Followers

Monday 4 January 2010

Ayam Panggang Berempah

Malam semalam ialah hari bersejarah bagi seluruh warga Dubai khasnya dan UAE amnya kerana berlangsungnya upacara penuh bersejarah dan gilang-gemilang iaitu perasmian bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, sebelumni nama Burj Dubai..tiba2 tukar nama pulak. Saya tak pergi pun... Tak sanggup cik kiah nak meredah lautan manusia ngan bawa baby lagi. Kalau boleh tinggal dak Mufidni maunya sayapun tercongok gak kat sana tengok upacara tu..ngeh3...


Berbalik kepada citer makan2 pula....
Ayam panggang berempah Kak Liza ni saya dah pernah buat dulu, boleh klik SINI. Kami makan laukni masa cuti tahun baru aritu. Konon2nya nak masak spesel sikitla hari tu sebab cuti. Kalau hari keja memang tak sempat dan malas nak masak gini(heheh macamla aku pulak yg keja..kuikui).Bukan apa, kalu hari cuti, huby leh tolong tengokkan dak kecikni. Inipun amik masa berejam nak siap sebab selang-seli ngan iklan ngan budak kecik yg sat-sat nak kopi..ngeee.. Nasib baik ayamni dah siap perap malam sebelumnya.. Apapun sedap, makan ngan nasi jagung..thanks k.liza.




Kaki ayamni berkaki ayam sebab tu saya pakaikan alumminium..khakhaakhaa..

penuh satu badan ayam kena lumuq ngan sos lada hitam..


kaki dah s.e..l.a.m..a.ttt...


AYAM PANGGANG BEREMPAH (kakliza) thanks k.liza

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan] - saya guna ayam kecik, 900g je..

bahan mesin
10 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula
1 s/b minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.
3. Hidang dengan coselow, sos lada hitam dan sayuran salad


SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.

6 comments:

  1. fuh!!!..nampak cam sedap je zaimah..dan lagi no..dengan anak kecik...upload le bangunan yang kena rasmi tu...leh la kami kat Malaysia nie tengok..

    ReplyDelete
  2. saliza> tgk gamba mmg nmpk sedap je kan..tp mmg sedap pun.. dan tak dan buat gakla dh ada request nk ayam pggang golek..hehee. td sy dh try boh link tp x mnjadi plk, nape ntah..klu nk tgk bole g kt you tube, taip burj khalifa opening ceremony.

    ReplyDelete
  3. akak pun tengok mlm td kat berita tv3 gambar perasmian gilang gemilang burj khalifa tu... mmg sungguhlah gilang gemilang.. ngan bunga api bagai tu.. kalaulah dpt tengok yg real punya mesti terpegun giler punya.. hehehehe....
    >nampak mengancam sungguh ayam panggang tu... terliur pulak.. lama juga tak manggang ayam ni...
    >jom zaiy tengok akak punya mee udang pulak.. hehee.. thanks ehh share resepi kat blog zaiy.. akak ni jarang2 ronda kat my resepi tu.. kekekeke..

    ReplyDelete
  4. heheheh..lucu pulak tengok ayam tuh pakai foil. macam pakai kasut jer.hihihi...
    re: kite bagi mikael makan solid food tu pasal dia macam cpat lapar je kak dua tiga hari ni.setiap 1-2 jam nangis nak susu.malam pun bangun byk kali nak minum.bila suap dia makan elok je.pastu dia pun nampak seronok dan tenang sikit lepas kenyang :)

    ReplyDelete
  5. weekend ri tu tgk kakzai msk ayam ..pastu zaiy plak golekkan ayam pan mata....akk dok kelip2 mata smbil terlioq....pastu trus call anak2 siap...kita gi umah Uncle Kenny...muahahhaha....
    terobang rm100 tau..kalo msk sndri...bleh dpt 5ekor ayam....hahhaha

    re : akk pun arap2 ler kot alisa dpt adik...sekalikkk adik lain daa...harapan tipis la nak beradik ....muahahah

    ReplyDelete
  6. Mesti ayam tu menggelepor pijar. he he he.

    ReplyDelete