Followers

Monday 9 November 2009

Cerita tanpa Gambar...(dah ada gambar : update)

Salam dan apa khabar semua. Pertama sekali saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada rakan2 dan pembaca2 yg sudi berkunjung ke blog saya yang dah lama bersawang ni. Tak lupa juga ucapan terima kasih ini untuk semua yang memberi ucapan kelahiran baby Aydin Mufid. Ramai juga yang minta saya postkan gambar terbaru baby. Sebenarnya bukan saya tak nak masukkan gambar terbaru, tapi usaha nak upload gambar asyik gagal , tak tau kenapa, saya ni buta i.t. Bila klik kat fail gambar tu kuarla menatang nih 'RUNTIME ERROR'. Ada sapa2 tau tak nak buat cemana untuk nyahkan menatang anasir yang bernama 'runtime error' tuh? wakaka.. Bukan blog
je tak boleh nak upload gambar, FB pun sama gak, kuar anasir tu jugak. ayoyooo..

Terlanjur menaip harini, rasa nak stori la sikit, bukan apa kesian jugak kat kawan2 yg berkunjung ke sini, takde apa nak ditengok dan dibaca, tapi tuan blog nak berblog sangat..muhahaa..tapi nak stori apa yek..Dah lama tak stori mori, hilang idea pulak. Citer tentang pengalaman bersalin hari tu ok kut.

Masa saya peknen dulu, saya selalu baca pengalaman2 orang bersalin kat forum2 dalam internet. Bukan apa, pengalaman2 orang ni ada macam2, jadi boleh juga saya jadikan pengajaran untuk diri sendiri. Pengalaman bersalin saya kali kedua ni biasa aje, takla menarik sangatpun. Tapi, lain orang lain pengalaman masing2 kan. Yang pastinya setiap wanita yang bergelar ibu takkan melupakan detik2 melahirkan seorang hamba Allah ke dunia ni.

Ceritanya bermula beginilah lebih kurang....
8 Oktober, jam 5 pagi, saya bangun untuk solat subuh. Ketika inilah saya dapati ada darah yang keluar. Dalam hati rasa lega, (mana tak lega, dah tak larat nak bawa perut sebenarnya) dan secara otomatiknya dah taulah baby akan keluar, bila? tak pasti..hari itu atau esoknya? tapi saya yakin baby akan keluar hari itu juga sbb darah yang keluar tu agak cair.

Sebenarnya hari tu kebetulan ialah due date berdasarkan scan (ultrasound due date), dan due date kiraan period ialah 14Okt (lagi 6 hari). Sehari sebelumnya, saya ada appointment dengan dr Saleena. Masa appointment tu, dia tanya saya ada rasa skit2 lagi tak? Saya kata takde. Selepas membuat pemeriksaan, dr kata kepala baby still tinggi lagi, maknanya lambat lagi lah tu..huh. Saya risau gak takut overdue. Dr pun suggest kat saya supaya banyakkan berjalan kaki. Jadi, masa nak balik dari hospital tu saya pun jalan kaki lah ke rumah, heehee..bukan jauhpun hospital ngan rumah, adalah 6-7 minit gitu. Lepastu sambung gi kedai pulak jalan kaki, kununnya nak menyahut seruan dr lah kan. Bukan senang woo nak jalan kaki kat sini di bawah cuaca panas waktu summer, memang berpeluh2 dan terbakar kulit. Akibat daripada berjalan kaki dari hospital dan langsung ke kedai tu, perut saya rasa semacam jer sakitnya, kepala baby dah turun kut, kata saya dalam hati..heheee..

Ok, sambung balik citer tadi. Pagi tu, saya masak2 mcm biasa untuk hubby bawa bekal ke opis. Mulanya, saya ingat hubby nak cutilah rupanya dia nak pi keja, maklumla tengok bini dia mcm tak sakit. Lagipun sayang cuti sebab nanti nak amik cuti untuk jaga saya dalam pantang lagi. Tapi dia akan balik awal dari biasa, dan suruh call cepat kalau ada apa2 hal.

Lepas Muadz gi sekolah, hubby g keja, saya buat aktiviti mcm biasa duk depan internetla..masa tu tak sakit sangt, rasa mcm senggugut jer, masih boleh berYM ngan anak buah lagi. Masa tengah sakit2 mcm senggugut tu, saya tengok2 jam juga, sakit tu datang dalam 15 minit sekali, kadang 10 minit dan ada 8 minit..tapi sakitnya masih boleh tahan, kalau tak, takkan boleh duk Ym bagai.

