
Resepini sy copy drp umh k.ummi kuantan, asalnya drp Love2Cook kat MyR. Thanks to both. Makan panas2 best ni, ratah2 gitu pun laju jek..moh layann..
Ayam Goreng Berempah Serai
Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang byk utk menggoreng
Cara-cara:-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Selamat mencuba! ;)
Nampak garing rangup & sangat2 menyelerakan betul ....
ReplyDeleteamboi...sodap nye....
ReplyDeletesedap kak ayam berempah ni... kalau saya ratah aje... nasiknya kurang... hehe
ReplyDeleteresipi tu sekor ayam....tp gambo 4 ketoi jerr!!...mana pi belen tu yerr...heheh
ReplyDeleteBestnya ayam dia. Kurang-kurang 3 ketul, baru cukup.
ReplyDelete