Followers

Tuesday 24 February 2009

Puding Roti Berkismis



Puding Roti Berkismis

Roti sandwich secukupnya -saya guna separuh bungkus(potong 4)
3 biji telur (saiz A)
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula pasir }boleh kurang atau tambah ikut keperluan
1/4 cawan gula perang }
2 sb mentega
1 st esen vanilla
1/4 cawan kismis, rendam dalam air 5 minit, toskan
1 st cinnamon powder - jika suka
almond flakes - jika suka (saya tak bubuh, dah beli, tak ingat simpan kat mana, cari tak jumpa..haiyaa..)
2 st gula perang (tabur atas permukaan roti)- tips untuk dptkan kaler perang yg cantik..

Cara-cara:

Sapukan mentega di sekeliling bekas/loyang.
Susun roti di dalamnya, diselang selikan dengan taburan kismis di setiap lapisan roti.
Di dalam bekas lain, pukul telur, gula pasir, & gula perang dan mentega. Masukkan susu segar, esen vanilla dan cinnamon powder, kacau sebati.
Tuang adunan ini perlahan2 di atas roti yg telah disusun tadi. Biarkan seketika supaya roti mengembang. Taburkan sedikit gula perang di atas permukaan roti. Hias dengan almond flakes di atas permukaan roti jika suka.
Bakar 30-40 minit pada suhu 350 degree @ ikut oven masing2
Apabila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dipotong.

6 comments:

  1. nampak sedap sungguh puding roti tu...nak buat pun nampak mudah kan... lagi menarik dgn terselitnye strawberry tu..he..he

    ReplyDelete
  2. puding roti mmg best.. kalau t buat sekejap je anak2 dan b dok pulun.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Hidangan puding roti Zaiy letak buah strawberry tu buat nampak lagi menarik.
    dah lama tak buat puding roti padahal mudah saja...asyik projek tertangguh..
    re; betul tu yg adik2 dah penat jln2 di Safari...rehat dlm mobil...Abg Syamil sorang yg larat jadi model...

    ReplyDelete
  4. salam...sedap nih,adusss kenapa almonds flakes leh lupa letak kat mana...kita buat puding roti mesti letak pelbagai kekacang coz kita ngan hubby je mkn, anak2 takmo...cam puding kacang lak, ahaks

    ReplyDelete
  5. cantiknyerr puding roti dia..siap der strawberry lg tuh! ikshhh tu sos cokelat erk kak zaiy?? perghhh masyuk beb....i selalu tgk omputih sini suke mkn ngan custard souce..buleh cuba nnti nih!

    ReplyDelete