Followers

Monday 5 April 2010

Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum...

Spring break dah melabuhkan tirainya. Sepanjang cuti yang lalu, saya sibuk sikit, ntah apa yang disibukkan tak tahula... ekeke...

Nak menaip pun takde mood. Nanti ada kesempatan saya singgah umah kengkawan yer. Ada yg bagi award tu saya ucapkan berbanyak2 terima kasih. Maaf kerana tak sempat lagi nak pi ambil. Harini tayang menu ringkas ni jer la. Resipi ini diambil daripada Koleksi Resepi Diana. Tuanpunya resepi ialah MD. Terima kasih kepada kedua2nya. Minta izin cnp yer. Maaf juga kerana ada tambah bahan ikut selera.

SOTONG GORENG TEPUNG MD
Sumber: MD (FRD)

Bahan-bahannya
Beberapa Sotong saiz sederhana
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung beras (boleh diganti dgn tepung jagung or tepung kentang)
1 sudu kecil serbuk kari ( boleh tambah klu nak lg pedas)
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder
***saya tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan dan serbuk cili

Cara-caranya
Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah. buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jgn terlalu cair, mcm batter nak goreng pisang. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. makan panas-panas dan cicah dengan sos cili, mmg terangkatlah... selamat mencuba.


Saya guna bahagian janggut sotong jer ni sebab bahagian ni memang sedap dibuat goreng tepung. Masa mula2 hubby tengok saya goreng sepinggan penuhni dia kata, buat per goreng banyak sangatni nanti tak abis... Tapi, tak sampai 10 minit lepas goreng, sotongni dah tinggal separuh dah... abis kat tukang goreng je, kui..kui.....

2 comments:

  1. salam zaiy..

    kita suka jugak makan sotong goreng tepung ni..tapi kat sini sotong mostly frozen, mmg tak berapa sedap kalau nak masak apepun...rasanya dah hilang sbb lama sangat disejuk bekukan..sedih..;(

    ReplyDelete
  2. w'salam...
    mmg la klu dh frozen tu ilang segala rasa manis semulajadinya kan... tp klu tringin tu cubalah buat guna udang pulak. udg kt sana fresh dak?

    ReplyDelete