Followers

Monday 19 May 2008

Cucur Badak


Cucur Badak (Princessharyati) t.q yatt..sedap

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam
utk inti
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai - saya guna 4 jbatang jer
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara:

untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jek. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengkung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap


No comments:

Post a Comment