Geram tak terkata bila baca berita pagi ni. Ini bukan kes pertama, sebelum ni pun berlambak kes seumpama ni yang selalu kita baca dan dengar. Saya rasa sesiapa yang baca berita ni pun tentu akan berasa geram dan marah sangat, apatah lagi ibu bapa atau ahli keluarga kanak2 yang tak bersalah ini..
‘Datuk setan’ perkosa cucu
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
TELUK INTAN: ‘Datuk segala setan’ gelaran paling tepat diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.
Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.
Perbuatan kejam keempat-empat suspek selama hampir tiga minggu hanya berakhir apabila disedari seorang jiran yang menyedari perubahan fizikal dan mental mangsa.
Mulanya kanak-kanak itu enggan bercerita, tetapi selepas dipujuk jiran berkenaan, akhirnya mengadu mengalami kesakitan melampau di kemaluannya.
Terkejut dengan pengakuan itu, jiran terbabit memujuknya membenarkan dia melihat kemaluan mangsa untuk dirawat.
Selepas diperiksa, jiran berkenaan sekali lagi terkejut apabila melihat ada kesan luka teruk di kemaluan mangsa.
Mengesyaki ia disebabkan perbuatan terkutuk datuk mangsa, jiran berkenaan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Selepas berbincang, JKKK membuat laporan di Balai Polis Langkap pada 28 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata bertindak atas laporan itu, seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga datuk mangsa ditahan untuk siasatan, diikuti penahanan dua lagi lelaki masing-masing berusia 42 dan 29 tahun.
“Seorang lagi suspek berusia 40-an masih diburu polis selepas dipercayai menghilangkan diri apabila mengetahui penahanan tiga suspek terbabit.
“Siasatan juga mendapati suspek berusia 29 tahun itu anak angkat kepada datuk mangsa. Mangsa menjadi habuan keempat-empat suspek selama tiga minggu sebelum terbongkar 28 Mei lalu.
“Ketiga-tiga suspek kini direman untuk membantu siasatan. Dua daripada suspek yang ditahan juga dipercayai penagih dadah,” katanya.
Menurut Goh, mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan dan laporan hospital menunjukkan terdapat kesan koyak di kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.
Katanya, polis juga akan mendapatkan bantuan khas iaitu daripada Unit Perlindungan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran dalam mengumpul keterangan daripada mangsa bawah umur.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.
sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090605033513/Article/index_html
Hukuman apa yang sepatutnya dijatuhkan kepada manusia bertopengkan setan ni? fikir-fikirkanlah..
nau'zubillah! klu fikir2 balik.. mana mak bapak budak tu ye? sekrg ni jgn lah nak percaya tinggal2kan anak kite walaupun dgn sedara mara.. klu dah anak pompuan tu kena la jaga kan.. dah nak kiamat dah.. nafsunye pasal budak kecik pun jadi. kesian budak tu.. bayangkan besar sikit je dari tini ye x.. seram klu fikirkan.
ReplyDeletePagi tadipun ada dengar kat tv kisah ni.
ReplyDeleteAtuk tempat sorang cucu bermanja tp sebaliknya menjadi tempat puaskan nafsu serakah bersama2 dgn gang2 nya...yg sama2 serakah...sama2 berajakan nafsu syaitan.moga semuanya mendapt balasan yg setimpal.
kesian kat cucu yg masih kecil tak tahu apa2...menanggung kesakitan..entah camna dia nak nak menempuh hari2 muka..tentu trauma. ..sedih...
dia ni setan, beruk!!!...mmg hangin tahap gaban ultraman akak tgk berita semlm....mmg hilang akal pya org...kalo dah nafsu beraja kt mata...jd gini la...sula jer hukumnya...meh kita sula reramai...bengang tul!!
ReplyDeletepaij188> itulah, kita xtau mana mak bapak budak ni, maybe keje. mmg xleh pecaya ngan sesapa, kat nurseri pun penah gak berlaku kes camni tau, suami kpd owner nurseri buat hal!!
ReplyDeletemamasya> itulah..umur dh senja kubur kata mari rumah kata pergi TAPI dgn cucu sdiri pun boleh bernafsu!! mmg tua keparat sgguh!!sian kanak2 tak berdosa tu, mesti trauma smpai bila2.
jasmeen> beruk pun 1000kali lebih baik dr situa lahanat ni.kalau dapat potong terus dia nyer tut tu lagi baik, biar dia rasa.
zaiy, kes ni kt tempat sya...mmg sya geram sgt tgk muka 'datuk setan' tu...rasa nk ludah je kt muka dia...rasa mendidih je darah sya ni...
ReplyDeletesya keje kt IPD Teluk Intan, masa org tua ni kena tangkap, mmg heboh la...masing2 nk tgk mcm mana rupa 'datuk setan' yg x ada perikemanusiaan ni...hissh, sampai skrg geram x abis lg...
baayah> baayah dpt jugalah tgk muka setan ni yer...mmg kalau saya ada kt situ pun mau mendidih darah saya.
ReplyDelete