Followers

Tuesday, 7 June 2011

Balik Kampung

Salam semua...Apa khabar kawan-kawan? Maaflah kerana lama betul tak update blog.Teramat bizi dan penyakit M dah melanda diriku. Sejak pulang ke Malaysia, dah tak jadi suri rumah sepenuh masa lagi. Itu yang terkejar-kejar buat itu dan ini sampai blogpun sunyi sepi.

Sekarangni cuti sekolah, jadi saya curi-curi masa jugalah untuk update sedikit cerita, bukan cerita masak-masak ye(Sekarang nak ambil gambar makanan pun sudah tidak rajin macam dulu lagi...huhu..)

Awal cuti sekolah hari tu, kami sekeluarga pulang ke kampung saya. Bertolak jam 9 pagi, sampai di rumah kakak di Selama lebih kurang pukul 2.30 petang. Anak perempuan kakakku bertunang pada hari tu. Jadi, kami sampai jer terus makan. Balik sekejap je..4 hari..alahai tak puas langsung nak melepak dengan mak. Apakan daya, hubby cutinya sikit.. Layan jer lah gambar dak Mufid ni yer...

Sekarang kalau nak berjalan jauh, mama kena duduk kat belakang ngan mufid sebab lenguh nak meriba budakni kalau duduk di depan.. (tambah-tambah lagi kalau dia tidur..huh).


Ni, buat muka boring ke apa ntah la... panjang tul muncung dia, sedepa mak oiii...


Seperti biasa, singgah sebentar di Hentian R&R Tapah untuk makan dan berehat. Lepas makan, layan Mufid ngan Abang Muadz main kat taman sekejap.


Dah selamat sampai di rumah tok. Mufid tak masuk ke dalam rumah terus, dia ronda-ronda dulu di laman tok yang banyak pokok-pokok bunga tu..

Bersambung.....




No comments:

Post a Comment