Pukul 4 petang hubby kata dia dah nak balik. Sebelum tu pun dia ada call tnya saya ok ke tak, saya kata ok jer(taknak bg dia risau sangat) Sebenarnya kengkawan dia kat opis dah gesa dia suh balik, dorang yang terlebih risau. Jam 4.30 ptg dia pun sampai dan terus ajak saya gi hospital. Saya kata nanti dulu, saya belum ready lagi nak pegi. Sebenarnya bukan tak ready pakaian yang nak dibawa ke hospitaltu, tapi mental saya lom ready lagi..huuhuu..takutla tuh. Hubbypun mandi dulu, sempat lagi dia layan internet(amboii!) dan sempat gi kedai beli barang.

Masa dia balik dari kedai tu, sakitpun dah rasa 5 minit sekali..dia tnya nak gi hospital ke tak? saya suruh dia solat maghrib dulu. Masa tu waktu maghrib kat sini ialah kul 6ptg. Selesai solat, bersiapla gi hospital. Sebelum tu saya sempat call mak kat kampung, bagitau dah sakit dan nak gerak ke hospital. Minta dia tolong doakan dipermudahkan serta minta maaf atas salah dan silap. Rasa nak menangispun ada masa ni, sedih takut jadi apa2, dan biasalah tak boleh cakap banyak dah masa ni, cepat2 jer letak telefon.

Kemudian keluarlah kami 3 beranak untuk ke hospital. Sampai hospital lebih kurang kul 6.30ptg gitu, hubby terus gi kaunter, saya plak sempat gi toilet dulu. Lepas keluar toilet, sister dah panggil masuk bilik doktor untuk diperiksa. Masa ni tak rasa takut ke apa, saya rasa mcm blur je. Lepas diperiksa, terkejut beruk jugaklah bila dr kata jalan dah buka 7cm masa tu. Terus sister bawa saya ke LR. Saya jalan lenggang kangkung terlupa nak ambil barang2 baby dalam beg, masa tu beg kat lobi lagi, hubby yang pegang. Dia tak abis lagi berurusan di kaunter. Satu lagi perkara saya terlupa ialah nak minta maaf kat hubby sebelum masuk LR sebab tak sangka terlalu cepat kena masuk LR.

Masuk je dalam LR, tukar baju, pasang drip bagai, dr pecahkan ketuban, maka startla sakit yang kaw2 punya..mulalah rasa nak meneran. Masa ni doktor ada dua orang termasuklah Dr Saleena, nurse pulak adalah 4-5 orang untuk beri bantuan. Tak lama kemudian hubby masuk, push punya push, 5-6 kali ke, tak ingat, keluarlah baby, tepat jam 7.45p.m..lega, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dipermudahkan.

Inilah pengalaman pertama hubby melihat sendiri isteri dia bersalin. Dulu dia tak berpeluang kerana masa saya bersalin dia tak ada. Geleng kepala dia bila saya tanya apa perasaan dia masa tu.. Macamanalah mak dia (my MIL) boleh beranak sampai 11 orang, kata hubby ku. Itulah pengorbanan seorang ibu. Malam tu, kami 4 beranak tido di wad. Keesokkan harinya lepas makan tengahari saya dibenarkan keluar. Itulah pengalaman saya bersalin anak kedua, di tempat orang, alhamdulillah semua berjalan lancar dan selamat. Sesiapa yang sedang pregnant tu, bacalah banyak2 doa nabi Yunus selain daripada doa2 dan amalan yang lain tu sepanjang mengandung dan masa sakit nak bersalin tu, insyaAllah akan dipermudahkan olehNya.. Inilah yang saya amalkan dan ternyata banyak membantu. Kita hanya berdoa dan mengharap kepada Allah yang maha berkuasa. Segala-galanya atas kehendak dan kekuasaanNya belaka.





Dah dpt upload gambar, jadi saya upload gambar2 ni sekadar untuk kenangan.


masa ni baru keluar dari LR



Muadz yang kepenatan menunggu mama dan baby...



akhirnya dua-dua pengsan dulu...( wei, tak aci demo tido dulu..)
tengok tu orang yg tak bersalin dah lena diulit intan, orang baru lepas bersalin buleh duk jalan2 tangkap gambar ni..apa celita?


tu diaaa..kaki sapa nih?


ni lah orangnya.... sedap sungguh dia tido.


Inilah breakfast dan lunch keesokkan harinya. Telur dadar masa breakfast tu saya tak makan, saya ni kan baik..ahaks.. tapi puding yang kat bawah tu (sebelah yogurt) saya m.a.k.a.n.. s.i.k.i.t.. mihahaaa...

