Followers

Wednesday 7 April 2010

Conney Dog

Assalamualaikum...

Sedap, ringkas dan kenyang. Tiga perkataan untuk menggambarkan makanan yg satu nih..
Buat 3 bijik jeh, makan sorang satu..jangan rebut2! Mufid belum boleh nganga luas, so dia tengok jer lah.. pektis dulu cara nak nganga yer mufid, baru bley makan coney dog ni..:p

Terima kasih kpd empunya resepi iaitu kak fida@myresipi. Minta izin untuk cnp resepi di sini pula..tq.

CONNEY DOG
resepi:fidadaud@myresepi.com
(QTTY: 10 biji )- saya buat agak2 untuk 3 orang makan je..

400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter


CARA:
SOS:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan msk sehingga agak-agak rempah masak.
3. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
4. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
5. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
6. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya




Saya suka sayur, jadi saya tambahla salad dan juga tomato.


Saya guna roti yg ada jerawat banyak..ekeke..

3 comments:

  1. sedapnya nampak roti tuuu.Kat sini tak jumpa lagi tuu

    ReplyDelete
  2. salam...mesti kiut c mufid berlatih nganga mulut luas2...:)

    ReplyDelete
  3. salam kzaiy..
    wahh sedapnyaa conney dog ni kalau mkn bekfast mmg kenyang sampai ke tgh..hehehee kita dulu wat sekali jek conney ni mmg besh hubby siap wat bekal lg tuu gi kije 2 thumbs up!

    ReplyDelete