Followers

Friday, 15 February 2008

Kek Coklat 1



Inilah kek coklat yang pertama pernah dicuba dalam sejarah. Maklumlah sebelumni tau makan ajeeerr..kui(3x)

Kek Coklat (Mat Gebu)-tq

Bahan-Bahannya:- (acuan bulat berukuran 10 inci)
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair* (saya guna susu segar)
1 cawan air suam*
1 camca teh nescafe*(*disatukan)

Cara membuatnya:-
1. Panaskan kukusan, lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Ketepikan.
2, Dalam mixing bowl, satukan bahan2 yang diayak bersama gula halus, gaul rata.
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati.
4. Tuang bancuhan susu, air dan nescafe perlahan. Putar hingga semua bergaul mesra.
5. Akhir sekali masukkankan minyak jagung dan esen vanilla, putar hingga sebati dan gula hancur.
6. Tuang dalam tin tadi dan kukus 1 jam. Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk
mengelakkan wap jatuh atas kek...

*** Buat topping hentam keromo jer, cair jer..Len kali kena wat betoi2.

Tuesday, 12 February 2008

Kek Pisang



Kek Pisang (Princessharyati)-tq

Bahan-bahan
3 ulas pisang
1 1/2 cawan tepung serbaguna (plain flour)
4 sudu besar butter
2 biji telur (saiz besar)
4 sudu besar gula halus
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar krim (perisa pisang)-ni xde dlm resipi,pepandai jer tambah.
Secubit garam

Cara-cara;
1. Satukan tepung, soda bicarbonat, garam dan baking powder (Bahan A).
2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih hingga kembang.
3. Campurkan butter dan gula. Pukul hingga kembang.
4. Selepas itu masukan telur kuning dan kacau.
5. Kemudian campurkan putih telur, krim perisa pisang serta bahan A tadi.
6. Masukkan pisang dan kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam bekas.Bakar 160 selama 30 minit.

Saturday, 9 February 2008

Pecal



Pecal
bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah - goreng, buang kulit & kisar
*cili kering (terpulangla nak banyak manapun) - potong, rendam dan tos
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*sedikit belacan
*sedikit udang kering - dibasuh dan ditos (optional)
1/2 cawan air asam jawa - tapis airnya
garam, gula
2sb minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan sayuran;
kacang panjang - dicelur
taugeh - dicelur
timun
karot(optional)
tauhu-digoreng & dipotong kecil
telur-direbus & dipotong (optional)
****semua sayuran hendaklah dibasuh dan dipotong kecil kecuali taugeh
****kalau ada pucuk ubi, pucuk paku, kangkung lagila terangkat beb!!

Cara-cara:
1. Bahan yang bertanda * hendaklah digoreng sebentar dengan minyak, angkat dan dibiarkan sejuk. Kisar bahan2 ini bersama2 air asam jawa.
2. Satukan dengan kacang tanah dan gaul sebati. Tambahkan garam, gula dan sedikit air masak jika kuah terlalu pekat. Siap untuk dimakan dengan sayur2 pecal...

Sunday, 13 January 2008

Daging Kambing Masak Ungkep



Ayam Masak Ungkep Kering ditukar kepada Daging Kambing Masak Ungkep
Sumber: Mesra.net

Bahan-Bahan - saya dah edit dari resepi asal
1 ekor ayam kg/ayam pencen(tua)
- saya guna daging kambing bahagian rusuk (agak2lah nak banyak mana)

Bahan-bahan bumbu/rempah

Bahan Kisar:
6 batang serai
1 cm kunyit hidup
Ketumbar 50gm
Jintan manis 50gm
halia 2 ibu jari
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
-----------------------
½ cawan minyak masak
garam / gula secukup rasa


Cara:
Ayam potong ikut suka.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam, air (anggaran untuk kadar melembutkan ayam) ke dalam kuali,
masak secara perlahan utk lembutkan ayam dan tutup kuali tersebut.
Masak hingga kering...seperti digoreng

Tambahan:
kalau gemar berasa pedas...boleh tambah cili padi.

***Untuk pengetahuan, ini bukan cara masak ungkep yg ori sbb saya dah ubah kepeda tumis, kalau yg ori tu tak perlu tumis, harap maklum.

Friday, 11 January 2008

Ikan Kembung Masak Sambal


Ikan Kembung Masak Sambal

Bahan-bahan:
Ikan kembung - dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng garing
cili kisar
bawang putih-kisar
bawang merah-kisar
sos cili
sos tomato
garam
minyak
air asam jawa
garam
gula
bawang besar dihiris bulat
cili hijau, belah memanjang
tomato-belah 4

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak,
masukkan sos cili dan sos tomato.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Tambah air jika perlu.
Masukkan ikan dan bawang besar yang dihiris bulat dan cili hijau. kacau sebati, angkat.
Hias dengan tomato.