Followers

Saturday 2 January 2010

Kari Kepala Ikan Merah

Saya buat karini minggu lepas. Nak abeskan 3 ketul kepala ikan merah, badannya dah dibuat goreng2 jer.. kepala takkan nak goreng gak kan.. tapi kari ni xpress punya, main campak je barang yg ada dalam fridge tu. Biasalah skang masak seme nak cepat jer...Sepatutnya boh terung @ bendi, tapi malas nk gi beli, hantam je la kentang..huhu..sendiri yg nk makan takpalah..ngeeee..
Saya buat ikut resepi sendiri yg sempoi jer, tak payahla letak sini.



Resepi kat bawahni saya copy frm my resepi, nampak mcm best je, bila2 nanti nk try buatla stail princessharyati @ yatt ni. Minta izin tepek dulu resepi kat sini, nanti bila2 nk buat boleh terus rujuk yg ni..tq.

Kari kepala ikan merah
princessharyati@myresipi.com


Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 kepala ikan merah
3 biji terung di belah 4
Sedikit rempah halba campur
Sedikit serbuk kas kas (kalu tak letakpun tak pe)
1 batang Kulit kayu manis
Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
Daun kari
3 ulas bawang merah di mayang halus
1 biji bawang besar warna merah di mayang halus
2 cawan santan
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu basar tomato puri
1 asam keping
Garam secukup rasa dan serbuk perasa
1 inci halia di hiris halus
Minyak masak

Cara-cara
1.Panaskan minyak letak halba, daun kari,kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang.
2.Letak serbuk kari ikan, serbuk cili masak sehingga naik bau (sehingga garing)
3.Kemudian tambah sedikit air dan tomato pure serta serbuk kas-kas masak sehingga garing
4.Tambahkan santan , susu cair dan sedikit air, kacau. selepas 4 minit masukkan kepala ikan.
5.Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.
6.Siap untuk di santap

No comments:

Post a Comment