Followers

Friday, 15 January 2010

Mangkuk Antik mak (1)

Gambarni saya amik masa saya pulang ke rumah mak ~ cuti2 msia thn lepas.Dah masam terperuk dlm komputer gambarni baru teringat nak publish. Bukan apa, masa balik umah mak, duk selongkar gobok mak, jumpa banyak pinggan mangkuk lama ni. Teringat pula nak amik gambar, boleh gak tengok di kemudian hari kalau ditakdirkan barang2 tu pecah ke apa ke...tapi takla banyak manapun gambar2nya..maklumlah tak cukup masa..hehe..


Mangkukni, sejak sy lahir lagi mmg dah wujud dah. Mak saya kata mangkukni pemberian ayahnya (tok sayalah tu), kenapa ayah pulak ye, biasa mak yg bg brg2 mcm ni. Sebabnya ialah mak saya cuma ada ayah, ibunya meninggal sejak dia kecil lagi..itulah ceritanya.. Masa saya kecik2 dulu mak guna mangkuk ni untuk letak adunan kuih bahulu sebelum diceduk masuk dlm acuan. Saya ingat lagi..itulah kegunaannya. Sekarang mangkuk ni duk dlm gobok je la..

Tengoklah, cat pun dah nak tanggal kan, tu maknanya usia mangkukni tersangatlah tua.
Saya pun lupa mangkukni buatan jepun atau china. nak chek balik jauh la nak kena balik kg..huhu..sape yg tau leh la bgtau yek..

1 comment:

  1. Klasik sungguh!! anyway, Mufid dah pandai ape?

    ReplyDelete