Followers

Saturday 30 January 2010

Lepat Pisang

Salam semua...

Pagini kami bekpes ngan kuih yang dah lama tak makan. Ha jangan tak tau, lepat pisang la..walaupun kat mesia kuih ni orang tak pandang, tapi kat sini boleh masuk dalam list kuih idaman kalbu tau..huhu..Terima kasih kepada kawan hubby yang bagi daun pisang, nanti bagi lagi tau..ngeeeee.. (kita tukar daun pisang ngan kuih..heheh)

Teringat kat mak bila makan kuihni. Dulu2 selalu tolong mak buat kuihni tapi sejak tak sihat mak pun dah tak buat kuih-muih. Semoga mak cepat sembuh, nanti saya pulak nak buat kuih-muih untuk mak. Dulu tak pandai lagi, sejak duk jauh ni la baru pandai sikit (sikit aje..;p).

Sebenarnya saya buat lepatni main lenyek dan campak je, pastu bungkus. tapi sebab nak rekod dalam blog kan kenalah ada resepi yang cantik gitu (biarpun kuih saya tak cantik). Jadi saya dapatlah resepi lepat yang saya berkenan ni sebab simple iaitu resepi drp kak MadihaA. Terima kasih ye kak..sayapun ikut stail akak boh serbuk santan, sedap lemak je. Kalu mak saya pulak letak kelapa parut kat tengah2 tu..tapi saya takde kelapa parut. So, ada sapa2 yang baru nak berjinak2 ngan kuih ni, cubalah resepi ni yer..

Lepat Pisang
sumber: Kak MadihaA

Bahan2
7 biji pisang berangan (or apa2 pisang yg sesuai utk buat kuih)
1 ½ ~ 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk santan
2 sudu besar gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis) -saya campur sikit gula melaka
½ sudu kecil garam halus
Daun pisang secukupnya ~ dilayur sebentar

Cara Menyediakan
1. Campurkan pisang, garam & gula & lenyek pisang hingga hancur.
2. Campurkan dengan tepong gandum & serbuk santan & gaul hingga hingga rata.
3. Sudukan 2 ~ 3 sudu besar adunan ke atas daun pisang & balut hingga kemas.
4. Kukuskan kuih selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.




7 comments:

  1. LEpas pisang mmg superb!.. hehe.. Nk suh umi kita buat nanti, sbb da nak balik cuti!! hehe xsyen la budak tu kan kak zai... :-))

    Kak Zai, ni la kuih kegemaran Gee... hehe.. jap lagi nk cari pisang, mcm senang je ni..wat sikit ckup la.. Aritu da try choc cake k zai, mmg sodap! :-))

    ReplyDelete
  2. Gee> amboi eksen yer dia...nanti mkn utk akak sekali buleh? gee kuih ni mmg xjemu kan, ye ker, tempekla gambo kek tu nk tgk..huhu

    ReplyDelete
  3. sedapnye lepat pisang..saya bab2 nak membungkus nie zaiy..mmg fail la...he..he..

    ReplyDelete
  4. atty> saya pun..

    Qistina> sama jugak, tu pun ada yg duk tersengih gara2 potong daun ngam2 sbb nk jimat..hehe..

    ReplyDelete
  5. Salam Zaiy.. terima kasih kembali kepada Zaiy kerana sudi menjadi tetamu my blog . Sedap Zaiy lepat ni teringatkan arwah opah...

    ReplyDelete
  6. huhuhu makanan sdap2 la kat sini,,bila nak jmput sy rasa

    ReplyDelete