nanti kalau rajin baru buat..taktau bila..huhuu..


Monday, 16 February 2009

Vadai

Harap tak boringla yer, asik idang kuih-muih jer...


Rangup dan sedap dimakan panas-panas..


Kuih ni memang mencabar sikit masa nak membentuknya. Saya buat dua kali. kali pertama buat punyalah susah nak membentuk kuih ni sebab asik terlerai aje..huhuu..tapi bila dimasukkan dalam minyak panas tu elok je mengeras.
Kali kedua saya buat, lepas gaul semua bahan, saya masukkan dalam peti sejuk..nampaknya lebih senang nak membentuknya, selepas dikeluarkan dari peti sejuk tu.


Vadai

Bahan-bahan:
3 cawan kacang dal (kalau kat sini dipanggil chana dal)- cuci, rendam 4-6 jam, & ditoskan
1 cawan bawang besar dipotong dadu - nak kurang or nak tambah terpulang ler
daun ketumbar -dihiris halus
daun kari - dihiris halus
4-5 tangkai cili kering -rendam, buang biji, potong halus (boleh gak kalau nak guna cili segar)
1 st jintan manis ikut suka -ditumbuk (saya guna yg serbuk je)
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
***kalau suka pedas lagi boleh tambah sedikit serbuk cili
***kalau ada apa2 lagi yang nak ditambah utk menyedapkan lagi kuihni boleh je ditambah.

Cara-cara:
Kacang dal yg telah direndam dibahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dikisar halus, sepatutnya tak payah campur air, tapi sy campur sikit je air semasa mengisar, jangan terlebih nanti susah nak membentuk kuih ni.
Satu bahagian lagi yang tinggal itu tak perlu dikisar.
Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak dlm bekas, gaul rata.
Buatkan bentuk bulat dan tekan supaya leper. Jangan buat tebal2 nanti kurang rangup tak sedap pulak. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan atau garing.

Wednesday, 11 February 2009

Apam Comel Inti Kelapa



Apam ni memang comel macam namanya juga. Tapi saya buat ni taklah comel mana, setakat boleh ngap je la.. Rasanya sedap, ada macam rasa bahulu, macam kek pun ada juga. Kat Myresipi tu dah ramai yg cuba buat apam ni. Yang bestnya dalamnya ada inti kelapa (macam inti yang kita buat untuk kuih pau tu).. Tapi kalau tak suka inti kelapa, boleh letak inti lain2 ikut selera masing2. Resepi ni daripada Lilydvalley@myresepi, thanks ye.



Apam Comel Inti Kelapa
Lilydvalley@Myresipi - tq

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Inti Kelapa:
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
masukkan inti kelapa
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
*** saya guna sudu je untuk masukkan adunan dlm acuan tu

Utk Inti Kelapa:
==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
Notes2: Ini acuan yg biasa i guna. acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.




Sunday, 8 February 2009

Cakoi



Resepi cakoi ni cilok dari fp Kak Anum Sudan. Sesuai sangat untuk orang yang takde bahan-bahan pelik2 untuk buat cakoi tapi teringin nak makan cakoi gak. Makan panas-panas cicah ngan sos, mak aii..bercakoi3 saya bedal..kui(3x). Seperti biasalah copy n paste ye Kak Anum, thanks..muahh..

Cakoi (kak anum)

bahan
500g tepung gandum
1 tbsp yis
1 1/2 tbsp gula
3 tbsp minyak jagung
1 tsp garam
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
2-3 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 cawan air suam

cara
1. campur kesemua bahan dan gaul rata - biar mengembang selama 1/2 jam
2. panaskan minyak utk menggoreng
3. keluarkan adunan - uli dan canaikan setebal lebih kurang 1cm
(adunan ni memang agak lembek - taburkan tepung semasa menguli dan mencanai)
4. potong selebar 2 1/2 cm x 10cm dan potong tak putus di tengahnye
5. angkat dan tarik sedikit sebelum memasukkannye kedalam minyak panas
6. goreng hingga kekuningan

Thursday, 5 February 2009

Apam Pisang



Apam pisang ni memang lembut dan moist, mudah nak buatnya..tak rugi mencuba.

Apam / Kek Pisang [2 in 1]
HaSue@myresipi.com - tq

Bahan-bahan ( Sekeluarga leh mkn )
Pisang masak secukupnya
Gula-1cawan/200g (jika pisang dah manis atau anda krg suka manis,krgkn gula kpd 180g)
Minyak Masak - 1 Cawan/100ml
Telur - 2 Biji (buang tali pusat utk elak bau hanyir telur)
Tepung Gandum - 2 Gelas/200g (Boleh dtmbh atau kurgkn sedikit bgntung pd pisang yg dgunakn..)
Soda Bikarbonat - 1 Sudu Makan
*** saya tambah sedikit chocolate rice sebab pisang kat sini warnanya agak pucat.


Cara-cara
1. Sediakan blender. Kupas pisang dan masukkan sehingga paras atas pemegang blender spt dlm gamba.. (xleh nak confirm brp biji sbb pisang pelbagai saiz)
2. Kemudian masukkan gula,minyak masak dan telur. Kisar sehingga halus. Apabila sudah halus tuangkan adnan ke dalam bekas yang agak besar.
3. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat terus ke dalam adunan dan gaul sebati menggunakan senduk atau whisk. Adunan sudah siap!
4. Adunan bolehlah dikukus dalam bekas lompang yg kecil2 untuk menjadikannya apam pisang..(boleh guna papercup jika suka)
5. Masukkan ke dalam tin pembakar yg dioles minyak masak untuk menjadikannya kek..bakar pd suhu 140c-150c bgantung jenis oven.Juga boleh dibuat kedua2nya(apam dan kek) sekaligus. Kek pisang yg dbakar sempurna boleh btahan 3-4 hari tanpa dsimpan dlm peti sejuk.(simpan dtempat bebas lalat)
P/S:Pastikan kukusan sdh mendidih sblum mula mengukus dan pembakar sdh dpanaskan sebelum mula membakar. Ketika mengukus,pastikan guna api yg besar dan lapikkan tuala bersih menutupi penutup pengukus.Kukus selama 15 minit-25 minit (lg lama,lg cantik apam tu)
SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, 3 February 2009

Mari menggulung lagi...