Inilah Dr Saleena yg menyambut kelahiran baby Mufid.

8 comments:

  1. salam zaiy....

    alahai... syahdunyer baca pengalaman zaiy.... betul2 x lama sakitnyer ek.... alhamdulilah.... seronoknyer merasai pengalaman kedua tu kan.....

    ReplyDelete
  2. Salam zai...

    Best dgr citer zai...pengalaman berharga bagi sowang ibu.

    Owhhh..patutla xde gamba yek...ade poblem. Tp ina x pasti lak nape...(i pun buta IT u) huhu~

    Anyway, best wishes for zai & family...

    ReplyDelete
  3. salam kzaiy..

    hik3 kita pun buta IT gak...x penah lak tau cara2 nk menyahkan menatang runtime error tuh! huhuuu

    wahhh kagum banget kita ngan akak...senangnya bersalin!! huarghhhh kalu nk compare ngan kita yg sakit 17hrs ni mak oiii...xtau nk ckp apa dah..tulaa selalu pas turun darah tuh mmg x lama kan mesti bb nk kuar tp pengalamn or len2 kan, kita turun darah mcm org dtg bulan 4 ari 4 mlm...huhuuuu

    ReplyDelete
  4. amy> kalau ikutkan lama jugak tu, tapi sakitnya tak kuat je, boleh sengih2 bagai..hehe.

    ina> tu lah, frust gak takleh nk upload gmbar, xpe nanti bila2 bolehla tu kut..

    shima> anak kedua rezeki senang bersalin, tp anak sulung masa muaz haritu, susah gak..petang sakit, esok pagi baru bersalin! kuar darah gak tapi bkan darah cair. kalu bukan darah cair mmg proses bersalin amik masa, itu pglmn akak lah..masuk hosp ari jumaat, ahad baru bersalin. hari pertama duk hospital tu xsakit lgsung, esok ptgnya baru stat sakit.anak sulung biasanya mmg sakit lama.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah semua selamat... doa nabi yunus tu pon antara doa ya aishah amalkan sepanjang peknen n sakit nak bersalin... sama ngan hubby kite masa anak 1st mmg tak sempat... 2nd blm ade rezeki lagi...mesti hari2 akak dah tak sunyi...
    nih duk tunggu gambo terkini baby lagi nih...

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah mudah Zaiy bersalin.....sakit tak lama...mmg amalan doa elok diamalkan agar Allah permudahkan kita bersalin. satu lagi bab berjln tupun betul...tu yg selalu diamalkan wpun dah berat bawa perut...kaki dah bengkak ...utk mudah bersalin.
    Zaiy pergi hosp dah 7 cm tu kira betul dkt nak bersalin tu.sama macam nak bersalinkan Syakirah hari tu masa sampai hosp dah 7 cm tp tak da keluar darah atau apa2 cuma sakit dah kerap tp nurse tak sempat psg drip ..pecahkan ketuban dah terus nak bersalin.
    minggu ni PC di rumahpun ada masalah tak dpt upload gambar ke dlm blog...ni blog mr husben..upload gambar ke photobucketpun tak dpt..ke fbook tak pasti sbb cuba. tak tahulah napa...

    ReplyDelete
  7. baca pengalaman zaiy bersalin ni nampak mudah jer.. akak dulu.. agak susah juga.. sebab bersalin kena paksa awal 2 minggu dari due date.. biaslaah kan.. ibu bermasalah mmg kena paksa.. takde chan nak tunggu sakit normal.. alhamdulillah dipermudahkan zaiy bersalin di rantau org...

    re: zaiy.. sebenarnya akak pun tak perasan gambar haziq letak penumbuk kat pipi alin tu.. hehehe.. bila zaiy ckp baru akak perasan.. sebenarnya takde apa jadi pun masa tu.. dia just letak jer.. sebab masa tu tengah tunggu kakak dini dtg.. so akak snap gambar dorang berdua dulu... bab buli tu.. adalah juga sesekali.. buli2 manja gitu.. mungkin dia sangka dia bergurau ngan adik dia.. tp kita org tua ni risau jugalah takut adik dia sakit.. hehe.. kena selalu gak pantau bile dia main ngan adik dia...

    ReplyDelete
  8. yuhuuu..salam mlm yg dinginnn mama...ekeke ;))

    alhamdulillahhh selamat semuanya!! syukurr..
    mama..keluar darah bayu tu maksudnya..kembar darah..ahaks ;))

    kiss2 to bb mufid!

    ReplyDelete