Followers

Monday 1 June 2009

Roti Kentang (Potato Bread)

Salam...
Akhirnya saya berjaya juga buat roti sendiri. Walaupun tak seberapa kerana sekadar menguli guna breadmaker cap T4K (Tulang 4 Kerat) kui..3x, tapi puas hati dapat makan roti kentang yang dah lama tak makan ni. Lembut dan sedap dimakan panas2 tu. Saya buat rotini petang semalam, dah abis separuh malam tadi, pagi ni ada lagi separuh untuk bekfes. Lain kali bolehlah buat lagi projek ni..
Terima kasih Onigiri, tuanpunya resepi roti kentang ni.

ROTI KENTANG (POTATO BREAD)
Sumber : Onigiri@myresipi.com

Bahan-bahan:

300gm tepung berprotein tinggi
2 tsp yis segera
3/4 tbs susu tepung
3/4 garam halus
50gm-70gm gula castor
60gm kentang lecek
1/2 biji telur (1/2 lagi boleh diguna untuk menyapu roti )
135ml air sejuk dari petiais
30gm mentega

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar sebentar. Masukkan telur dan kentang lecek. Teruskan memutar sambil menuang air sedikit demi sedikit. Putar selama 20min dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan mentega dan putar lagi selama 10min sehingga doh menjadi elastik.
3. Bulatkan doh dan perap sehingga doh kembang 2 kali ganda selama 1jam. Tumbuk untuk membuang udara terperangkap.
4. Bulat-bulatkan menjadi 16 biji bebola yang sama saiz. Susun ke dalam loyang 7"x7" yang telah disapu mentega. Biarkan ia naik selama 45min lagi.
5. Gliskan permukaan roti dengan telur dan paipkan kastad seperti dalam gambar.
6. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 20min atau sehingga masak. Sekiranya permukaan roti sudah keperangan sebelum 20min, tutup suis oven tapi biarkan roti di dalam oven sehingga cukup 20min.
* Kalau tak menggunakan mixer atau bread machine, boleh juga menguli sendiri dengan tangan ya....

CUSTARD CREAM
Bahan-bahan:

1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung custard atau tepung jagung
4 tbs gula castor/gula pasir
1 cup susu segar (250ml)
1 biji telur (gred A) atau 2 biji kuning telur
Secubit garam halus
1 tbs mentega

Cara-cara:
1. Bancuh tepung, gula dan garam dengan menuang susu sedikit demi sedikit. Teruskan membancuh supaya tidak berketul.
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Apabila sudah likat. angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

~sebelum kejadian~

~selepas kejadian~







~~salam sayang~~

11 comments:

  1. wah dah jadi pon roti kentang :) tahniah ros ongiri tentu suka :) ramai pengikut buat roti ni

    ReplyDelete
  2. roti pas kejadian ni buat kan meleh2 air liur ni.. hihi.
    memng musim org mem"roti" kut kan, sbb dah byk sy tengok roti2 best2 kuar ni.. hai bila la sy berkesempatan ni..

    ReplyDelete
  3. huihh...nak order leh...tapi nak custard krim lebih..bleh??? pepanas sedap mkn dgn kopi o pekat kurang manis...uuuu...nyamann!!

    ReplyDelete
  4. Ramai sungguh dah try resipi roti kentang ni ye.. saya pun pernah try skali. Tp tak cantik macam Zaiy punye roti tu :p

    ReplyDelete
  5. wah, gebus je roti zaiy ni...sya ni kurang mahir sikit kalo bab2 buat roti ni...mesti x jadi punya...heheh...tp mmg nampak sedap roti kentang ni...

    ReplyDelete
  6. fida> org meroti kitapun nak meroti, malu jer kat fida, roti tu xle segebus roti fida.

    zai ummiaiman> kat blog @ fp ni mmg ikut musim pntang ada yg menarik sikit msti ada je followers..hihii

    anese> order bole, tp rasanya beli kt tesco lg cepat dpt cicah kopi tu..heee

    blogresipi> oo dh try ye, alah sy punya tu mana aada cantiknya, belasah je janji dpt mencuba n memakannya.

    baayah> jgn ckp tak jadi, belum cuba belum tahu.

    ReplyDelete
  7. salam kak zaiy...
    aft berkurun mencuba tuk leave comment br buleh kali ni...nape tah my pc meragam sungguh sejak dua menjak nih huhuuu...
    wahhh rajin dia menguli! mmg puas ati kan dpt mkn roti ala2 cam masia ni...pasni leh try roti2 len plak...

    ReplyDelete
  8. shima> pc akak ni pun sllu pblem gak shima, kkdang takleh nak melawat umah org apatah lg nak tggal komen. uli menguli ni dpt smgt dr shima la ni.

    ReplyDelete
  9. Roti Zaiy wpun uli pakai tangan nampak elok jadinya....roti kentang ni favorit anak2...mamanya rajin beli...nak buat malas...dah lama 'tukang uli' bercuti..he..he..

    ReplyDelete
  10. ya allah tgk pun..dah kecur liur..

    ReplyDelete
  11. salam...wahhh elok gebus roti mu ittew, kita sekarang ni dapat gak mkn roti gebus2 dr kedai, mudah benor nak dapat...hikhikhik

    ReplyDelete