Followers

Friday, 22 January 2010

Kek Epal Dari Syurga

Salam semua...

Ishh3.....nama kek ni memang sungguhla kontroversi dan gempak gitu..menarik dan tertarik mendengarnya. Teruja nak menerai ni lepas tengok kekni kat umah Kak Zai. Lagipun saya memang jarang buat kek yang ada buah, asyik duk buat kek cekelat jer manjang...maklumla hantu kek cekelat ada dlm rumahni.

So, malam tadi, sayapun buatla kekni, senang sikit sbb semalam cuti, jadi ada hubby boleh tengokkan Mufid. Saya buat dua bekas (tapi 1 adunan je) senang sikit..satu bekas dah selamat malam tu jugak..heheh..(saya ngan hubby yg pulun makan, Muaz makan sepotong je, dia ni minat yg ada cekelat je) dan satu bekas lagi saya nak balas tupperware kawan saya yg dah berkurun kusimpan dlm kabinet..huhu..sian kat kawan saya tu, apalah teruk betulla saya ni kan..



Gambar tak berapa elokla sebab masa duk amik gambarni Mufid pulak pulun teghiak..haiyaa Mufid pulak disalahkan...ish3


KEK EPAL DARI SYURGA
sumber: Alex Goh -copy drp blog K.Zai, tq

Bahan-bahannya

Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana - sy guna yg kaler kuning sbb tu x nmpk
1/2 tsp serbuk kayu manis - x bubuhpun

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya tabur dusting sugar sedikit supaya lebih sedap dan hidang dengan kopi panas.

2 comments:

  1. fairus> angin rajin x dtg sllu pun fairus..x slim mana pun la..huhu.

    ReplyDelete