Followers

Friday, 4 September 2009

Suatu hari yang bengong..(buah melaka~ cerita di belakang tabir)

Kalau bukan di bulan puasa memang jarangpun buat buah melaka ni, kiranya ni kuih yg muncul time bulan posa je lah..kekeeke. Sebenarnya kuihni bukan susahpun nak buat, tapi disebabkan kat sini agak payah nak dapat kelapa parut segar. Pernah jugak try salut buah melaka ngan kelapa kering, tapi rasanya memang jauh beza sangat, last sekali kuih tu terbiar camtu je tak dimakan. Jadi, nak taknak kenalah guna kelapa parut segar jugaklah baru terangkat, walaupun kelapa parutnya penuh ngan habuk itam2 serat tempurung bagai.

Ok, sebenarnya saya nak citer tentang kejadian masa buat buah melaka yang berlaku di bulan puasa ni lah, tapi tak ingatla hari keberapa. Citernya camnila, saya beli tepung pulutni dah lama betul, tapi tepungnya masih dlm plastiknya lagi, belum dibuka dan belum xpired. Tup2 bulan posa hubby duk sebut2 nak makan buah melaka, jadi tunggu punya tunggu satu hari dapat gaklah kelapa parutnya, maka pojek buah melakapun jalanlah. Masa buat buah melakani muazpun sibuk nak tolong (beselah budakni), buat 2 kaler lagi saja nak bagi nampak cun kunun..ekeke.. Tiba time merebus, kupunya tunggu buah melaka tak timbul2 (bese buah melaka akan timbul kat atas air kalau dh masak). ni kenapa pulak duk kat bawah jer, musykil makcik..wakaka.. akhirnya, angkat jugaklah masuk dalam tapis n gaul kelapa, nampak cun jugak, cuma kelapa tu je ada habuk itam2 tu takleh nak buat apalah kan.

Nak jadi citer terasa macam ada yg tak kena jer ngan kuihni..pastu terus pi belek plastik bungkusan 'tepung pulut' tadi..huwaaaaaa...ropa2nya bukan tepung pulut seperti yg kusangkakan, itu tepung beras rupanya...huwaaaaa lagi sekali. patutla buah melaka tu takmo timbul dan masa nak gaul kelapa tu terasa cam keras semacam jek... Hubby siap tanya lagi, kat bungkusan tu takde tulis tepung beras ke? huhuuuu...mmg ada tulis, tapi tak bacapun, dah nak tersilap nak wat camna..kui3.. sebabnya yg ni beli kat kedai lain, bungkusanpun kaler lain tak mcm yg sllu beli tu..tu yg menyebabkan otakpun terus pikir itu tepung pulut.

Sodeh mmgla sodeh sebab waktu berbukapun dah nak hampir, adalah lebih kurang 50 minit gitu. Pikir punya pikir, alang2 kelapa masih ada baki, saya cepat2 buat inti, plan nak buat kuih ketayapla pulak kan sebab dah takde kuih untuk berbuka. Kalau kat msia takyah susah2 camni, pi bazaar ramadan je lah. kalau saya sorang tak kisah takde kuihpun. Kelam-kabut gaklah, nasib baik ada assistant tolong gulung kuih tu..wakaka... Masa berbuka, hidang gakla kuih yang keras cam batu tu, rasa sayang pulak nak buang..huhuu..memang takde sapapun makan, cuma muaz je makan sebiji walaupun saya dah bagitau dia kuih tu tak sedap, keras!Agaknya dia teringin nak rasa sebab diapun tolong buat kuih tu..huhu.. Itu jerla nak citer..takla best sangatpun, nak kategori ceter sedih ke citer kelakarpun tak tau ahaha..tapi bila dikenang2 rasa nak tergelakpun ada.. sungguh bengong daku hari tu....

Inilah dia rupa buah melaka yang guna tepung beras tuuu...keras cam batu..wakaka.

Nasib baik ada penyelamat, kuih ketayap..hubby yang tolong gulung ni..



Posing sebelah menyebelah..ekekek..

3 comments:

  1. yong..mcm nak buat drama swasta giteww..ahaks.. aper pon nampak cun ada kale2 uuuuu hehe

    ReplyDelete
  2. nekPP> yo lah tu nek..drama swasta cap ayam..ekeke..

    ReplyDelete
  3. adoilaaaa sedih pulakk bila dgr muaz tu dah bersusah payah tlg wat kuih onde2 tp silap tepung lakkk huhuuu alahaiii cian dia mkn sebijik?? mmg keras betui ker jdnya kak zaiy?/ lgsung x sedap ker?? sib baik ada ketayap kira orait gaklaa at least ada kuih tuk berbuka! heheeee

    ReplyDelete