Followers

Sunday 30 March 2008

Pop Corn Gula Tabur

La..la..la..la..dah tau buat popcorn heheh... Thanks ye untuk my friend, Ina sebab ajar saya buat popcorn ni.



Pop Corn
Bahan-bahannya:
1/2 cawan jagung kering untuk popcorn (ada jual di kedai)
3 sudu besar minyak (sama aras ngan lapisan popcorn tu jer)/mentega
gula halus

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk (kalau boleh periuk yang ada penutup, sebab popcorn yang mengembang akan melompat keluar dari periuk).
2. Masukkan kesemua jagung kering dan goyang2kan periuk tersebut supaya minyaknya rata.
3. Apabila terdengar bunyi letupan, maknanya popcorn dah mengembang. Goyangkan sedikit
periuk supaya semua popcorn masak/mengembang. ingat ye, api mestilah sederhana sahaja.
4. Popcorn yang dah siap bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas besar. Taburkan dengan gula halus hingga sekata.
5. Senangkan..??
6. Boleh jugan kalau nak disira gulanya. Caranya ialah, panaskan mentega/marjerin dalam kuali besar yg dalam/periuk. Masukkan gula, kacau hingga gula cair. Masukkan pop corn dan gaul cepat2 hingga rata. tutup api.Siap.

No comments:

Post a Comment