Followers

Sunday, 6 September 2009

Mee Rebus dan Berbuka di Lemongrass

Salam...

Mee rebus ni ialah juadah berbuka hari ni. Resepinya saya cilok daripada umieaisyah.fotopages.com/. Dalam bulan posa ni dah 2 kali buat tapi yang sebelumni bukan ikut resepini, yg tu ikut resepi campak2 jer. Memang betullah kata umieaisyah mee ni sedap! kami makan bertambah2 lagi..beselah kalau mee berkuah cenggini sentiasa jadi pojaan kami sekeluarga, cuma muaz je ntah apa angin dia harini nak makan mee ngan kicap je, kuah takmo..huh! apa2 je la nak oiii...
(tak pasal2 ada budak kena marah tadi...kesiaaannn dia..ngeeeee..)

amik gambarpun time dah ngap dah ni...

Resepi mi rebus (timer kasih krn berkongsi resepi)
sumber: umieaisyah yang mencilok resepi ni dari mingguan mesia 14 jun 2009..dr restoren Bugis Street Kopitiam,kl..

Mee Rebus
Bahan-bahan (utk 5 org)

50 gm udang kering(dikisar)
100 gm daging (dipotong halus) - saya ganti ngan ayam, tapi amik yg bhgn yg bertulang2 punya
30 gm rempah kari
80 gm cili kering blender
40 gm lada putih (i used serbuk )
3 bj bawang besar (dikisar)
200 gm ubi keledek (dipotong dadu halus )- teman rebus dan blend
1 liter air
minyak
garam dan gula batu- teman boh gula merah
sebiji buah tomato - potong ikut suka (saya tambah)

Bahan hidangan
mi kuning,celur - sy guna spaggeti
telur rebus
tauhu goreng,bawang goreng,daun sup
keropok udang - xde

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan air,kacau hingga mendidih dan masukkan gula.garam, lada putih,daging.
3. Masukkan ubi,kacau dgn api kecil sehingga pekat..

Ni plak sajerla selingan sementara rajin 'sikit' harini nak upload gambar... Ni citer hari jumaat, pi buka posa kat luar, ingat nak tukar2 selera la pulak, asik duk berbuka kat umah aje kan. Kami pi makan kat Lemongrass (restoran thai). Makanan ala thai ni kiranya bolehla masuk ngan selera kami, compare ngan apa2 yg berkaitan ngan beriyani, kari ke tandoori dll, naik jemu dah rasanya tekakni. So, haritu kami buka posa ringan2 je dulu kat umah, pas semayang maghrib baru gerak ke sini. Layan jerla gambar2 kat bawah ni, tak banyakpun, malas nak klik2 sbb kat dalam tu lampu romantik, so nak kena on flash, segan plak kan duk lip lap lip lap tangkap gambar..huhuu

Muaz punya vanilla shake.. tak berjaya dia nak abiskan..

Ni mama punya, kway tiaw tomyam, taklah sedap manapun, udang ada sekor tu je taw..hmm..pastu toge punyalah banyak dalam tu, adalah segenggam kut!! depa ni tanam toge banyak belakang restoran kut..heheheh..

Ni plak hubby punya, dia order nasi putih, tomyam seafood (malas nak amik gambar tomyam seafood tu) dan mende ni haa.. namanya kalau tak silap Namtok, daging campur2 ngan daun mcm kerabu la kut, masam2 gitu rasanya. Tengok hubby makanpun sesudu dua jer..tak sedapla tuu..kui3..

Nasi goreng ni nampak biasa je kan, memang biasapun, saya goreng kat umahpun lagi sodap..hahaha.. Namanya Kaogai. Ni muaz punya, dia ni takleh order yg pelik2 nanti takmo makan pulak susah, so order je lah nasi gorengni.

Mulanya kami nak order desserts sekali masa order semua makanan tu, tapi pelayan dia kata boleh order kemudian, ok takpalah pas makan nanti kita orderlah desserts pulak. Dah siap makan semua, rasa tak jadi pulak nak order dessert sebabnya perutpun dah sebu dengan makanan yang ala2 masam n masin, pastu makanan yg kami dah makan tu tak menepati sangat selera, jadi rasa2nya dessertnya pun mesti lebih kurang tu jugaklah kan.. Mungkin orang lain punya citarasa lain kan.Lagipun kami tak cuba menu yang lain2, mungkin ada gak yang best2 kut. Pas makan, pi ronda2 kejap kat Lamcy Plaza tak jauh dari restoran ni. Balik umah terus lepas solat isyak terus bumm.. sekian..tata..

1 comment:

  1. Mee rebus resepi umie tu mmg sedap...dah buat minggu lepas tp belum sempat update dlm fp lagi. anak2 semua mkn....napa muaz mkn mee dgn kicap pulak...macam2 selera anak2kan....tak ikut nanti tak nak mkn pula.
    tomyam letak togeh...mmg sah2 belakang kedai tanam togeh..hih..hii
    re;mmg kali ni ada juga yg bertanya wartawan dr mana.....itulah org sibuk membeli..kita sibuk dok ambil gambar...

    ReplyDelete