Kuih ketayap / kuih gulung ni makan untuk brekfes atau minum petang memang masyukk, cuma part nak menggulung tu yang rasa cam nak demam tu..kui(3x)..
Saya copy n paste resepi daripada FP kakliza, tq kak..


KUEH KETAYAP aka KUEH GULUNG Kak Liza

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan (saya guna pewarna jer)
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada] - saya xde
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

Saturday, 31 January 2009

Apam Balik



Kalaulah tidak merantau seperti sekarang agaknya sampai laani pun tak tahu nak membuat apam balik ni. Mungkin jugak takkan ambil tahupun, sebabnya sebelumni tak berminat sangat dengan kuih yang satu ni, kecuali kalau jumpa yang nipis-nipis dan rangup tu, sukalah juga. Tapi jaranglah nak jumpa yang tu, biasa kat pasar-pasat malam tu, apam baliknya tebal-tebal belaka.
Tapi, biasalah kan bila dah tak nampak depan mata, rasa rindulah pulak dengan dia kan. Pukul 10 malam sanggup pi dapur semata-mata nak menggodek mendalah ni, keh..keh...pELIk tapi BEnAR....
Resepi apam balik ni diambil dari Myresepi, saya copy & paste sajalah di sini, thanks untuk penyumbang resepi ni iaitu Ms Oreo.


APAM BALIK BY MS.OREO @ MYRESIPI
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
-Kacang tanah yang sudah dikisar
-Jagung krim (saya tambah), tapi jagung krim yg saya beli tu, jagungnya tak nampak, krim aje yg lebih..huhuu..

Cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Saya buat stail nipis dan kecik-kecik ajer...

Wednesday, 28 January 2009

Puff Kentang


Puff ni ialah puff yang kedua saya buat. Memang mudah nak membuatnya, syaratnya mesti ada roti canai segera atau kat sini panggil paratha. Roti canaipun jangan main sebarang rembat je tau, mesti yang berjenama 'Kawan', seperti yang disarankan oleh tuanpunya resepi ni iaitu kak ida_isk. Intinya terpulang kepada citarasa masing-masinglah nak buat inti apa yang sesuai, tuna ke, sardin ke daging ke...Saya buat inti kentang macam inti karipap tu.


Puff Kentang

Bahan-bahan:
Roti canai segera jenama kawan (yang belum dimasak tau)
kuning telur+sedikit susu cair + sedikit perwarna kuning (dipukul sedikit)

Bahan Inti:
2-3 biji kentang sederhana besar-dipotong dadu
sekeping dada ayam-dipotong dadu
4 ulas bawang merah-dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2-3 sb rempah kari + sedikit air
sedikit air
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, goreng hingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air diikuti dengan kentang.
4. Apabila kentang separuh empuk, masukkan ayam.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila inti sudah pekat dan kering kuahnya, tutup api.
7. Biarkan seketika hingga sejuk.

Cara membuat puff:
kalau nak tengok cara nak lipat puff ni dengan lebih jelas (siap ada gambar), boleh klik sini , thanks kak ida.

1. Roti canai dipotong empat.
2. Ambil sekeping kecil yang telah dipotong itu. Letakkan inti.
3. Lipat dengan kemas. Boleh picit sedikit @ tekan dengan garfu di hujungnya supaya tidak terbuka.
4. Kelar-kelarkan sedikit di atasnya dan sapu dengan kuning telur.
5. Bakar hingga masak.








Thursday, 22 January 2009

Pancake

Hidangan yang sesuai untuk sarapan. Saya suka sebab mudah nak menyediakan, cepat dan mengenyangkan.

Boleh dimakan bersama madu, chocolate syrap, susu pekat manis dan sebagainya.








Resepi ni diambil dari All Recipes


Pancake

Ingredients:

1 1/2 cups all-purpose flour
3 1/2 teaspoons baking powder - saya letak 1teaspoon je, banyak2 pun tak bagus..
1 teaspoon salt1 tablespoon white sugar
1 1/4 cups milk - saya guna fresh milk
1 egg
3 tablespoons butter, melted


DIRECTIONS

In a large bowl, sift together the flour, baking powder, salt and sugar.
Make a well in the center and pour in the milk, egg and melted butter; mix until smooth.
Heat a lightly oiled griddle or frying pan over medium high heat.
Pour or scoop the batter onto the griddle, using approximately 1/4 cup for each pancake.
Brown on both sides and serve hot.

Makan dengan madu pun sedap..

Serimuka

Ini ialah kali kedua saya buat kuih ni tapi yang sebelumni ikut resepi yang berlainan.
Alhamdulillah, buat kalini lapisan atas tu menjadi, yeay...suka, suka!!

Cuma, bagi sesiapa yang gemar manis tu, bolehlah tambah gula lebih sikit untuk lapisan atas tu kerana sukatan dalam resepi ni manis-manis buah gitu, tapi bagi saya memang dah ok.
Terima kasih nanasham, tuan punya resepi ni.





Kuih Seri Muka/Puteri Salat (Nanasham@Myresipi)


Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair 1 st garam 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-caraUntuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.


Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!